Monday, September 12, 2011

suprise konon

Salam lebaran..........................


Ingat tak pagi semalam aku ada cakap ngan korang nak buat cucur bawang? Terlaksana gak impian yang tak seberapa tu. Memandangkan bulan lepas suami beli sekotak tepung gandum, haruslah merajinkan diri buat pelbagai jenis juadah yang mengunakankan tepung gandum.

Masa mula kenal ngan suami , terkejut tengok barang toiletries ngan dapur menimbun cam kat supermarket kat rumah dia. Aku segan nak tanya. Bila dah kahwin baru tahu yang patern dia tak suka kerap ke kedai runcit atau supermarket sebab tu dia beli sekali banyak. Dia kata beli banyak rega murah cam tepung gandum tu. Kalau family ramai tak pelah beli banyak. Nasib baik aku ada berniaga cheese tart, berguna gak tepung tu.

Sekarang ni aku dah masak ngan tabiat dia tu, kalau kirim barang awal-awal aku pesan beli sikit je. Barang toiletries beli banyak tak pelah, macam telur aku memang tak suka simpan stok, nanti tak fresh.



Sekotak tepung gandum sebagai bahan bukti yang suami memang bertabiat suka buat rumah cam supermarket.

Jom melayan cucur bawang yang dah selalu sangat aku nak tepek kat sini dan korang nak termuntah-muntah tapi tahankan. Sabau ye dik, kalau nak muntah pun lepas ni.

Janganlah marah kali ni aku bagi tips buat cucur bawang lazat hingga menjilat jari. Tak caya sudah, namamu Dollah ________ mu sebelah.




Tamakkan letak 3 labu bawang besar.



Hirisan 3 labu bawang besar diramas-ramas ngan tepung gandum + sedikit garam + baking powder(bukan soda bicarbonate) + perasa . Dah ramas ngan sebatinya, kemudian bancuh ngan air suam sahaja , tak payah panas mendidih ye nanti lain plak yang jadi. Jadi apa, nanti cerita .



Kalau nak mengoreng tu biarlah dalam minyak yang banyak nanti cucur bawang tu tak delah berminyak sangat.



Ambik resepi kat sini ye. Lebih kurang sama je.

Kononnya nak surprisekan suami, hidang dia cucur bawang sebelahnya sambal kacang(lebihan hari raya), sebelah lagi sos cili. Ingatkan dia terkejut, hampehhhh dia selamba je makan tak de perasaan pun. Aku plak yang bagai nak rak tanya "sedap tak cucur tu makan ngan kuah kacang?" " memanglah sedap, cam kita makan rojak selalu tu". Termalu jap, apasal aku boleh lupa yang rojak pun ada cucur bawang.




Suprise yang tak menjadi tak pe, janji sedap.....


Pengajaran lenkali tak de lah aku bingai sangat dah ada kuah kacang, bantai buat sos cili lagi nak buat cicah ngan cucur bawang.

Sekian , Jumpa lagi...............

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina