Bapa borek anak rintik tergolong dalam unsur pepatah dalam peribahasa Melayu. Menurut pepatah bapanya borek, anaknya tentu rintik merujuk kepada maksud, yakni anak mencontohi kelakuan orang tuanya atau kelakuan ibu bapa itu biasanya menurun kepada anaknya.Tetiba je aku rasa skema.kah kah kah
Dulu aku tak berapa percaya ngan peribahasa bapa borek anak tentunya rintik ni,tapi setelah melihatkan kelakuan Firdaus semenjak kebelakangan ni, aku akur, ada betulnya jugak peribahasa ni. Nak tahu tak pasal kelakuan Firdaus yang buat aku percaya ngan peribahasa tu?tak nak tahu tak pe lah, aku cite gak.kah kah kah
Tabiat suami masa dia kecik, suka dera adik dia garu tapak kaki sampai dia tidur , selagi tak tidur jangan harap boleh berhenti. Kalau dorang degil , tak nak garu, siaplah malam tu , dia jadi hantu takutkan dorang. Dorang takut hantu punya pasal,terpaksalah garu.
Sekarang ni suami ngan aku jadi mangsa, terpaksa garu tapak kaki Firdaus sampai dia tertidur. Inilah perumpamaan "hidup bagaikan roda". kah kah kah Selalu aku cengkelat, aku tidur cepat, yang jadi mangsa suami.kah kah kah. Ambik ko , dulu masa kecik suka dera adik garu kaki, sekarang ni Firdaus plak dera dia.
Muka memaksa secara halus.
Alatan mengaru kaki digunakan, sekiranya tangan dah lenguh mengaru.
Garu tapak kaki guna plastik-alat mengaru direka khas oleh suami, dibuat dari balutan plastik botol hundred plus kemudian disiat kepada 4 helai. Sila garu tapak kaki firdaus sampai dia tertidur.
Harap-harap tabiat suami aku yg gila makan asam ni, janganlah Firdaus terikut -ikut .
Malam minggu hari tu , sementara tunggu cite wayang Puss in boot start 8.45, kita orang masuk kedai buku dulu sebab yuyi nak beli novel. Dalam beberapa minit ronda-ronda dalam kedai buku, suami aku hilang. Dalam diam, dia menyeludup ke kedai jual asam yang kebetulan bertentangan ngan kedai buku tu, cuma tak sama floor je.
Gila koo, dia beli asam sampai RM23.16, sempat lagi aku sound "kalau beli kasut saya, dah dapat sepasang".Cian plak bila dia cakap "bukannya selalu beli asam, sesekali je". Bukan selalu tu , dalam minggu ni je, dah dua kali beli asam, mengalahkan orang pregnant.kah kah kah
Ada tak tabiat korang yang jadi ikutan anak-anak?