Monday, September 26, 2011

tulang kambing, mata terjojol , club kena serbu

Salam hari senin...................


hye buat apa tu?aku tengah update blog.cam mana ngan tajuk tu cukup banyak tak, kalau tak cukup aku tambah lagi. Tajuk cam tu punya banyak, itu menandakan tuan blog ni memang dah kurang waras

Kurang waras yang bersebab tak pe. Niat hati malam tadi nak berjimba-jimba kat club sambil minum-minum . Harapan kecundang club kena serbu .Nak tahu tak sapa yang serbu 2 laki bini cifinafa ngan anak dia. ingat polislah tuuu.

Meja kami bersebelahan. Masa pegi tu perut aku tak delah lapar sangat. Sebelum anak beranak cifinafa tu datang hidup aku laki bini ngan Firdaus aman tenteram, boleh goyang badan sambil dengar lagu. dancing dancing penuh romantika di amor. Bila dorang datang je haru biru.

Layan cite sambil tengok gambar boleh?pasal laki bini cifinafa tu nanti aku cerita bila part dia sampai.



dah namanya club mesti ada air buih-buihkan.



budak jantankan kalau nak sembang ngan ayah je, bila nak basuh yak yak panggil mak. mencik ahhh. gurau je, firdaus basuh yak yak sendiri, lepas basuh cuti tangan ngan sabun siap suruh aku cium.



roti ni boleh lagi dimakan , roti kat kedai ayam kok kok tu keras.



Firdaus ngan chicken ala king



masa ni boleh ambik gambar ngan sesuka hati sebab dua laki bini tu belum masuk club .

Lepas je chicken ala king ni sampai, laki bini tu masuk club.Masa nilah nampak laki bini ni ngan anak dia asyik pandang aku.Kalau aku ni lawa sangat, pakai menampakkan lurah dendam, pakai seluar pendek tu lainlah dia nak pandang-pandang. Aku nampak ngan ekor mata dia asyik pandang-pandang. Masa lamb shank aku sampai, lagi hebat pandangan dia.Kali ni bukan setakat pandang, dia alihkan badan sekali, sambil ketap-ketap bibir ngan tangan.

Dalam hati aku "syaiton janganlah pandang aku, aku nak ambik gambar lamb shank ni".



Tengok tu bangsatkan dah makan lamb shank separuh baru dapat ambik gambar, itu pun selepas makanan dorang order tu sampai. laaaaaa lapau rupanya , ingatkan dorang pandang sebab aku ni cantik sangat. Lenkali kalau dah tahu lapau sangat jangan makan tempat cam ni, sebab kat sini tempat santai santai sambil goyang badan.kah kah kah

Part yang aku nak gelak bila makanan dorang sampai suami aku terus "lega ... mahu je angkat lamb shank ni pegang cam pegang peha ayam". laaaaa rupanya suami aku pun tertekan sama. Aku tanya dia "cam mana awak tahu dia pandang kita?, "la depan kita ni kan semua cermin, kalau dia nak pandang kita pun tengoklah cermin kat depan dia tu". Tak pernahlah aku dengar suami nak cakap benda remeh cam ni, maksudnya dorang tu memang betul-betul buat dia tertekan.

Masa nak bayau pun sama asyik pandang je , aku tahulah time bayau tu aku duk korek ngan tonggang purse cari duit syiling, mentang-mentanglah dia bayau pakai kad kredit nak pandang keji ngan aku plak.




ambik ko gigi siung Firduas buat laki bini cifinafa yang suka nak pandang aku tak tentu pasal. Pandang sampai tak henggat mungkin dia nak cam kan muka aku kot, dulukan aku pernah berlakon dalam iklan sabun cap kapak ngan camay. Teringat plak, sabun kapak ni bukan setakat cuci kain ngan rambut-rambut sekali aku cuci. well dulukan tak mampu beli syampo beli pun syampo dalam paket. dasat tau bau wangi syampo paket tu seminggu pun tak hilang.


SOALAN PEPERIKSAAN PENILAIAN DARJAH LIMA(subjektip)

1)Adakah anda pernah mengalami situasi diatas? kalau pernah sila nyatakan perasaan anda ketika itu.

2)Adakah anda pernah mengunakan sabun cap kapak?Kalau anda pernah mengunakannya apakah hasilnya memuaskan hati anda?




sapa tak jawab soalan ni cikgu tak bagi markah penuh. nasib ahhhhh.

PETUA NENEK KEBAYAN ; sabun cap kapak buat sental periuk, periuk berkilat.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina