Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Gong Xi Fa Chai , Happy Chinese New Year 2012, year of the Dragon

Pertama sekali aku nak mengucapkan Gong Xi Fa Chai dan Happy Chinese New Year kepada semua rakan cina, terutama sekali kepada MIL ngan SIL aku. Pada rakan taulan dan sahabat handai , saudara mara, oppppssss buat pengetahuan semua aku tak de saudara mara,(apalah guna saudara mara ketika berada je) , kui kui kui yang dalam perjalanan balik kampung , berhati-hati semasa dijalanraya, semoga selamat pegi dan selamat kembali.




Hari ni aku sibuk sikit, nak kemas rumah , nak pegi pasaraya cari apa yang patut tuk bagi MIL, sekejap lagi plak nak buat butter cheese cake, nak bawak ke rumah MIL, nanti malam ada makan besar yang tak de berapa besar sebab keluarga MIL dah campur India, jadi tahun baru cina selalunya disambut secara sederhana . Pagi lagi MIL dah call , jemput kami sekeluarga makan di rumah dia malam ni.

InsyaAllah jika ada kesempatan esok aku update lagi blog ni . Terima kasih kepada yang sudi singgah ke blog cik ina do do cheng. I love u all , tiba-tiba berlagak divakan .kah kah kah .Kawan-kawan semua, jangan risau dan jangan gundah gulana, jika aku tak singgah ke blog kamu dalam beberapa hari ni, itu semua tak lain hanyalah kerana aku terlalu sibuk menguruskan keluarga dan pekerjaan yang lain .


Jumpa lagi.......................




GONG XI FA CHAI -HAPPY CHINESE NEW YEAR










Saturday, December 31, 2011

harbour place petama kali jejak - SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 dengarlah shaz kelate HOT FM , bukan kubur berasap tengkorak kau berlubang

Salam hari sabtu..................



hari ni 31/12/2011 hari terakhir tahun 2011 tinggal berapa jam saje lagi, kita akan menyambut tahun 2012. Semoga hidup kita akan lebih baik pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya , InsyaAllah.





Marilah sama-sama kita tekatkan semangat mendengar hot FM pada 2/1/2012 first time shaz keudara , yang tinggal di Kelantan, jangan lupa tukar saluran radio ke frekuensi 105.1 FM atau mengikuti siaran melalui laman web hotFM.

Jujur aku katakan yang aku bukan pendengar radio tegar terutama radio swasta, sokongan aku ni, kira membalas keikhlasan shaz @ ibu muda yang selama ni setia berkunjung dan mengomen blog aku. Kadang -kadang aku termalu sendiri sebab jarang dapat balas kunjungan blogger lain , termasuk shaz , kerana masa tak mengizinkan, harap janganlah dorang cakap aku sombong, buat masa sekarang ni, aku tengah cuba curik sikit masa buat kunjungan balas.

shaz , cik ina tak link blog ni kat komen ko, tak pe ye : )



Habis cite pasal shaz kita cite pasal "bukan kubur berasap tengkorak kau berlubang".kah kah kah.Petang semalam anak lelaki no 3 (gula-gula hacks) merengek-rengek cam budak kecik kat yuyi nak nengok cite songlap, masa tu yuyi penat , dah lah balik keja terus bawak Firdaus pegi orientasi, dalam penat tapi hati tak nak hampakan gula-gula hacks, pegi gak dia beli tiket wayang kemudian balik ke rumah dia sekejap tukar baju. Masa beli tiket wayang dia call, bagitau yang cite songlap tak de , dia terpaksa beli tiket "suatu malam kubur berasap". Aku cakap ngan dia, aku tak kisah janji gula-gula hacks puas hati.

Pada mulanya takut gak bila dengar dia beli tiket cite melayu, selepas last nengok cite "pasrah" Yusof Haslam , aku dah agak pasrah nengok cite melayu ni .kah kah kah . Suami aku lagi lah , aku nak cakap pasal "suatu malam kubur berasap" tu pun teragak-agak, nasib baik di kontrol situasi malam tadi sebab gula-gula hacks .




aku , suami ngan firdaus tengah menunggu yuyi bawak ke Harbour place , first time aku jejak kaki ke sini , biarpun Harbour place ni ngan rumah aku tak sampai 5 batu : )




gula-gula hacks, yuyi ngan Firdaus muka happy , tak berasap lagi masa tu.

Lepas je tengok cite tu bukan setakat "suatu malam kubur berasap", aku tambah tajuk dia sikit lagi "suatu malam kubur berasap tengkorak kau berlubang" tak sangka ye negara kita semakin maju ada lagi cite-cite cam tu.

Paling aku tak menahan , jangan marah last sekali Along bagi pesanan berbunyi, "tontonlah filem paling best tahun ni, suatu malam kubur berasap 2 akan muncul"
Dia paham ke apa yang dia cakap tu, dengar plak pesanan aku , sebelum "suatu malam kubur berasap 2 muncul" aku rasa baiklah produser dan pengarah filem tu masuk panggung tengok sendiri cite yang dia hasilkan tu, tak pun menyamar jadi penonton , masa tu biar dia dengar sendiri feedback penonton pasal filem dia. kah kah kah



Firdaus yang 6 tahun tu pun pandai cakap "berasaplah sangat"


Along penyelamat keadaan



Nasib baiklah panggung wayang MBO cineplex tu cantik ngan pelakon along ada, tak delah hati kita orang semua berasap sangat. Ramai gak penonton yang melayan samsung galaxy ngan ipad masa menonton cite "suatu malam kubur berasap". The moral of the story bila aku dengar je "suatu malam kubur berasap " aku seram , meremang-remang bulu roma . he he he he he he he , cepat mengilai cam hantu .


cite bersambung..............................


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 DAN SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERSAYANG.


Tuesday, November 29, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433 ; cerita penutup tahun 1432 hijrah, tak kenal maka tak cinta ngan trifle

Salam Tahun Baru Hijrah 1433.....


Selamat Tahun Baru Hijrah 1432, sama-samalah kita berdoa semoga  kehidupan kita lebih baik  di tahun ni dan tahun seterusnya . Penutup tahun 1432 hijrah, aku sudahi ngan bertemu 5 orang rakan , izan mummy chaca, cik pah kardishian, ratu kebaya (dah hari-hari jumpa kat opis , lagi nak jumpa kat tasik, khe khe khe) ngan milo ais kurang manis, kat Taman Tasik Titiwangsa.


Maaf gambar kecik ye, komputer ni sengal.



kami 5 orang ngan anak masing-masing, mana anak aku ngan milo ni, tak de pun.kui kui kui



Anak aku ni, apasal nak mengekor kemana je aku pergi.kah kah kah.



menu-menu antarabangsa:)

Tak kenal maka tak cinta, betul sangat pepatah tu, kenal secara dekat, kemudian baru boleh nilai , nilai apa?tak de maknanya , aku sapa nak nilai orang, keja menilai hak Allah SWT, cuma boleh aku katakan, dorang memang best perangai gila-gila , tak control cun, InsyaAllah tak hipokrit. Rasanya, first time aku jumpa kawan blogger yang ramai cam ni, kejikan 5 orang tu ramai. kah kah kah.serius , selama ni aku ngan suami tak pernah jumpa kawan seramai tu, mulanya kekok jugak, kemesraan dorang buat aku hilang kekok.

Teruja sangat jumpa dorang sampai terlupa nak ambik gambar . Gambar kat tasik tu , izan yang email, banyak gambar tapi komputer ofis ni slow tak boleh nak download banyak gambar, download pun nampak gambar kecik .Terima kasih izan ,sudi email gambar. Perjumpaan kecil-kecilan je, setiap sorang bawak bekalan makanan masing masing, kita makan sambil borak-borak. Sebelum balik izan ngan cik pah bagi aku cenderahati. Timakasih ye , korang berdua.


cenderahati dari izan. Aku terkejut boboy, tak sangka izan secomel dan secute tu, sama comel ngan hubby dia.



Cenderahati dari cik pah yang telah menutup blognya:(


Antara menu-menu antarabangsa di tepi tasek. kah kah kah



triffle milo ais terbaek, sampaikan suami ngan yuyi duk ulang depan peti ais.Paling best suami siap tanya "awak tahu ke buat trifle ni?. cis berdebah suami aku ni, bikin malu ama je.kah kah kah kah .Memang patut pun dia tanya cam tu, sebab aku tak pernah lagi buat trifle:(. Tak menahan yuyi suka ngan milo ais, katanya wajah milo ais redup, redup cam mana, aku kurang pasti:)

izan cute forever-donut Big Apple-
Ratu kebaya ratu forever-Roti kentang berinti ayam
Cik Pah-comei forever -Aku suruh dia bawak mineral water sahaja.
Milo ais redup forever-Trifle

Aku bawak kek lemon yogurt, cream cheese brownies dalam cup ngan bihun goreng simple je.



kek lemon yogurt ku, kalau nak resepi ambik kat sini ye.





cream cheese brownies ku, resepi kat sini ye.






Seronok jugak makan beramai -ramai tepi tasik sambil nengok pengantin buat photo shoot:).Blogger lain lenkali kita jumpa ye, tapi jangan ramai-ramai, cik ina segan:)


Kak chik ella cik ina menghargai cadangan terapi mata tu, terima kasih ye,betul tu mata cik ina ni perlukan cukup rehat dan terapi.

Wednesday, October 26, 2011

Happy Deepavali 2011,cream cheese brownies step by step, Genap setahun pemergian ayah


Salam hari rabu.................


Happy Deepavali kepada semua pembaca bog ni yang beragama hindu. Bila Deepavali melabuhkan tirainya esok, maka genaplah setahun Ayah meninggal dunia. Semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang -orang beriman .Amin.

Hari ni cam terasa sunyi plak, suami gi mancing, yang lain sibuk, biasalah cuti sehari je, Firduas ni kejutkan dari tadi , tak nak bangun, biasalah tidur pun dekat nak pukul 2 pagi. Dia ni spesis malam berjaga, siang tido. Nasib baik time nak gi sekolah , dikejutkan tak meragam.

Semalam seperti yang dijanjikan nak wat cream cheese brownies tuk MIL sempena Deepavali, maka gigihlah malam tadi buat brownies . Macam-macam nak dibuat, tengok jam dah pukul 10 malam, terus mandikan Firdaus, pack apa patut, terus pegi umah MIL. Sepatutnya pegi hari ni, memandangkan suami nak gi memancing, malam tu gak kena pegi .

Apa lagi tak reti-reti, dah borak masak-masak jangan dilupa.kui kui kui


Jom step by step cream cheese brownies-aku dah tokok tambah resepinya.Kalau nak resepi lain boleh gak pegi sini.

Memandangkan stok self raising flour pemberian company sempena raya hari tu ada dua kotak , kenalah gigih menghabiskannya takut expired.



Jangan lupa sediakan 250 gram cream cheese(sukati nak pakai apa jenama pun-janji HALAL)



fresh milk 50 ml.-kalau tak de pun tak pe, tapi biasalah aku ngan nak yang lemak berkrim.



Untuk cream cheese


1)putar cream cheese sampai gebu, kemudian masukkan gula castor 50 grams, putar lagi samapi gebu , Kemudian masukkan sebiji telur putar lagi, last sekali perahkan sedikit lemon juice. Kalau uk makan sendiri bolehlah perah lemon juice, kalau tuk niaga, botak kepala, pada aku lemon ni mahal.Kalau buh lemon juice, rasa cream cheese tak leh nak digambarkan ngan perkataan.kah kah kah-Dah siap ketepikan cream chesse tadi, kita gi wat brownies plak.




Untuk Brownies

(bowl pertama)

1)cairkan 250grams butter(butter ni aku guna butter anchor)
2)masukkan 1/2 atau 1 cup coco powder.kacau rata.



3)hand whisk 1 1/2 cup gula castor atau gula pasir. Kemudian buh 50 ml fresh milk.
4) Curah adunan ke dalam dalam bowl pertama, hand whisk lagi , masukkan 1 cup self raising flour sedikit demi sedikit sambil kacau sebati, akhir sekali masukkan essen vanilla.

"JANGAN LUPA TINGGALKAN SEDIKIT ADUNAN BROWNIES, TUk DIPAIPKAN ATAS CREAM CHEESE NANTI "



Panaskan dulu oven 180 celcius, curahkan adunan brownies ke dalam loyang yang dialas grease proof paper. Biar je paper tu berjuntai, nanti senang nak diangkat.Bakar selama 20 minit , mengunakan api atas bawah.





Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven, curahkan cream cheese tadi. Abaikan budak penyibuk tu.


Buat corak ikut sesuka hati, nak gajah, rimau semua boleh, masalahnya korang tau ke nak lukis gajah atas tu. kui kui kui kui


Selepas siap mendesign gitu , masukkan dalam oven bako lagi hingga 15 minit.


tedapnya.nyum nyum



Tedapnya cream cheese brownies, tak kan ye aku nak potong sebelum bagi MIL kan, cream cheese brownies ni wat minggu lepas tuk yuyi.




Jumpa lagi, lepas ni macam-macam keja nak buat, kain baju tengah menunggu nak dibilas, kalaulah guna washing machine otomatik kan senang, tak yah nak bilas guna tangan.Tak pelah exercise sikit , boleh gak kecikkan lengan aku yang gomok ni..

Saturday, February 5, 2011

Makan atas tikar

Seharian cam dugong terdampar kat tepi pantai, dah malam baru teringat nak update gambar makan kat rumah MIL, malam tahun baru cina. Kalau sudi tengoklah gambar tungang langang yang aku tampal kat sini.




Rishan ngan ayah dia.



MIL(panggilan popo) ngan Firdaus.



Firdaus tengah bukak temberang , Jothi(anak adik ipar) pulak tukang dengar




Mak dia suapkan nasi kat dua orang ni. Firdaus tu ntah apa yang dia fikir sambil pandang Jothi.



Anak lelaki aku ni susah sangat kalau orang nak ambik gambar dia, mesti nak tutup muka. Sebelah tu bapa mertua aku.



Ayah Firdaus mengepit tiga orang budak dengan geramnya.



Adik ipar memangku Rishan(anak).Rishan ni tak berapa nak ngan orang lain.



Anak perempuan aku ni , tak sah kalau tak buat aksi juling mata kalau bergambar.



Firdaus tengah menepek kat ayah dia.



Firdaus ngan atuk.



MIL selalu masak sikit je, kalau dah habis baru masak lagi. Makan atas tikar best, sambil tonton TV. Rumah MIL flat je.



Baju merah ni, adik ipar.Sesekali makan berkumpul best.



Tengoklah anak aku ni, sempat lagi paling muka kearah lain, bila orang nak ambik gambar dia.


Harap maaf nama sesetengah individu yang kat dalam gambar tak dapat disebut, ditakuti ada orang yang mengoggle.

Abang Jib ngan kak ros kalau nampak mesti jeleskan.


Senyum tapir : Sekianlah cerita buat hari ni. Apasal aku ni asyik nak menyekemakan diri je.

Thursday, February 3, 2011

Lauk wajib

Malam tadi makan kat rumah MIL, cam sedap je makan ikan Jenahak goreng cili kering ngan bendi yang dia masak . Ikan masak cam tu, pernah gak buat, tapi dulu. Semalam cam tak cukup je, sebab dah tinggal sikit. Balik rumah berkobar-kobar nak masak ikan cam tu. Dah lama tak bagi resepi, cepatlah ambik pen ngan kertas. Teringat pulak masa dulu, arwah mak pantang nampak rancangan masakan kat TV, Selalunya aku jadi mangsa kena salin resepi.





2 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, sebesar ibu jari halia dihiris.



Cili kering ngan bendi ikut suka korang, kalau rasa nak letak banyak, boleh saje.



Ikan GT dipotong kecik, digaul ngan kicap cair. Sebelum digoreng gaul ngan tepung jagung sikit. Goreng jangan sampai garing.




Sempat lagi aku meratah sambil masak. Isi ikan tak kering sangat kalau digoreng sekejap je.




Bab ni penting, goreng bahan hirisan sampai naik bau.




Lepas tu goreng bendi ngan cili kering sampai layu. Semua dah layu, masukkan sos tiram dan kicap. Gaul serata. Masa ni kecilkan api.Akhir sekali masukkan ikan goreng , kacau-kacau, kemudian masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung. Kacau sekejap, kemudian angkat.



Inilah hasilnya, kalau korang suka boleh gak tukar ngan isi ayam. Anak aku lebih suka makan ikan, dah biasa dari dulu. Umur aku yang dah semakin tua ni , tapi masih guna bahasa gedik-gedik remaja, tak gemar makan ayam sangat. Kat rumah masak ayam sebulan sekali je.

Doktor betullah nama ikan yang ko tulis kat komen hari tu, cuma biasalah makcik ni tak berkesempatan nak balas, busy semedang.

Ada beberapa orang yang komen tanya pasal lubuk ikan, makcik tak tahu, nanti kena tanya kat tukang pancing.




Senyum tapir : nak tahu boleh?korang suka lauk ayam ke ikan?

Monday, January 31, 2011

Misi gagal



sweet leka pilih baju.




Tengahari ronda-ronda kotaraya , nak cari baju raya cina mak mertua. Cantik dan anggun semua baju-baju. Discount lebat-lebat belaka.Rambang mata, tak tahu nak pilih mana satu. Mak mertua jenis tak memilih, janji lengan pendek ngan jenis kain selesa nak pakai.

Ronda kawasan sampai nak setengah jam. hampehhh.Tak jumpa gak, perempuan cam ni ke.Cari esok pulak, raya cina lagi 2 hari. Semalam nak keluar, tapi 24 jam hujan. Baju hujan tak ada ngan payung tak ada. Cuaca sejuk, kain baju tak kering. Hari ni cuaca panas, baru boleh keluar dengan kawan-kawan. Kawan pergi pejabat pos, simpan duit.Aku habiskan duit makan mee rebus ngan ais kacang rasa hangit. Sweet makan laksa sardin ngan soya cincau.

Macam karangan kat sekolah tak?.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina