Saturday, September 24, 2011

gosip panas lagi sensasi lain dari melodi


Salam lebaran ....................


Selamat berhujung minggu, sapa yang keja hari ni harap tabah ye. Aku dah masuk 7 tahun stop keja hari sabtu. Time cuti ni cadangnya nak bangun lambat sikit, tetiba plak mata ni nak celik pukul 4 pagi.

Kalau dah mata ni duk terjegil je, apa lagi melayari internetlah nampaknya. Jangan terkejut boboy plak nampak komen aku kat blog korang tertera pukul 4 pagi. Hampir semua blog, forum , gosip semua aku gelidah kecuali laman $$$$$ ngan laman 18sx(sebab waktu dan suasana tak sesuai) kah kah kah

Dalam banyak-banyak pengelidahan tadi ada satu forum tu betul-betul buat subuh sepei yang indah dan sepi ni dicemari ngan gelak ketawa aku yang buruk gila ngan diiringi hentak kaki sekali.Kalau korang tak caya bukak kat sini. oooo patutlah kawan aku suka layan laman tu bila boring.

Jom layan , saja je boleh gak buat geli-geli hujung minggu...........


kepale die besar, body kecik, mcm x portion je body n kepale, dade kecik,hidung pesek, tet*k mcm loyot je, body katik je pastu rahang besar mcm anak chef wan c nazrey tu, xsesuailah jd artis, mcm xlawa-dari kentutmanis

1)Aku copy sikit ruangan hiburan gosip tempatan kat sini, cuba korang baca statement tak boleh blah dari Kentut manis ni bawah gambar tu. Pada pandangan aku kentut manis ni mesti terlebih cantik dari Tiz Zikyah kalau tidak, tak kan kaw kaw kutuk Tiz cam tu. Masa tu dorang tengah hangat membicarakan tentang drama sofiya(kalau tak silap aku) lakonan tiz, aku pun tak pernah nengok drama tu. Tak pasal-pasal orang tu kena kutuk.



Gambit jatuh kuda pakai seluar dalam/boxer warna merah

2) Baru aku tahu artis jatuh kuda pakai seluar dalam/boxer warna merah tu gosip.

TAKZIAH PADA FEDTRI YAHYA



3) Baru terbaca kisah isteri Pengacara Malaysia Hari ini Fedtri Yahya keguguran bayi pertama 26 julai 2011 .Maafkan cik ina ye, terlambat tahu, harap tabah menghadapi ujian dari Allah SWT, boleh berusaha lebih keras lagi. Ismail  Fitry  blogger yang rajin gak mengomen di blog sewel ni. Sapa nak layan klasik boleh gi blog dia kat sini.



4) Gosip yang aku rasa paling tak mendatangkan hasil dalam negeri dan luar negara dan semua orang gak gosip 3 orang ni. Terus terang aku katakan setiap kali terbaca kisah dorang ni , aku memang boleh muntah hijau. Dah lah bakat dorang tak nampak hasil pun, bercinta dan putus cinta satu hal, kecoh satu malaya apa hal.

Buat buatlah cari keja yang berfeadah sikit, semua orang dah muak tengok korang.Biarpun semua orang tu bukan ngadu ngan aku pun, tapi aku boleh agaklah.kah kah kah Memang tak nak baca kisah korang tapi kalau dah beli surat khabar , terselak nak buat cam mana. Lepas ni pegi main jauh-jauh ye, kalau tak suka nak hidup pegi terjun lombong.

Nasihat makcik yang dah lama berkecimpung dalam bidang hiburan(tetiba je kan) lebih baik korang bertiga selotape atau stapler mulut korang, lagi semua orang suka.

PERINGATAN TUK KORANG : JANGAN SESEKALI MASUKKAN DAN SEBUT-SEBUT AL-QURAN DALAM CINTA BODOH KORANG TU- SERIUS , MAKCIK TENGAH MARAH NI.



5)Kisah percintaan chef Riz ngan Ana Dahlia. Dah dorang ni bahagia bercinta tak lama lagi nak kahwin, biarkan je lah, ada gak wartawan yang sibuk duk nak tahu status si Ana tu. Family chef riz tahu status bakal menantu dia udahlah , apasal plak yang lain sibuk nak tahu gak.

Cuba kalau si Ana Dahlia tu kahwin ngan pekerja kilang atau pekerja bangla(tetibakan bangla masuk dalam cerita ni) mesti tak de wartawan yang sibuk nak gelidah status dia.Sukahati dialah sebelum ni pernah kahwin cerai 10 kali ke, dia bukan kacau orang. Aku benci teramat sangat bila terbaca ruangan gosip wartawan Z minggu lepas "ANA PERNAH DUA KALI KAHWIN" baik mengaku. Apasal kalau dia ngaku ko nak bagi dia duit ke atau award tertera "AKU PERNAH JANDA" menyampahlah ngan wartawan yang bizi body tak bertempat ni.


Dari gosip-gosip ni , aku dapat agak banyak orang -orang yang hidupnya terlebih masa sampai boleh ambik tahu hal orang lain. Gosip ni ada pro ngan kontra, yang baik boleh jadikan tauladan, mana yang sibuk duk suka selak kain ngan cari kain koyak orang tu lebih baik periksa kain sendiri tengok-tengok mana tahu ada gak yang koyak. Daripada duk cari ngan bukak aib orang rasanya lebih baik berzikir atas tikar sembahyang. boleh gitu?


selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang

status blog ; lepas ni nak pegi open house kat rumah datuk ngan tan sri kat atas bukit, mana tahu dapat angpau ratus-ratus boleh kaber bill api bulan ni (habis tu ingat facebook je boleh letak status , blog aku nak gak.kah kah kah



Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina