Dah tak terbilang syawal yang ke berapa oleh kerana dek kebizian yang dibuat-buat. Boleh ? Tajuk cam judul novel tu sila abaikan. Setiap kali buat entry tak tahu nak buh tajuk . Nak buat cerita pun kekadang naik pening. Berita kat tv pun tak de cerita baru, apatah lagi aku. TV asyik ulang tayang berita yang sama je, mat sabu, komunis, mat indera, jurugambar kena tembak , benda tu jelah kalau aku tengah pregnant sekarang ni boleh loya ngan muntah sekali.
Yang paling paling paling aku rasa cam nak termuntah hijau bila wartawan duk tanya perasaan ibu yang kematian anak.Mahu je kalau kat tempat dia aku katuk kepala wartawan yang tanya tu. Nak sangatkan. Ada ke ibu yang ketawa bila dapat berita kematian anak sendiri. Ada tanda -tanda tak sebelum ni? Soalan yang biasa gak ditanya wartawan pada kaum keluarga yang kehilangan orang tersayang. Peninglah ,, tanda apa?
Kalau nak buat review pasal drama atau cekerama kat tv plak, aku tak tahu sebab memang tak nengok pun.Nak cerita pasal jiran sebelah rumah plak, tak tahu nak cerita apa pun pasal dorang sebab kita orang memang jarang jumpa pun. Kalau jumpa tersengih -sengih atau ber hai bye bye je.
Bila dipikir-pikir baik cite pasal masak-masak ada gak feadah, dosa pun kurang. Malam tadi kita orang makan oblong kambing,memang tak masak nasi tapi ada janji ngan Firdaus masakkan dia sotong kunyit tuk makan tengahari esoknya.Janji seorang ibulah tu kan. ekekek
Jom layan lauk pauk masak lebih kurang pukul 5 pagi tadi.
Ramuan tuk goreng kacang buncis, sotong kunyit ngan telur dadar.
Lenkali aku nak suruh suami mencandat sotong , tak tahan ngan rega sotong mahal, cam ni je RM11.
Resepi sotong kuyit kat sini ye, mana terkurang terlebih minta halal ye.
Goreng kacang buncis ni simple je. Goreng ngan telur + ikan bilis.
3 biji telur kacau ngan sedikit kicap cair dan hirisan daun bawang . Curah dalam kuali yang dilengser sedikit minyak. Jangan marah masak telur dadar pun nak ajar.
Jeng jeng telur dadar
Kalau dah masak waktu pagi, adalah habuan aku tuk bawak bekal ke opis. Dah malas nak isi dalam bekas, asyik tinggal bekas kat opis je. Buh dalam plastik cam ni senang , sampai opis isi dalam bekas kemudian panaskan.
cau cin cau dulu, ada kerja nak dibereskan........korang plak apa tunggu lagi pegilah buat keja............