"Makcik itu pukul lengan saya dengan payung kerana terlalu terkejut melihat saya muncul dari celah dinding, menyebabkan saya terpaksa mengetap bibir menahan kesakitan"
"Walaupun sakit menyebabkan lengan saya lebam akibat pukulan itu, saya sedar itu adalah asam garam bergelar hantu yang bertugas menakutkan pengunjung dan saya tidak akan menyimpan dalam hati " kata nur Afiza Roslin 21 tahun dalam kosmo 31/10/2011-ruangan setempat.
Bukan setakat tendang kena ketuk kepala pun ada, sekadar nak uji kesabaran sihantu. Cuba hantu betul, tak sempat ko nak ketuk, dah lari lintang pukang. kawan aku dulu keja umah hantu, tak sempat pengunjung nak buat naya, dia ketuk dorang dulu, sapa nak nampak dalam gelap.kui kui kui.
kesian , kenapalah menyiksa dorang, ada tu siap tendang pinggang ngan tubuh dorang, tu segelintir pengunjung nakal yang lakukan.Teringat plak time pegi rumah hantumasa dulu , memang takut tapi tak delah sampai dajal nak tendang-tendang sihantu, mungkin rumah hantu dah tak relevan dizaman munculnya bermacam-macam gadjet yang berteknologi tinggi kot.
Dah tau takut nak gak masuk umah hantu, kalau dah masuk tu duk lah diam-diam, hantu tu plak disepak terajang. Cite cite gak, nak ketawa pun ada .kui kui kui .sekian sahaja asam garam menjadi hantu jadi-jadian.
jom masak baby bok choy.Laku sayur ni petang semalam, tak sempat nak ngadap kali kedua, dah habis.Petang ni nak carilah sayur ni lagi .suami siap tanya "ada lagi tak baby kailan dalam peti ais", nak tergelak aku dia panggil bok choy, baby kailan.
1)Baby bok choy siat selai selai, ptong pangkal sayur yang keras tu.
2)basuh dan tuskan
3)jerang air panas, buh garam ngan sedikit minyak.
4)Biar air mendidih.
5)masukkan bak choy dalam 30 saat
6) angkat susun dalam pinggan
7)tumis hirisan bawang putih hinggan naik bau dan kekuningan- quantity bawang putih ikut suka.
8)kecikkan api, masukkan osyter sos, biar sebentar, kemudian masukkan air lebih kurang 1/2 cawan, biar mendidih, angkat curahkan keatas bok choy yang dah dicelur tadi.
Jeng jeng baby bok choy goreng bawang putih ngan osyter sos.
Aku goreng halia dua keping isi kerapu hari tu . Resepi isi ikan goreng halia cam kat sini ye, cuma ada pertambahan, aku buh sedikit sos cili padi agromas,last sekali sebelum angkat aku buh hirisan daun bawang.
Jeng jeng habis diratah dik Firdaus.
kat dalam gambar ni baru aku perasan yang kain baju aku dah tak lipat dekat nak seminggu, gila pemalas aku ni.
saja lah buat muka nakal, kui kui kui.
Kepada semua pembaca blog ni , aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, Berkorbanlah sebelum anda terkorban. kui kui kui kui
Selamat berhujung minggu bersama family tercinta ye.........