Monday, September 20, 2010

Versi clear stock selepas raya

Musim -musim raya ni, jarang sangat aku nak jengah dalam peti ais.Biasalah, masa raya ni kerja-kerja memanaskan lauk sering berlaku.Lelebih lagi baru seminggu raya.Lepas seminggu baru melilau mata menjengah peti ais .Mana sayur yang cam nak benyek je, aku campakkan dalam tong sampah.Biasanya sayur yang berdaun lebih dari seminggu mulalah layu dan kekuningan.Hasil dari pengeledahan, aku jumpa kambing balance hari raya.Masa tu pulak aku dah kekeringan idea nak masak apa.Yang dalam kepala aku fikir cam mana nak gabungkan kentang, terung ngan tomato bersama kambing sekali.Selalunya kalau dengar je kambing, korang mesti bayangkan bau yang hamis.korang jangan risau, ngan berpandukan resepi ni , bau hamis tu korang tak kan dapat rasa atau bau.




Rempah kering secukupnya.




tomato 4 biji dipotong baji.





carrot ngan terung dipotong ikut suka.




kentang 4 biji dipotong ikut suka



Daging kambing bercampur tulang dcuci ngan mengunakan tepung gandum.





Sangrai rempah kering sampai naik bau.




Masukkan minyak, tumiskan bahan mesin(lengkuas, halia, serai, kunyit hidup, bawang merah ngan bawang putih) sampai naik bau.





Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh ngan air,tumis sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging kambing tadi.Kecutkan daging bersama rempah.




Masukkan semua sayur ngan kentang tadi.




Masukkan santan dari 1/2 biji kelapa.Biar kari betul-betul masak secukupnya , barulah diangkat.




kari kambing versi tak de bau hamis.Bolehlah dimakan dan dicicah ngan apa saja.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina