Salam hari Jumaat , penghulu segala hari.
Syawal dah melabuhkan tirainya.Sekejap je masa berlalu, rasa baru je semalam kita menyambut 1 syawal . Eloklahkan tak de aku kena tengok makanan kat blog yang cite pasal open house. Motip geram, air liur meleleh nampak makanan.
Semalam aku ambik MC, sebab cherry berry yang tak henggat dari malam sampai ke pagi. Aku pun tak tahu makan apa sampai boleh jadi cam tu. Malas nak siasat apa puncanya, kang semua tauke kedai plak terbabit ye dak.
Lepas pegi klinik, saja bawak Firdaus naik komuter. Biasalah Firdaus kalau dapat naik komuter cam tak nak balik.......
Firdaus beli tiket . sekarang ni dia dah kena tiket separuh harga. Dia bagi kat aku tiket tu, aku masukkan dalam handbag, takut hilang , dia boleh mintak balik " mak bagi tiket cam sungai tadi", aku pun bagi. Rasa tak puas hati plak, aku tanya dia "apa yang sungai tu?, "ni kan kaler cam sungai, biru". Pelikan budak -budak boleh sampai ke situ.
Sampai Port Klang aku bawak dia ke Giant
Habis satu Giant aku legau , aku beli barang basah ngan kering sikit. Sampai dept jual makanan ringan cam keropok/ biskut firdaus jerit dari atas troli(motip dah besau baru nak naik troli) suruh aku stop , sambil tunjuk kuaci suruh aku beli katanya" hari tu along(merujuk pada anak pengasuh dia) makan kuaci sampai habis tak bagi Firdaus". Cian , aku pun belikan sepaket tuk dia.
Firs time belajar kopek kuaci sendiri
Muka happy sambil tunjuk gigi ada terselit isi kuaci.
Tetiba je bila Firdaus ngadu yang along makan kuaci tak bagi dia , naluri keibuanku tersentuh. Pasal dek kuaci tak kan aku nak marah Along . Bohonglahkan kalau aku tak terkilan. Dah ibukan , apa yang anak minta samada permintan tu kecik atau besar, kalau boleh semua kita nak tunaikan. Bila anak kita call , pertanyaan pertama yang kita tanya samada dia dah makan ke belum, tak kiralah panggilan tu kita terima tengah malam.
Aku ajar anak-anak aku bila makan depan kawan , kena pelawa atau bagi kawan sikit. Kerap aku ingatkan dorang rezeki yang kita ada ni bukan untuk kita seorang, tapi untuk dikongsikan sikit pada yang memerlukan. Alhamdulillah anak besar aku praktikkan apa yang aku ajar, biar sedekah tu hanya dia ngan Allah SWT je yang tahukan.
Berbalik cite pasal ibu, ibu samada baik atau jahat naluri keibuan tetap ada. Percayalah ibu yang buang anak tu pun ada naluri keibuan, sayangkan anak dia, mana kita tahu keadaan masa tu mendesak, dia buntu tak tahu nak buat apa-apa, tanpa sokongan sesiapa, apa yang dia boleh buat , syaiton plak memainkan peranan, maka tu yang terjadi kes buang anak tu.
Sebagai makpak kita kena ada sifat perikemanusian, jangan biarkan anak kita menghadapi saat sukar seorang diri. Makpak mana yang nak anak dia jadi cam tu. Jangan ingat anak kita tak akan menghadapi saat sukar cam tu, cuba bayangkan satu hari nanti anak perempuan kita jadi mangsa rogol, tak kan kita nak buang anak kita cam tu. Nauzubillahiminzalik, kita jangan cakap takbur.
Kejadian-kejadian cam tu aku dah tengok depan mata sendiri, masa tu yuyi sukarela jaga budak -budak perempuan berumur 14 tahun ke atas hamil luar nikah dan bekas GRO yang mak pak dorang tinggalkan dorang cam tu je sebab malu ngan umpat-umpatan orang sekeliling. Sanggup tu sayang orang sekeliling dari anak sendiri. Mana pegi naluri keibuan dorang tu, masa time anak senang , masa tu dapat hulur dorang duit banyak, bila anak dah cam tu sakit atau hamil campak cam tu je. mencik sangatlah bila makpak yang anggap anak lubuk buat duit.
Aku ibu gak, aku sedih bila dengar budak-budak tu ngadu pasal makpak dorang. Aku malu bila dorang cakap mak dorang tahu nak duit je. Sebagai ibu ko tak boleh syak atau curiga ke yang duit anak ko bagi tu banyak. Dari situ ko dah boleh agak perkerjaan dorang. Jangan nanti bila anak ditangkap polis, dia cakap selama ni dia tak tahu apa pekerjaan anak dia.
Cukuplah sampai sini je, makin banyak bercerita hati makin panas............. jumpa lagi rancangan masakan yang lain....................jangan lupa bukak chanel 12 tengahari nanti ye