Tuesday, November 15, 2011

PM di perkampungan org asli tanjung sepat 16/11/2011

Salam hari selasa............


Semalam kat TV, TV berapa aku lupa plak, ada bagi tau yg PM nak gi ke perkampungan org asli Tanjung sepat esok 16 hb/11.Baru je beberapa hari lepas aku gi sana, sebelum tu aku dah 2 kali gi sana, aku pernah cite kat sini  ngan sini. Semoga ngan kedatangan PM ke sana , penduduk perkampungan orang asli dapat manafaat. PM tengah murah hati tu , mintak je apa yang nak dimintak.kui kui kui

Sapa yang nak join , silakan, boleh gi beramai-ramai ke Tanjung sepat 16/11/2011 ni. Korang pastikan ye tarikh tu, aku nampak sekali imbas je .kui kui kui kui kui
,

Jom layan ikan kerapu.............. pemberian kawan suami.



ikan kerapu



Mungkin sebab dibelai-belai manja sebelum dimasak kari, kari tu jadik sedap luarbiasa.kui kui kui.

Hampir sejam mengerjakan , inilah hasil sekor ikan kerapu.Cara wat post mortem ikan kerapu , hari tu aku dah bagi tau kat sini.

Time aku masak ikan kerapu ni yuyu balik , siap bawak cili api gitu..........Dia suruh aku wat sambal belacan, aku tak layan, sebab tu lah dia gigih bawak cili api.kui kui kui

cili api pedas gila.

ekornya ngan kepala sebelah aku masak kari .Time masa sikit tak cukup, masak cincai je.sedap plak.gerammmmmmmm. Bukan senang nak dapat skil tu balik.hua hua hua


saja ambik gambar nasi ngan kari yg tengah aku layan.Ntahlah sedap lain macam.sendiri masak sendiri puji, nak harap suami puji, tunggu tahun depanlah nampaknya.kui kui kui. Resepi nantilah, tengah sibuk ni, bos aku pagi lagi dah meroyan.hanginnn aku.
Kacang panjang goreng style india campur kari skit ngan rempah campur.Oleh kerana kacang panjang ada skit je, aku guna tips trick, kui kui kui, potong kacang panjang sependek mungkin, pecahkan telur sebiji time mengoreng, hasilnya, wah wah nampak banyak. Masak pun boleh menipu.kah kah kah

sambal ikan kerapu, anak lelakiku tetiba makan bertambah, katanya ikan sambal ni kena ngan selera dia. aku tak layan sambal ikan ni, sebab aku dah layan kari. Aku tak pandai makan lauk bercampur-campur, nanti tak nikmat.


firdaus ni naik tocang skit kalau yuyi datang, Aku dah pesan ngan yuyi , jangan bagi main games dulu , dia degil layan sangat budak tu.Tak makan , gosok gigi pun idak terus main games.Aku paksa dia makan, suap ala kadar dia terus gi kat yuyi.


firdaus bisik kat yuyi "akak , firdaus tak boleh makan banyak, ayah suruh puasa sebab perut firdaus dah besau". Macam tu pun boleh , saja nak main games dia cakap ayah dia suruh puasa.



The moral of story dari cite kat atas. kenapa ye? kalau masak tu tak dirancang, masak cincai je ,masak sikit plak mesti masakan tu jadi sedap ngan tak cukup. Korang pernah kena situasi cam ni tak? .kui kui kui.geram tau

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina