Planta
Walaupun aku cuti hari semalam, aku pastikan ia adalah hari yang betul-betul berquality untuk seluruh keluarga aku. Waktu-waktu begini hari yang begitu penting, sebab aku bukannya surirumahtangga sepenuh masa.Mungkin orang tak percaya bila aku sebut tentang spritual. Bukan maksudnnya aku percaya pada alam ghaib. Apa yang aku maksudkan ialah air tangan. Memang dari kecik aku dah biasakan anak aku makan , makanan yang aku masak sendiri. Sesibuk mana pun, aku cuba untuk masak sendiri untuk anak-anak. Aku bangga walau jauh anak aku pergi, dia akan call aku mengatakan dia rindu ngan masakan aku.. . Tak semestinnya korang mesti pandai masak pun, tapi keikhlasan tu penting .Contoh korang tengok bangsa India, walaupun mereka dah kahwin , mereka masih ingat keluarga masing-masing.Sebab apa bangsa india macam tu, emak mereka selalu menyediakan masakan sendiri untuk anak-anak mereka. itu yang aku katakan tentang spritual.Aku pun bukan pandai masak pun, tapi aku masak dengan kasih sayang.Jangan jadikan sibuk itu satu alasan, dimana ada kemahuan disitu ada highway.alamak salah pulak.ini gara-gara tengok adnan sempitlah ni.Semalam aku cuti, ada hal tertentu aku nak settlekan. Pagi ni aku teringin nak buat sweet bun.Dah lama tak buat.
Bahan 1 -planta atau butter.
Bahan 2-High protein.Tepung ni RM3.50 /kg-kena sentiasa di simpan dalam fridge.
Lemak sayur- RM2.00
Susu pekat manis.
yeast kering
Aku guna tepung ni 400grams, planta 1 sudu, lemak sayur 3 sudu besar, gula satu sudu,susu satu sudu, garam sikit.yeast kering 10 grams bancuh ngan air . Uli tepung macam cara basuh kain. buat roti ni rumit sikit.
Rehat kan doh selama 30 minit.kalau boleh tutup doh ngan plastic.Kalau tutup nanti dia lagi naik.
Buat bulat cam ni. sebenar satu doh kecik kena timbang, supaya sama besar, tapi sebab timbang aku dah jahanam.aku hentam je.
bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit. atas tu nampak berkilat kerana disapu ngan egg wash sebelum dibakar.
Cara buat egg wash
telur 1 biji
minyak 1 sudu teh
gula 1 sudu teh
kacau ketiga-tiga bahan ni.
sweet bun aku yang dah siap. esok Insyaalah aku buat inti sambal ikan bilis pulak.
Apalagi Firdaus tersenyum puas dapat makan roti.
Happy lagi
Tengahari
Ayam digaul ngan tepung jagung, garam ngan rempah kari perapkan dalam masa 15 minit.
Ayam yang dah digoreng.
bahan-bahan utuk buat tomyam biasa.isi ayam campur tulang sikit
tomyam paste
sayur tomato, bawang besar, carrot, ngan serai
tumis dalam minyak sedikit.masukkan paste tomyam.
dah naik bau, masukkan isi ayam.
letakkan air
perahkan limau.terpulang, kalau nak masam bubuh lebih limau
tomyam dah siap.
dimana ada kemahuan kat situ ada highway. ini yang aku maksudkan.jangan cakap tak sempat.sebelah masak tomyam, sebelah goreng ayam.
Sayur kankung cuci berseh
Tumis ikan bilis ngan bawang putih garing-garing
Sayur kankung dah siap goreng
Firdaus tengah menghayati makanan. ini dia golden moment aku semalam.