Semoga bergembira ngan juadah biskut raya yang tinggal serdak ngan tetamu yang datang berkunjung ke rumah ye. Tetiba je mulut ni teringin nak makan kerepek. Tahun ni hari ini dalam sejarah, sebab terlupa nak beli kerepek. Juadah peberet aku time raya tu . Biskut plak tengok biskut apa, kalau tart nenas ngan suji layan habis.
Kekadang otak aku ni rasa cam tak betul pun ada,semalam free , tak nak update plak, hari ni ngan kain baju menimbun, sarapan tak buat lagi boleh plak subuh sapie, aku galak menukar template ngan update bloglist baru.
Bukti kain baju menimbun tak berlipat
Janji tinggal janji. Konon balik penang nak lipat, tapi hampehh sampai la ni. Suami mampu tersenyum sinis. cilakak.Malam tadi buat janji lagi, longgokkan kain baju atas katil, ingat nak baca-baca majalah dulu sebelum lipat, hampehhh baca beberapa minit, terlelap. Firdaus nakal kejutkan aku , suruh lipat, aku mamai boleh plak duduk sambil lipat satu baju siap tanya dia"nak lipat yang mana satu, t-shirt ni ye"? Keadaan kembali normal, bila nampak dia gelak-gelak.Cam nak duku je. Lepas tu aku sambung tidur balik. Kawan-kawan doakan semangat lipat baju aku come back..
Fuhhhh ! lega bila dah tukar template, ngan bloglist baru. Aku buang blog yang dah lama tak update. Bila cakap pasal blog, aku hargai sangat blog yang sudi nak follow atau komen entry kat blog ni. Kekadang malu gak yang follow tu blog yang followernya beribu-riban. Follower aku 400 pun tak sampai. Status isteri yang bekerja cam aku ni kurang masa nak buat BW, harap blog yang follow dan komen je, lepas aku buat kujungan balas. Mana taknya , sampai rumah pun dah dekat pukul 7 malam. Kalau ada masa pun tengah malam atau hujung minggu. Minta maaf banyak-bayak sekirannya lambat berkunjung ke blog korang ye.Jangan ingat aku sombong plak.
Aku tak amalkan adat follow menfollow. Selalunya aku tinjau dulu blog yang follow, kalau rasa blog dia cam best nak baca, aku follow balik.Kriteria blog yang aku suka pegi dan follow lebih kepada blog yang bercerita hal family , isu semasa dan politik.Blog yang tak tepek gambar pun aku baca, janji cerita dia masuk akal dan bagi otak aku aktif berfikir. Maaf, jangan ada blog yang terasa plak, kategori blog cari income lebih, jual barang online, cari traffic SEO bagai memang aku kureng follow dan baca.
Tujuan utama aku berblog bukan nak cari duit, tapi lebih kepada nak isi masa lapang ngan memenuhi nafsu serakah (minat)pada bidang IT. Mengodek, repair, install komputer minat aku. Duit nuffnang cam bonus . Berfacebook, berym, berchat memang kureng, mungkin aku orang yang tak suka buang masa tanpa dapat hasil. Kalau berym pun benda-benda penting.
Bukannya tak nampak atau perasan , lagilah aku orang yang suka menkaji manusia, ada pengomen baru kat sini , blog nak cari traffic je. Aku senyum "baru-baru berblog , biasalah cam tu." Kenapa nak cepat femes? sedarlah merangkak-rangkak naik tangga lebih baik dari naik lif. Fikir dan renung-renungkanlah . Bukan senang nak dapat pengunjung yang beribu riban dalam sekelip mata. Cuba ingat keindahan alam sekeliling , kebahagian keluarga kita, saat -saat gembira ngan sedih kita, rakan alam maya yang baik, luahkan dalam blog mesti korang akan rasa sesuatu. Berbloglah ngan jujur dan ikhlas, barulah dapat kenikmatan dan akhirnya barulah membuahkan hasil tanpa rasa tertekan , terdesak dan perkataan yang sewaktu dengannya.
Cukuplah setakat ni....takut simontel bangun ,sarapan tak buat lagi. Ingat nak buat cucur bawang je, otak tengah pikir nak masak apa tengahari ni.
Jumpa lagi.........................