Orang berbudi kita berbahasa , orang memberi kita merasa"tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.. Terima kasih itu ertinya mengucapkan syukur (kerana menerima sesuatu).
Orang melayu memang terkenal ngan adab sopan santun, bahasa lemah lembut dan budaya yang indah. Jangan berat mulut nak ucapkan terima kasih bila menerima pemberian dari orang lain. Kalau ada rezeki lebih tak salahkan , kita membalas pemberian orang , ye dak.
ini bukan pokok petai ye .kui kui kui
Tanah pun pandai membalas budi , ye dak.
Pemberian jiran sebelah , petai dan limau nipis , dia rajin bawak hasil dari kampung sesekali balik.
Arwah ayah kata, kalau petai tu matanya besar kita panggil kerayong. Entahlah aku pun kurang pasti, setahu aku petai mata kecik ,dipanggil petai belalang.
Limau nipis ni suami keja kan buat air limau.
Bawang merah kecik pemberian dari jiran gak, bawang ni dia dapat dari mana aku kurang pasti.
Aku memang suka guna bawang merah kecik ni, kalau buat bawang goreng wangi ,bawang tu hiris nipis-nipis, gaul ngan gula sikit, kemudian goreng dalam minyak panas.
Arwah mak , suka buat jeruk petai, dia rebus petai ngan kulit sekali, kemudian petai tu dikerat , masukkan ke dalam botol yang berisi air garam yang dikacau ngan air panas. Ada orang yang picit keluar isi petai tu lepas merebus, arwah mak tak , dia suka makan isi petai ngan kulit sekali, dia kata buat ubat.
ikan cencaru goreng ni, hasil tangkapan suami & geng, jarang dapat cencaru, dulu adalah sekali, suami buat ikan cencaru steamed.
Petai selalunya aku goreng dulu sebelum buat sambal sebab nak kurangkan rasa pedau dan bau petai.
Petai pemberian jiran tu aku buat sambal ikan bilis petai .
Bukan setiap orang yang memberi tu minta kita balas, kita kan orang melayu penuh ngan budaya indah , kalau boleh kekalkan lah peribahsa , orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa ; bahasakan menunjukkan bangsa : )