Friday, March 12, 2010

Sembang Mak Long -kenapa isteri orang tu nak tuduh mak sendiri?


GAMBAR HIASAN
muka isteri orang tu mcm muka cinta laura.


Laura adalah seorang gadis yang cantik menawan.muka seakan-akan kacukan cina.Pada masa tu umur laura 14 tahun.Laura nampak lebih matang dari usia sebenarnya.Masa tu Laura dalam tingkatan 2. OleH kerana mempunyai wajah yang cantik, banyaklah jantan-jantan yang nak mengurat si Laura.Biasalah kumbang bila nampak bunga cantik, nak hisap madu je.

Dengan tak disangka Laura jatuh cinta dengan seorang teruna yang lebih tua 10 tahun dari umurnya.Laura hanyut dalam percintaan antara seorang remaja berumur 14 tahun ngan seorang teruna tak berapa nak kacak berumur 24 tahun.

Laura mula malas nak kesekolah, lalu dia pun memberitahu mak dia, yang dia telah menjumpai idaman hati pengarang jantung yang tak berapa nak kacak tu.Laura pun berhenti sekolah kerana nak menjadi isteri mithali pada siteruna tadi.Ini semua atas kerelaan Laura sendiri.Puas mak Laura memujuk supaya fikir masak-masak sebelum membuat keputusan hendak berkahwin ngan lelaki tak berapa kacak tadi.

Laura dalam dunia dia sendiri, bagi dia siteruna is the better man, macam lagu robbie william.Perkahwinan dilangsungkan dengan meriahnya.Banyaklah saudara yang sponsor.Laura beruntung kerana dia mendapat suami yang boleh tahan pandai cari duitlah.Sekarang Laura dah dikurniakan 3 orang cahaya mata.Laura mengambil upah menjahit baju.segala keperluan di rumahnya semua lengkap termasuk INTERNET.

Dalam sibuk menjadi surirumah tangga, laura juga sibuk melayari internet.Laura pun ada account facebook.Laura khayal dalam dunia internet.dia mula lupa pada keluarga ,terutama pada suami dan anak-anak dia.

Tetapi apa yang aku sedehkan Laura dah ada teman lelaki baru.lantak kau dah ada teman lelaki baru.Kenapa kerana nak berpisah ngan suami sendiri, dia sanggup menuduh mak sendiri.Laura tuduh mak dia yang membomohkan dia, sebab tu dia berkahwin ngan lelaki yang menjadi suami dia sekarang.

Aku sedeh bila melihat seorang ibu menangis , terutama sekali bila menangis kat depan aku.dia boleh buat-buat nak serang dan maki mak dia.jerit kata mak dia sihirkan dia.Sebenarnya dia dah jumpa lelaki idaman dalam internet.Laura kata, dia tak nak jaga anak dia lagi.macam ni punya jenis pun ada dalam dunia ni.

Dari kesimpulan cerita kat atas ambil ikhtibar :

1) Masa muda puas -puas enjoy,tak delah bila dah kahwin nak buat benda yang bukan-bukan tak masuk akal.

2)Gunakan internet dengan cara yang betul.

3) janganlah terpedaya ngan janji-janji manis.

pesanan kat kakak ipar laura : ko beritahu je laki ko , biar dia beduknya silaura tu. aku memang pantanglah orang nak tuduh mak sendiri ni.


korang rasa apa nak buat ngan silaura ni?





Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina