Showing posts with label ikan goreng. Show all posts
Showing posts with label ikan goreng. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Membazir amalan syaiton-sambal belacan ngan ulam tak habis jgn risau.

Salam hari khamis.............


Sekejap je dah khamis, esok jumaat, esok lagi sabtu, hari sabtu, kita cuti ...............Kalau cuti je terang bijik mata.Cuti boleh luruskan pinggang.Panjang tak tajuk tu? cukup panjang tak? kalau tak cukup panjang , aku tambah skit lagi.kah kah kah

Aku tak boleh guna kui kui kui lagi, sebab ada anoy marah.kah kah kah. Hari ni aku nak cite pasal bazir membazir. Tak elok tau membazir, amalan syaiton. Kalau membazir, bila nak jadi kaya. kah kah kah. Kat rumah, suami paling pantang kalau buang nasi sebab tu, dia tegur anak-anak kalau ambik nasi banyak , dia suruh ambik sikit dulu, kalau nak tambah , kemudian boleh tambah.

Apa kena mengena tajuk sambal belacan ngan ulam, tetiba aku cite pasal nasi plak? biasalah tersasar dari matlamat asal, dah jadi asam garam hidup. kah kah kah. syyy syy korang ingat tak? 3 ari lepas aku up cite pasal beli ulam kat pasar, ulam tu tak habis, aku recycle buh dalam nasi goreng. Bumbu nasi goreng plak hasil dari balance sambal belacan. Tak sangka nasi goreng ulam tu maveles.Secara otomotik, aku ajar Firdaus makan ulam.kah kah kah. Nak gelak bila dia cakap "mak, tedap sayur ni". "Sedap sangatlah ye, padan muka kena makan ulam raja ngan tenggek burung", kata dalam hati je. kah kah kah

Jom layan nasi goreng daun ulam-sesuai tak nama tu?




sambal belacan balance malam tadi secukupnya.kah kah.jangan sambal belacan korang pedas udah, mau meraung anak korang makan. Sambal belacan aku ni sedang sedang je pedasnya. Tengoklah bajet nasi ye, jangan nasi seperiuk, sambal belacan sesudu. kah kah kah


1)1 labu bawang besar -hiris
2)bawang putih 4 ulas-hiris
3)ikan bilis segengam-cuci berseh-kisar kering
4)daun ulam dihiris halus- aku guna sedikit daun ulam raja, tenggek burung, kesum(bukan kategori ulam, buh bagi tambah sedap) .

telur sebiji- tuk nasi goreng nampak cantik. saja kan bagi petua merapu tapi serius, cam ni pun boleh.



Tumis bahan hiris , kecuali daun ulam hingga naik bau.Kemudian masukkan sambal belacan, tumis lagi hingga pecah minyak. Bila sambal belacan dah pecah minyak masukkan sos tiram, kemudia pecah kan sebiji telur.Kacau hingga telur tadi masak sepunhnya, Last sekali masukkan daun ulam kemudian nasi putih, kacau sehingga bergaul semuanya bergaul mesra.Jangan lupa buhkan sedikit kicap cair sebagai penganti garam.


Nasi goreng daun ulam sedap dimakan ngan ikan goreng yang diperap

1)sedikit jintan manis , putih ngan lada hitam-kisar kering.
2)2 ulas bawang putih, 1/2 inci halia, kunyit hidup -kisar kering.
Gaul ikan ngan sedikit sos tiram dan kicap cair, kemudian gaulkan ngan bahan kisar 1 dikuti bahan kisar kedua, gaul sampai mesra tau.Lagi mesra lagi sedap.

Jangan lupa, sebelum goreng ikan tu , gaulkan ngan tepung gandum atau jagung.



Nasi goreng daun ulam tedap, lenkali nak buat lagi.


Makan nasi goreng daun ulam ngan ikan goreng yang diperap tadi. hurmmmmmmm hurmm


Cuba jangan tak cuba, cuba sampai jaya.Ingat , kejayaan adalah milik setiap insan. kah kah dalam nada serius.

Friday, July 22, 2011

lauk

Salam hari Jumaat.................


Sebenarnya Masak ni minggu lepas baru nak tepek kat sini. Kat rumah aku ni lauk wajib kenasatu , satu kering contoh cam kat bawah ni, kalau terlebih rajin goreng ikan plak. Ikan goreng kalau kat rumah ni kurang berkesan, kalau ikan kuah dorang layan . Firdaus kalau makan manja sikit, ikan goreng pun nak suruh orang kopekkan.


Oleh kerana malas nak berkecah-kecah, selalu aku suap suami ngan anak makan sekali. Senang tak payah nak basuh pinggan banyak. bajet malaskan. Suami aku pun tak kisah. Bagi dia cara cam tu lagi senang tak payah nak dua tiga kali keja. jahatkan aku.

Selalunya kat rumah ni bergilir-gilir antara rasam, pindang, tomyam atau sup., janji satu lauk berkuah mesti ada. Firdaus kalau makan nasi bubuh kuah/sup kuah sampai banjir. Dah memang tebiat dia dari kecik. Suami aku pun suka mencurah kuah atau sup dalam nasi.


Tomyam ambik resepi kat sini ye, cuma ni aku lebihkan paste.




Terung goreng cili resepi kat sini, cuma bezanya resepi tu guna terung bulat yang ni terung panjang. 2 x 5 = 10 5 x 2 = 10 serupa je lah.



Terlebih rajin goreng ikan kembung plak. Goreng ikan tak de resepi ye, kalau tak tahu goreng ikan saja nak cari nahas lah tu.

Senangkan tak payah aku nak taip balik resepi, aku godek je kat dalam blog sendiri.


Tips ngetop


ikan kembung cam ni rasa isinya manis.

1) Ikan kembung size kecik , rasa isinya manis dibandingkan ngan size yang besar.

2)Terung panjang atau bulat hendaklah digoreng dulu kalau nak digoreng bercili.


Berjumpa dilain rancangan (bajet cam pengacara JJCM, aku lupa plak  namanya) akhir kata ingatlah pesan ibundo , makan makan sampai insaf

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina