Thursday, February 3, 2011

Lauk wajib

Malam tadi makan kat rumah MIL, cam sedap je makan ikan Jenahak goreng cili kering ngan bendi yang dia masak . Ikan masak cam tu, pernah gak buat, tapi dulu. Semalam cam tak cukup je, sebab dah tinggal sikit. Balik rumah berkobar-kobar nak masak ikan cam tu. Dah lama tak bagi resepi, cepatlah ambik pen ngan kertas. Teringat pulak masa dulu, arwah mak pantang nampak rancangan masakan kat TV, Selalunya aku jadi mangsa kena salin resepi.





2 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, sebesar ibu jari halia dihiris.



Cili kering ngan bendi ikut suka korang, kalau rasa nak letak banyak, boleh saje.



Ikan GT dipotong kecik, digaul ngan kicap cair. Sebelum digoreng gaul ngan tepung jagung sikit. Goreng jangan sampai garing.




Sempat lagi aku meratah sambil masak. Isi ikan tak kering sangat kalau digoreng sekejap je.




Bab ni penting, goreng bahan hirisan sampai naik bau.




Lepas tu goreng bendi ngan cili kering sampai layu. Semua dah layu, masukkan sos tiram dan kicap. Gaul serata. Masa ni kecilkan api.Akhir sekali masukkan ikan goreng , kacau-kacau, kemudian masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung. Kacau sekejap, kemudian angkat.



Inilah hasilnya, kalau korang suka boleh gak tukar ngan isi ayam. Anak aku lebih suka makan ikan, dah biasa dari dulu. Umur aku yang dah semakin tua ni , tapi masih guna bahasa gedik-gedik remaja, tak gemar makan ayam sangat. Kat rumah masak ayam sebulan sekali je.

Doktor betullah nama ikan yang ko tulis kat komen hari tu, cuma biasalah makcik ni tak berkesempatan nak balas, busy semedang.

Ada beberapa orang yang komen tanya pasal lubuk ikan, makcik tak tahu, nanti kena tanya kat tukang pancing.




Senyum tapir : nak tahu boleh?korang suka lauk ayam ke ikan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina