Salam hari Jumaat.................
Sebenarnya Masak ni minggu lepas baru nak tepek kat sini. Kat rumah aku ni lauk wajib kenasatu , satu kering contoh cam kat bawah ni, kalau terlebih rajin goreng ikan plak. Ikan goreng kalau kat rumah ni kurang berkesan, kalau ikan kuah dorang layan . Firdaus kalau makan manja sikit, ikan goreng pun nak suruh orang kopekkan.
Oleh kerana malas nak berkecah-kecah, selalu aku suap suami ngan anak makan sekali. Senang tak payah nak basuh pinggan banyak. bajet malaskan. Suami aku pun tak kisah. Bagi dia cara cam tu lagi senang tak payah nak dua tiga kali keja. jahatkan aku.
Selalunya kat rumah ni bergilir-gilir antara rasam, pindang, tomyam atau sup., janji satu lauk berkuah mesti ada. Firdaus kalau makan nasi bubuh kuah/sup kuah sampai banjir. Dah memang tebiat dia dari kecik. Suami aku pun suka mencurah kuah atau sup dalam nasi.
Tomyam ambik resepi kat sini ye, cuma ni aku lebihkan paste.
Terung goreng cili resepi kat sini, cuma bezanya resepi tu guna terung bulat yang ni terung panjang. 2 x 5 = 10 5 x 2 = 10 serupa je lah.
Terlebih rajin goreng ikan kembung plak. Goreng ikan tak de resepi ye, kalau tak tahu goreng ikan saja nak cari nahas lah tu.
Senangkan tak payah aku nak taip balik resepi, aku godek je kat dalam blog sendiri.
Tips ngetop
ikan kembung cam ni rasa isinya manis.
1) Ikan kembung size kecik , rasa isinya manis dibandingkan ngan size yang besar.
2)Terung panjang atau bulat hendaklah digoreng dulu kalau nak digoreng bercili.
Berjumpa dilain rancangan (bajet cam pengacara JJCM, aku lupa plak namanya) akhir kata ingatlah pesan ibundo , makan makan sampai insaf