Wednesday, September 22, 2010

(~J~)Mari breakfast

Mari breakfast di petang hari. Pelikkan breakfast petang-petang hari. Apa pulak nak pelik, kadang ada orang yang suka breakfast je sampai kemalam.Tapi apa yang penting korang jangan buat benda ikut orang lain.Jangan jadikkan kehidupan kita terdesak.Lagi satu jangan kerana duit kita jadik hipokrit.bebalik kepada cerita pasal mee pulak.





mee mesti dibasuh dan dituskan.Jangan basuh cam basuh kain pulak.cucurkan air sejuk secara lembut.





Sawi dibasuh dan dituskan.





4 tangkai cili kering(dikerat) , bawang putih 3 ulas ngan 4 biji bawang merah dihiris.




Mesin bahan diatas, bersama 7 ekor udang basah sederhana besar.Mesin cili ngan bawang sampai hancur, kemudin baru masukkan udang basah.Dimesin sekali(jangan terlalu hancur) sebab nak jimat udang.kalau nampak udang, nanti semua orang pilih udang.Gambar , udang terdelete ye.






Tumis bahan mesin tadi sampai naik bau .bubuh garam sedikit ngan sedikit gula.




Masukkan sawi.kacau sekejap, masukkan pulak mee tadi.masukkan kicap ngan sos tiram sedikit bersama mee sekali.Aku mengunakan kicap pekat.Tujuan memasukkan sawi terlalu awal, supaya warna sawi tetap hijau.Last sekali masukkan sediki taugeh.kacau-kacau sekejap., kemudian bolehlah diangkat.




Mee yang boleh dijadikan breakfast sehingga petang membawa ke malam.

Sepahit hempedu : aku jemu sangatlah baca blog orang yang kisahnya asyik tentang sosilawati je .kenapa ye?satu blog buat cerita tu, semua blog pun buat cerita pasal tu.pasal traffic ke?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina