Monday, September 27, 2010

Pinjam dan minta



Banyaknya dugaan yang terpaksa aku tempuhi semenjak kebelakangan ini.Segala dugaan tu aku boleh tempuhi ngan relax. Bagi aku dugaan hidup ni, seperti makan cili api , makin pedas makin sedap.Hanya satu dugaan yang aku rasa begitu susah nak handle, bila dapat teman rapat , jenis suka meminjam. Barang yang dia suka pinjam barang rumah contohnya cili, asam jawa dan lain-lain. Semalam memang dia betul-betul membuatkan aku benggang, dia nak pinjam belacan. Macam manalah , aku nak cakap tak de, sedangkan belacan tu ada kat rumah aku.Aku jenis yang susah nak menipu, lelebih lagi kalau barang tu memang ada. Bukan aku tak nak bagi, apalah sangat belacan tu.Bukan pun mahal, kalau nak dibayar dengan harga sebuah persahabatan. Cuma aku tak suka, barang tu remeh sangat.Lagi satu teman rapat aku tu cakap pinjam, setahu kalau sesiapa pinjam contohnya belacan, sayur, garam atau yang sewaktunya, itu bukan pinjam tapi minta.Aku bukannya kedekut atau sombong, dah banyak kali teman rapat aku nak pinjam versi minta apa saja barang yang sepatutnya tak payah dipinjam.

Aku nak tahu sangat, kenapa kerap kali aku lihat orang yang berkeluarga kecil , suka sangat beli barang yang kecil-kecil.contohnya periuk kecil, kuali kecil, cerek kecil dan berbagai-bagai yang kecil.Kenapa orang yang berkeluarga kecil, tak boleh pakai barang-barang yang besar ke? Aku tak de lah marah, tapi yang selalu jadi mangsanya aku. Aku harap sesiapa yang berkeluarga kecil, beli je barang rumah seperti periuk atau kuali tu yang besar, sebab keluarga korang bukan bertambah kecil, bertambah besar.Bukan basi pun kalau simpan lama.Kalau esok anak dah dewasa, tak payah nak pinjam ngan orang, kalau nak buat apa-apa kenduri.

Berbalik kisah tentang teman rapat aku tu. Setahu aku, dia bergaji besar .Kalau setakat nak beli kawah, tutup sebelah mata pun boleh.Lainlah ngan aku , bergaji kecil, kalau nak beli barang pun kena kumpul duit dulu. Aku pun bukan kisah sangat, kalau teman rapat aku tu nak pinjam, tapi masaalahnya dia susah nak memulangkan balik . Pernah satu ketika dulu, masa adik perempuan dia nak kahwin, dia pinjam kawah dari aku untuk masak gulai daging. Cukuplah 2 kali je aku tanya bila nak pulangkan kawah tu, tapi jawapan yang aku terima menghampakan. Baru nak rendam kawah tu. Selepas setahun, aku datang kerumah tu lagi , nak tanya tentang kawah tu. Lagi beberapa meter sebelum sampai rumah tu, aku terdengar tangisan bayi. Aku panggil teman rapat aku tu, keluar sekali adik perempuan dia yang kahwin dulu, ngan dahi berparam dan berikat rambut ketat, seperti orang dalam pantang sambil mengendong bayi. Ya Allah , dah menimang cahaya mata rupanya.Cepatnye masa sekarang berlalu.Dalam tersenyum aku teringat, lamanya dia dah pinjam kawah aku tu. Aku nak ingatkan balik masa dia nak pinjam dulu , dia cakap nak pinjam atau nak minta?



Senyum kambing : Emak saudara pinjam gelang tebal kalau nak pergi kenduri kahwin jiran.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina