Salam hari rabu.................
Aku bajet kedekut, guna cili sos paket hasil dari McD, berguna gak cili sos paket ni bagi orang yang tak de botol sos muncung cam aku. Cara guna sos paket, ambik sos paket, gunting atau koyak tepi, picit, mudahkan.kah kah kah, maaflah kalau aku mengajar benda yang orang dah tahu : )
Sosej ada 6 ketui je, oleh kerana nak menyumbat bun yang 12 ketui, terpaksalah aku belah dua sosej tu.
Firdaus suka roti sosej ni, tapi yang aku tak boleh tahan, dia suka nak tambah sos cili.
Apa khabar semua? Jom kita buat bun sosej untuk brekpes, bukan saja mudah, murah dan bajet ciput.kui kui kui, sesuailah tuk orang yang berpendapatan rendah cam aku ni. Bun sosej serupa ni , selalunya aku beli kat giant, kali ni buat sendiri sebab nak habiskan stok tepung high protein yang ada kat umah . Bila buat roti aku suka guna tepung high protein sebab tepung ni punya daya keanjalan yang agak tinggi , lebih sempurna setelah diadun ngan yis .
Bun sosej ni aku cilok dari resepi sendiri sweet bun
bentuk bun ikut citarasa masing-masing. Malu nak tunjuk bentuk bun aku yang macam bangang.kah kah kah
Bahan-bahan
400 grams tepung high protein
1 tbsp butter
2 tbsp lemak sayur
1tbsp gula castor
1 tsp susu pekat manis
1/2 tsp garam
10 grams yeast kering
150ml air suam-ikut quantity tepung
sosej 6 ketul -belah kepada dua bahagian
masukkan semua bahan kedalam mesin pemutar(style orang pemalas), putar hingga doh menjadi licin dan elastic. Bahagikan doh kepada 12 bahagian, rehatkan doh selama 30 minit, selepas 30 minit canaikan setiap bahagian doh menjadi bentuk segiempat (lebar mesti sama ngan panjang sosej) letak sosej diatas, kemudian gulung, potong beberapa bahagian yang sama tapi jangan putus.
Twistkan setiap bahagian ikut citarasa masing-masing, letakkan diatas dulang yang bergris, ulang semua doh hingga habis.Biarkan doh naik dua kali ganda. Paipkan mayonis ngan cili sos diatas doh.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius, bakar selama 20-25 minit, sebaik je keluar dari oven sapukan butter/majerin pada permukaan roti. Masa buat roti ni aku terlupa nak sapu , boleh dimaafkan ye : )
Aku bajet kedekut, guna cili sos paket hasil dari McD, berguna gak cili sos paket ni bagi orang yang tak de botol sos muncung cam aku. Cara guna sos paket, ambik sos paket, gunting atau koyak tepi, picit, mudahkan.kah kah kah, maaflah kalau aku mengajar benda yang orang dah tahu : )
saje buh banyak gambar nak syok sendiri.kui kui kui
Sosej ada 6 ketui je, oleh kerana nak menyumbat bun yang 12 ketui, terpaksalah aku belah dua sosej tu.
Firdaus suka roti sosej ni, tapi yang aku tak boleh tahan, dia suka nak tambah sos cili.
Rancangan nak update blog tergendala dari pagi, gara-gara internet yilek, sabau je lah naik jenuh menunggu yang bijak pandai merepair , habis rokok dunhill 20 batang internet tak okey gak sampai ke petang, cukup time balik rumah : (
Berjumpa lagi dilain hari dan waktu, semoga bergembira ngan bun sosej ni ye : )
Berjumpa lagi dilain hari dan waktu, semoga bergembira ngan bun sosej ni ye : )