Salam hari senin.............................
ceh ceh wah jangan marah, tajuk sikit punya panjang. Semalam aku ke pasar ngan yuyi, nampak batang keladi terus rembat, tetiba je teringin makan asam rebus batang keladi. Asam rebus keladi tumis atas darat memang mengamit memory bersama arwah mak, sebabnya asam rebus batang keladi peberet dia.
Batang keladi selain dari masak asam rebus, masak lomak ngan siput sedut pun sodap.Oleh kerana malas nak menetak muncung siput sedut , terpaksalah rentikan hasrat nak makan masak lomak batang keladi ngan siput sedut tu. Kalau teringinnnnnnn sangat , makan kat kedai je lah..
Part paling best makan asam rebus, buh kuah banyak-banyak dalam nasi, last sekali hirup .hurmmmmmm tak terkata sedapnya.
Jom masak .........
Sediakan bumbu tuk masak asam rebus anggaran 2 ikat batang keladi ;
5 biji cili api
10 tangkai cili kering
bawang merah kecik 3 ulas
bawang putih 2 ulas
1/2 inchi belacan
1/2 inchi kunyit hidup
semua bahan dikisar halus.
segengam ikan bilis , cuci, dan kisar kering
daun kesum seikat.basuh dan tuskan.
Batang ngan ubi keladi , siang buang kulit basuh dan tuskan. Zaman arwah mak dia celur dulu batang keladi tu, masuk zaman aku main lebur je, malaslah nak celur.
Lebur semua bahan , kecuali batang keladi, asam keping ngan daun kesum. buh air , ikut suka nak kuah banyak mana. Bila ubi keladi sedikit empuk, buhkan batang keladi ngan daun kesum. Biar kuah mendidih hingga batang keladi lembut.Jangan lupa buh asam keping, garam , sedikit gula dan perasa. Bila batang keladi dah lembut, tutupkan api , bersedia tuk menumis atas darat ngan mengoreng hirisan bawang merah.
5 biji bawang merah dihiris.
Curahkan tumisan bawang merah ke dalam kuah asam rebus batang keladi tadi.
Biasalah kalau dah menyinggah kat makcik jual batang keladi ni, rambang mata dibuatnya, bemacam jenis ulam ada. Aku rembat daun tenggek burung ngan ulam raja. Ulam ni sedap makan ngan sambal kelapa. Senang je nak buat sambal kelapa, ambik sambal belacan gaul je ngan kelapa parut. habis cite.kui kui kui
ulam raja-ada tanam , tapi baru je mati beberapa bulan yg lepas sebab tuannya terlampau rajin.kui kui kui
Biasanya aku buat ayam goreng mengcongkam , kali ni ayam goreng berserai plak.-suka suka je bagi nama.kui kui kui
Bahan tuk bumbu ayam goreng berserai
1)3 ulas bawang merah
2)3 ulas bawang putih
3)1/2cm kunyit hidup
4)1/2 cm halia
5)sedikit jintan manis ngan putih
6) 3 batang serai dihiris
Semua bahan dikisar kering atau tumbuk, gaul ayam ngan garam, sedikit perasa,lepas tu gaul ngan bumbu tadi kemudian gaulkan ngan sedikit tepung gandum atau jagung, perapkan sejam.
Goreng hingga garing dalam minyak panas dan banyak.
Malam tadi suami update blog dia, dah lama blog tu terbiar cam tu, aku nengok pun terbako.Dalam hp ada gambar hasil tangkapan dia 26/10 ngan hasil tangkapan kawan dia malam tadi. Malam tadi dapat gak dia rembat skit hasil tangkapan kawan dia, ikan GT.
Saja suka-suka perap ikan GT tu cam aku peram daging jintan hari tu.