Wednesday, September 21, 2011

Breakfast

Salam lebaran...................



Apa khabar semua? Diharap korang semua dalam keadaan baik . Aku je dalam keadaan yang kurang memuaskan, biasalah penyakit kaum hawa. Orang kata lepas kahwin dan melahirkan anak penyakit tu hilang tapi aku tak plak, tetap sakit. Aku lebih suka tahan sampai berguling-guling pun tak pe, aku tak suka makan pain killer dan ubat-ubatan yang lain.

Masa aku  pregnant  dulu , aku jarang makan ubat ngan supplement yang doktor bekalkan. Ntah lah dah memang tak suka. Kesihatan bayi aku okey je Insyallah mungkin sebab  aku rajin makan sayur ngan ikan kot, kebetulan masa tu suami ke laut , kerap dapat ikan bawal putih, hampir setiap hari dia kukus ikan tu.Aku rasa dah cukup sangatlah nak kaber. sajakan nak menyedapkan hati.

Tak boleh cerita lebih-lebih sangat hari ni semalam boss dah sound "eh you kan sekarang ahhh sudah tak da banyak keja, jangan bagi alasan u tak boleh kasi lap lap itu tingkap semua ahhhh" Aduyai aduyai kenalah merajinkan diri lap lap tingkap dalam keadaan perut sakit..

Korang breakfast apa pagi ni? Pagi tadi aku buat roti telur bawang (balance
roti massimo semalam)tuk ahli keluarga mesyuarat tingkap suami ngan Firdaus.




Cantik tak roti bawangku?. Sedapkan. Kalau nak resepi ambik kat sini ngan sini ye. free je.Penting sekali kalau nak sedap sila guna roti Massimo (kawasan Selangor je, kawasan lain akan datang ye)

Kalau nak rasa kenyang yang berpanjangan jangan biasakan ambik breakfast yang berat -berat cam nasi lemak, mee goreng waima yang berkalori tinggi.   Ada cam pakar pemakanan tak?kah kah




Sehingga berjumpa lagi , nak pegi lap lap apa yang patut sebelum mummy bising...........

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina