Sunday, September 25, 2011

cream puff, ketiak basah

Salam hari senin.......


Selamat bersiaran kembali selepas beberapa jam membasahkan ketiak buat cream puff. Tetiba je tekak ni teringin nak makan cream puff balik dari menjelajah blog ita. Gigih sambil tengok blog dia, sambil siapkan bahan-bahan nak buat cream puff.

Hari ni terlebih rajin nak update , selalunya hari minggu satu cerita je. Tak pelah esok tak de kelam kelibut nak update kat opis. Maxis ni buat semangat aku  nak update blog   berkobar-kobar cam nak sambut raya esok . jangan jeles.....tak dapat apa pun. Lebih baik keja keras tingkatkan prestasi report kad dari duk menjeleskan.


Dah selesai cream puff masuk dalam mulut dua beranak tu. Silih berganti suami aku ngan Firdaus makan. Betul kata ita , tak cukup satu adunan, nasib baik aku buat dua adunan , itu pun habis.Resepi cream puff ni aku ambik dari blog ita, ada gak aku ubah sikit , contohnya aku tak guna microwave sebab tak de , baru je nak start main kutu RM1 ngan kawan-kawan tuk beli microwave. ekek ekek.



Cream custard
Resepi : blog ita


1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung-aku tukar tepung castard
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah


Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

(aku guna cara kat bawah ni)kena rajin kacau ye nak bagi cream custard licin dan berkilat- kalau boleh sampai korang nampak muka sendiri kat cream custard tu(acah mak laboh) tapi serius ni kena kacau lama skit)penting api tu kena perlahankan.


Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.


Berkilatnya lebih kurang cam ni.


Kacau cream custard ni buat baju aku basah disimbah peluh . Mana taknya mengacau sambil berdiri kat dapur dah lah tak de air cond ngan kipas(kah kah bajet retiskan).Peluh punya pasal buat cream custard ni sedap, bertambah sedap lagi  kalau terpecik sikit peluh . kah kah kah


Cream puff
resepi : blog ita

100ml air

45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
Tepung gandum di ayak

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Masukkan telur, kacau cepat-cepat

Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang

Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.



Tak lah secomel ita .


jangan pandang lama-lama,malu ahhhh, comot aku buat.



fresh from oven


Dah sejuk belah kemudian masukkan cream custard.oiii jangan makan dulu. kita bancuh nescafe dulu......


makan cream puff sambil hirup nescafe panas, terangkat tak caya udah.




sila percaya cream puff tu dah habis.............




okey ye sampai sini je , nak basuh kain (kurang asamkan basuh kain waktu petang).janji basuh.




status tuan blog : tengah belajar nak kedekut ilmu, mencik ahhhh orang yang dah bodoh sangatlah tapi lepas tu sombong(ayat geram memang kefelinfing sifikitfit)

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina