Friday, December 30, 2011

Hari orientasi tahun 1-excited mengalahkan dia yang sekolah

Salam hari Jumaat....................


Hari ni 30/12/2011 , Jumaat, hari pertama Firdaus menjejakkan kaki ke sekolah rendah . Sekolah bermula pada 4 January 2012, hari ni, hari orientasi untuk tahun 1. Dari malam tadi Firdaus belek kasut ngan beg sekolah, beberapa kali dia ingatkan aku gosok baju ngan seluar sekolah dia, semangat tu . Alhamdulillah anak -anak aku semua tak de masalah nak ke sekolah, aku hantar pada hari orientasi , hari lain dorang pegi sendiri.

Macam biasa , sebelum anak-anak ke sekolah aku biasakan dorang bersarapan dulu kat rumah, tak suka dorang ke sekolah ngan perut kosong.Menu sarapan setiap hari aku tukar , mengelakkan dorang jemu, aku sediakan sarapan paling mudah , macam roti telur, benjo, bihun goreng, paling mudah sekali sarapan tunjuk-tujuk : )

Kat rumah aku ni, semua excited bila Firdaus nak jejak kaki ke sekolah rendah , aku je tak, aku rasa sedih , takut pun ada, sebabnya bila Firdaus jejak kaki ke sekolah rendah, itu tanda dia semakin dewasa, oh tidakkkk tak lama lagi rumah ni akan sunyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Perasaan yang sama masa 3 anak aku yang lain menjejakkan kaki ke sekolah rendah.

Yuyi ngan anak lelaki no 3 lagi terlebih excited bila Firdaus nak ke sekolah, awal lagi dah bagitau, nak hantar Firdaus masa hari orientasi. Pagi lagi, muka dorang dah terpacul kat depan pintu rumah, Firdaus cam biasalah nampak muka yuyi, mulalah tersengih-sengih cam kerang busuk, buat -buat tanya "akak nak hantar kita ye"


Budak excited

Hari ni Firdaus makan nasi lemak tunjuk-tunjuk, sebelum ke sekolah.


Mata budak balik 3 pagi : ) Firdaus berposing ngan jiran lama .


Suasana dalam kelas Firdaus, abaikan pelajar dewasa tu : )

Sampai je ke kelas Firduas pertama-tama yuyi tanya aku

yuyi : cam mana Firdaus nak beli makanan

yuyi : nanti tak de orang tunggu dia kat sekolah ke?

yuyi : cam mana dia nak pegi toilet?

Aku bagi dia cakap puas-puas, lepas tu aku plak cakap "ko ni kenapa? bukan ke zaman ko sekolah dulu, ko sendiri beli makanan , pegi toilet pun sendiri.Yuyi senyum pandang aku. Itu tandanya dorang ni excited, sebab Firdaus yang paling last sekolah : )





Balik dari orientasi sekolah Firdaus, kita orang semua kelaparan, dah tak sempat lagi nak tunggu masak kat rumah, kita terjah kedai mee hailam.




Dah lama rasanya aku tak jejak kaki ke sekolah, termalu jap, sekolah sekarang tak pakai papan hitam ngan kapur : )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina