Thursday, December 22, 2011

Nasi goreng bersotong-sesuka hati

sambungan cite sotong hari tu, sotong dah banyak sangat sampai tak tahu nak masak apa, last kopek hari tu aku  buat nasi goreng buh sotong, yang dinamakan nasi goreng bersotong-kah kah kah




sos ikan ni buh dalam nasi goreng , layan gak.


yuyi bagi sos ikan ngan kicap cair ni, sebab dia  takut tak  boleh pakai habis. Sapa suruh beli kicap cair ngan sos ikan size gabak cam ni dah tahu duk berdua je ngan adik, kata aku
dalam hati :  )



1)kisar 3 biji cili merah
2)kisar 4 ulas bawang putih ngan 1/2 inci halia
3)sebiji telur
4) sebijik bawang kuning dihiris
5)semangkuk nasi sejuk
6)sotong yang dah dicelur dalam air mendidih. kalau boleh celur lebih kurang seminit, jangan lupa buh sedikit garam masa mencelur sotong.

Bahan -bahan di atas ikut kesesuaian ngan quantity nasi sejuk. ( nak kan nasi goreng yang cantik menawan ,guna nasi yang disimpan dalam peti ais.




sotong yang dah dicelur.



1)Tumis bahan kisar ngan hirisan bawang hingga naik bau dan layu.
2)pecahkan sebiji telur, kacau hingga telur menjadi garing
3)masukkan sotong, dan kacau sekejap
4)masukkan nasi sejuk, bersama kicap cair (penganti garam)dan sos ikan-goreng nasi sehingga naik bau, kalau suka boleh buh sedikit perasa ajinomoto, tutup api, angkat sedia dihidang panas.
seelok-eloknya guna api kuat semasa mengoreng nasi.




Cubalah nasi goreng bersotong ni, sesuai dimakan bersama telur goreng, ayam goreng dan ikan goreng -sesuka hati je aku buh nama : )



CAU CIN CAU

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina