Friday, July 1, 2011

simontel dah lebih

Salam hari Jumaat..................

Dah lama tak bersiaran rasa windu plak ngan blog dapur ni. Semua gara gara mistik 404. Mesti korang cakap alah, baru sehari tak update dah windu. Janganlah cam tu, blog ni rumah kedua, cam mana sehari tinggalkan rumah, cam tulah rasanya sehari tak update, tapi aku bukan blogger tegar ye.

Tajuk entry mengenai simontel dah lebih-lebih cam orang tua makan sambal ikan bilis petai. Kalau makan ikan bilis je tak pe, ngan petai-petai sekali dia bantai, siap mintak tambah lagi. Beriye-iye masak sambal ikan bilis petai ni gara-gara aku teruja ngan petai eye nee hari tu, petang tu gak pegi pasar malam cari petai. Mahal plak tu RM3/3 papan.

Berbalik pada cerita petai, teringat plak arwah mak, masa aku kecik dia marah makan ulam-ulaman ni. Bila aku dah besar dia tak kisah plak. Gelak sorang-sorang bila ingat dia ketil peha bila aku curik-curik makan petai, mungkin takut anak dara dia mulut berbau kot. Anggap je lah cam tu.

Small bak choy goreng



1 paket small bak choy dikerat dua , cuci berseh dan tuskan.
5 ulas bawang putih dikopek kulit dan hiris
3 sudu besar sos tiram

Goreng bawang putih sampai naik bau dan kekuningan.Kemudian masukkan bak choy, kacau dan balikkan. Last sekali buh soh tiram, kacau supaya bak choy ngan sos tiram bergaul mesra. betul ke idak ayat tu. cam semacam je.




Segengam ikan bilis di goreng
3 papan petai keluarkan isi dan goreng




Tumis cili kisar tadi sampai pecah minyak, kemudiaan bubuh perahan air asam jawa. Bubuh garam, gula ngan secoet pak aji. Masak lagi tumisan cili , last sekali masukkan petai diikuti ngan ikan bilis. tutup api dan angkat.



Jeng jeng ikan bilis petai.








Bukti budak nakal nak tambah petai.



Tengok tu nakal sumbat sayur dalam mulut cam tu.



Budak nakal yang pura-pura pedas tapi masih nak tambah sambal.



Tips ngetop

1) nak kan sayur kekal hijau bila digoreng, lepas basuh tuskan dan kalau nak bubuh air pun bila nak angkat nanti.

2) Petai digoreng dulu bagi mengurangkan rasa maung dan bau petai .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina