Tuesday, June 28, 2011

Jawap soalan peserta kursus

Salam hari selasa..................


Alah ciannya berhabuk dah, nanti ye aku sapu sampah dulu. Semalamkan aku menghadiri kursus motivasi semangat berpasukan, ada plak sorang peserta kursus bertanya apakah rahsia jemput-jemput jadik tu sedap banget. Maaf ye tak de niat nak masuk lif sendiri tekan, ini kenyataan .kah kah matik puji diri sendiri.

Marilah mari kita mengundi, eeeh mengjemput-jemput bawang.,



1/2 kilo tepung digaul 1 tsp garam ngan 1 tsp baking powder ngan sikit serbuk perasa. Potong nipis bawang besar kuning 2 biji. jangan lupa sebiji k telur. Guna bawang kuning(bombay) Jemput-jemput ni akan berbau wangi dan sedap.




Bancuh tepung tadi ngan air suam. Ramas guna tangan supaya rasa bawang besar berbau wangi dan rasa sedap.



Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.



Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. kalau boleh biar sedikit kegaringan nanti bawang yang ada kat dalam tepung nampak cam keropok. .ranggup
kalau boleh biar sedikit kegaringan nanti bawang yang ada kat dalam tepung nampak dan rasa cam keropok. .ranggup




Masak cili kering mesin ngan 4 ulas bawang putih .bubuh cuka , garam, gula dengan sedikit perasa.Sebelum angkat masukkan air tepung jagung untuk memekatkan sos.




Jeng jeng cicah ngan sos cicah buatan sendiri. Anak-anak ngan suami tak suka cicah ngan sos cili botol, tu yang aku gigih buat sos cicah yang lain.Sos cili ni tahan lama, kalau disimpan dalam fridge.




Tips ngetop.

1)Bancuhan yang mengunakan air suam(jangan terlu panas), boleh mengelakkan jemput jemput jadi keras.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina