Sempena bulan syawal yang masih bersisa lagi 13 hari ni, mesti ramai teman -teman dan saudara mara kita yang buat open house.Aku ada gak dapat jemputan dari teman dan jiran yang buat open house. Senang cakap dalam bulan ni dah tak payah nak masak hujung minggu kat rumah kalau rajin penuhi jemputan open house..
Semalam cadangnnya nak bawak Firdaus mandi manda kat Sungai Congkak , last minute tukar plan bawak pegi mandi kolam renang kat rumah yuyi. Masa kat Penang hari tu dia suka sangat mandi kolam renang kat tempat kita orang menginap tapi kesian dapat mandi pun sehari je,masa tu kejar masa , banyak tempat nak pegi.
Sebelum sampai rumah yuyi tak sah kalau tak singgah beli rojak kat area berdekatan..Yuyi tak berapa suka makan rojak, kalau makan pun rojak sotong. Gerai rojak yang aku pegi ni memang ada tertera rojak sotong kat papan menu dia, tapi hampehhhh setiap kali pegi bila tanya mesti dia cakap tak de. Sampai yuyi naik geram, aku plak tukang bako boleh cakap plak "saja je dia tulis rojak sotong nak bagi ramai orang datang sebenarnya dia tak jual pun." Yuyi pandang aku kecik besar je.
Kalau sebut rojak kecik besar tua muda semua kenal. Rojak ni ada bermacam -macam jenis kalau tak caya pegi sini.
Jom layan gambar gerai rojak area klang yang pelanggannya terdiri dari berbagai bangsa.
Budak comot .Nampak tak rojak sotong kat situ.
Orang cina sekarang ni dah ramai yang pandai makan rojak.
Gerai rojak ni tak de terletak sangat ngan tepi jalan besar sangat cam tu aku boleh layan lagi nak beli sebab tak berapa terdedah ngan habuk dari kenderaan .
Nampak gigi je kan, habis tu dah terkejut boboy nampak aku ambik gambar dia. Masa tu mesti dia feeling feeling aku nak buh gambar dia dalam magazine.kah kah kah.
Susun atur cucur nampak kemas. Nampak tak cucur nipis dan ranggup kat belah atas sekali, tu sedap bila buh dalam rojak..
Kebanyakan rojak yang jual kat restoran mamak, rasa tak berapa mabeles sebab banyak tahu goreng dari cucur, beza sangat ngan gerai ni bermacam-macam cucur ada , yang best sekali cucur nipis yang rangup.
Abaikan muka budak comot yang tengah syok gigit popia goreng.
Bukan rojak je sedap kat sini, ABC ngan cendol pun sedap.
Budak comot ada di mana-mana.
Rojak biasa
Rojak mee
Kuah rojak .
Bila cerita pasal rojak , aku belum penah lagi tepek resepi rojak kat blog ni. Sabau ye, bila rajin nak buat rojak aku tepek resepi ye.
Nak tanya boleh? Aku suka rojak mamak, pasembor , kuah rojak plak yang tak banyak kacang tanah. korang suka rojak apa?
Jumpa lagi............