Bila aku cakap saja pasal kutu, seluruh bulu roma aku jadik meremang. Betapa kuatnya pengaruh kutu atas diri aku. Masa aku kecik , mak selalu marah kalau aku ada kutu. masa sekolah rendah aku duduk bersebelahan dengan rakan ku berbangsa india, V.Mainah.
V.Mainah selalu menocang dua rambut lalu mengikat tinggi-tinggi dan tegang.Biasannya kaum India suka memakai minyak dirambut.Dulu setiap hari sebelum masuk ke kelas, semua murid diwajibkan berhimpun didepan tiang bendera.Sebelum masuk ke kelas guru besar dan guru displin akan berceramah diikuti dengan menyanyikan lagu negaraku.scary aku, rambut v.mainah terkena sinaran matahari, kutu -kutu semua bertempiaran lari. aku selalu berdiri di belakan v.mainah, tangan cam mengeletar je nak tarik kutu dia. Baru aku tahu kutu allergic ngan kepanasan.Tangan aku ni parkinson je, kalau nampak kutu, macam nak letupkan dia.Aku tengok V.mainah selamba je , aku pulak rasa gatal bagi pihak dia.Bagi aku mendengar letupan kutu itu satu irama yang cukup menenangkan halwa telinga.
Ada telur kutu yang hampas dan bernas.telur kutu bernas menjadi kutu
Selepas beberapa lama bergaul rapat ngan V.mainah aku mendapat jangkitan buat kali pertama. Mak aku punya terkejut. macam-macam ikhtiar dia cuba bagi menghilangkan kutu kat kepala aku, kecuali berjumpa ngan bomoh.Macam-macam ubat yang dia beli.Mak aku pulak terlebih excited, bila aku ada kutu.Dia selalu menakut-nakutkan aku, Hantu kutu akan membawa aku terbang keatas pokok kayu ara,sekirannya aku terlalu banyak kutu.Betullah orang dulu-dulu suka berigminasi lebih-lebih.Akhirnya aku dapat menyelesaikan masaalah kutu, dengan satu perjumpaan ubat seperti minyak tanah. Mak aku lumurkan ubat tu seluruh rambut aku, lepas tu kepala aku ditutup ngan kain napkin putih.Selepas beberapa jam, nalar menimbun-nimbun kutu mampos.Sekarang aku dah takde kutu lagi. Tapi ketagih aku nak cari kutu, masih tak dapat dipisahkan .kwang kwang kwang.