Saturday, September 18, 2010

Versi senang dan cepat

Selalunya kita sering pening kepala, bila fikir apa yang nak dijamu pada tetamu, bila dah pertengahan raya.Lelebih lagi aku bukan species yang suka buat open house.Pada pandangan aku, open house tak mesra penguna.Aku lebih suka masak apa yang patut, kemudian panggil teman yang betul-betul rapat. Pada aku hari raya tak perlu nak jemput orang datang ke rumah, sebab hari raya memang hari untuk ziarah menziarahi sesama teman dan saudara.Siapa yang datang seharusnya kita layan sebagai tetamu.Seperti kunjungan jiran sebelah ngan teman rapat aku hujung minggu lepas.Idea yang aku dapat masa tu nak buat nasi lemak.kebetulan ayam yang laki aku beli masa raya hari tu, ada balance.bahan tumisan lebihan hari tu pun masih dalam keadaan baik.Jadi apa salah kali ni aku jamu tetamu ngan nasi lemak bersama ayam goreng.jom lah tengok gambar apa yang patut kat bawah.





Telur 15 biji direbus guna api yang sederhana.Jangan lupa sebelum rebus bubuh garam, supaya senang masa nak mengupas kulitnya nanti.





Timun 2 biji dikupas kulit dan dipotong serong.




Tembikai ihsan dari bapa mertua yang berkunjungan pada raya pertama.Biasalah, orang yang berugama cina atau India akan membawa sedikit buah tangan ketika berkunjungan ke rumah saudara terdekat.





Sambal ikan bilis.(kalau nak resepi selak yang lama)




Ayam diperap ngan ( lengkuas , serai, halia, kunyit , bawang merah ngan bawang putih dimesin) jangan lupa gaul ayam ngan garam dan sedikit gula merah.Akhir sekali lumurkan ngan tepung jagung.




Masukkan dalam bekas bertutup kemudian perapkan semalaman bagi mendapatkan rasa yang betul-betul menangkap jiwa .khe khe





Mestilah digoreng dalam minyak yang banyak dan pada api yang sederhana besar.ayam kena kerap dibalikkan, supaya masaknya sekata.




Ayam goreng yang baru aku cipta resepinya pada hari yang sama.




Pelayan tetamu atau tukang sibuk ngan acuan cheese tart






Desert yang tak pernah ketinggalan, mestilah cheese tart.aku pun tak tahu, samada ni boleh dikategorikan dessert ataupun tak?




Jiran sebelah bersama family ngan teman rapat bersama family datang berkunjungan sempena hari raya .Selalunya family ni je yang sering datang ke rumah bila raya.Itupun sebab aku tengah bercuti, jadi adalah masa terluang ,nak menjamu apa yang patut.2 baju merah yang ada dalam gambar tu simontel bersama ayahnya.



Pesanan : Lilly kalau baca blog, harap maaf ye semalam tak dapat datang ke rumah kau , sebab akak tak balik rumah malam tu, tidur rumah anak.lain kali akak datang.jangan marah ye.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina