Showing posts with label Kisah Alam. Show all posts
Showing posts with label Kisah Alam. Show all posts

Sunday, May 1, 2011

Tumpang lalu ye..............

0n Salam hari minggu.............................kat sini hujan dari subuh tadi, orang syok tidur , mata aku dari pukul 3 pagi duk terkebil -kebil.


Rasa cam syok plak nak update hari ni, jom layan cite ni ye. Nanti kawan aku Naz boleh lepak kat sini. Demi kerana mu Naz, hari ni ko tak makan angin ngan Iskandar dan anak-anak ke?





Makcik buktikan pada adik brutal solo, tak semua orang perempuan makan durian jadi gemuk ye. Anak makcik dari dulu memang peberet dia makan durian, sampai sekarang badan dia duk cam tu je.Nanti kalau jumpa, makcik nak piat telinga sebab selalu nakal.



Belum sempat nak menjadi tempoyak, baru je sehari buat, citenya kat sini dah jadik mangsa yuyi. Dengar ada tempoyak laju je dia beli cili api.Punyalah pedas cili api ni. Kalau nak makan , selalunya aku tambah cili merah dan cili api aku kurangkan, tapi oleh kerana permintaan pedas tu tinggi, jadi aku akur je.



Sanggup dia bawak sup ayam ngan telur bistik dari rumah kerana nak makan tempoyak , sebab aku memang belum masak masa tu. Telur bistik tak sempat nak snap gambar, dia ngan firdaus dah bedal dulu.

Dah lama plak tak jalan sekeliling kawasan perumahan tempat aku tinggal. Semalam suami tak de, pergi jalan-jalan cari sarapan ngan firdaus.



Hijau mata memandang, sebab tu aku pilih tinggal kat sini, sebab masih ada suasana kampung lagi. Aku tak suka ngan hutan batu.



Budak yang masih belum mandi, hari ni kena exercise jalan kaki.







Banyak perhentian kat bawah pokok.



perhentian lagi................







Setiap yang hidup pastikan mati, oleh itu berbuat baiklah pada sesama insan. Jangan ada sifat hasad dengki, kerana satu hari kita semua akan berada ditempat yang sama ; kubur.




Sampai gak akhirnya...............




Firdaus makan nasi lemak ngan milo ais.



Aku plak nasi kerabu, dah lama sangat tak makan nasi ni, waima aku bukan orang kelantan, aku rasa nasi kerabu kalau dibubuh hirisan kobis banyak sangat, jadi tak sedap. Aku suka dia buh hirisan bunga kantan lebih sikit. Apa-apa pun rezeki Allah SWT tak boleh ditolak.


Selamat berhujung minggu ye, lepas ni aku busy nak siapkan tempahan muffin dan cheese tart kawan yuyi, sebab maghrib nanti dia nak ambik.

Saturday, February 19, 2011

pelik, pelik, pelik

Selamat berehat di hujung minggu bersama family......................


TV aku kat rumah ni dah dekat 2 bulan rosak, sekarang banyak dengar radio. Tak pergi bawak repair pun, cam tak de hal pulak bila dah lama tak tengok, bukan apa, tengok tv pun selalunya aku layan time berita je. Drama ni kurang minat, bukan apa takut melekat , tak jadi kerja.

Hujung minggu bila, aku dah lupa ,lepak rumah anak ngan Firdaus, saja masak-masak kat sana. Dah habis masak, penat, nak luruskan pinggang duk baring depan tv tengok rancangan Astro. Rumah aku tak de melanggan Asto.Bukan apa membazir, sebab aku balik pun dah petang, bila masa nak tengok. Rancangan tv sedia ada pun tak dapat tengok habis.

Masa aku tengah duk landing, anak lelaki tu duk sama. Anak perempuan duk melayan Firdaus, biasalah dorang ni sesekali berjumpa ralit. Kat tv tengah siar cerita budak remaja duk berjoget-joget. Aku pelik gak, sebelum ni cam pernah tengok cerita ni, tapi dah lupa kat mana. "ni cerita apa ni, apasal pulak di cakap melayu ni, bukan ni cerita omputih ke?" Anak perempuan aku menyahut "ialah mak, itu cerita omputih, astro kan cam tu, sisengal ni suka tengok cam tu senang paham"

Aku suruh anak lelaki tukar balik ke bahasa omputih, sambil bebel-bebel kat dia "cam mana nak pandai omputih dan bla bla bla". entahlah , rasa janggal kalau tengok cerita omputih dubbing bahasa melayu ni. Masa kecik dulu cerita brazil tu biasa lah tengok cam tu, tak de lah janggal sangat. Dulu nak improve omputih pun, aku banyakkan tengok cerita omputih ada subtitle melayu. Kalau tengok cerita bahasa lain selain omputih, aku pilih subtitle english, senang paham nak dibandngkan bahasa melayu.

Bukannya nak menyanjung bahasa omputih, dah dalam pekerjaan kena banyak guna bahasa omputih, bila lagi nak improve kalau tak tengok cerita omputih. Budak kecik suka je tengok cerita omputih yang dubbing bahasa melayu ni, terutama kartun. cam ni bila nak improve bahasa omputih. Kadang -kadang bila tengok kartun omputih dubbing bahasa melayu jadi cerita lawak plak, mana tak nya , gerak mulut tak selari ngan ayat yang keluar.


Senyum tapir : Inilah dinamakan menyenangkan orang tak bertempat hua hua hua

Thursday, January 27, 2011

tambah koleksi



tambah koleksi botol air yang dah tak terkira ngan jari.

Semalam balik kerja gigih pergi pasaraya, cari dua barang yang paling penting. Penyangkut baju ngan botol air Firdaus. Bukan tak de botol air lain, tapi yang ni senang sikit, pakai sedut. Budak umur 6 tahun ni , kalau pakai botol air orang dewasa, semedang mulut bocor masa minum.Habis beg basah kena air. Excited pagi tadi, siap gantung kat leher.




Semalam tambah koleksi penyangkut baju.Lagi banyak, lagi bagus. Penyangkut baju sekarang cam bangang, asyik patah je, kalau sangkut barang berat, cam seluar jeans. Tak tahu nak pilih yang tahan, habis paling mahal aku beli, sama gak.




Lihatlah dunia, orang pemalas nak lipat baju. Senang, angkat dari ampai terus sangkut dalam almari. Jangan ingat aku sempudal, nak sangkut sepetot kat hanger pulak. Sepetot semua aku lipat, letak dalam almari khas. Sepetot tu cari sendiri dalam kamus, kalau tak dapat cari, faham-faham sendiri.

Siapalah ada buat khidmat lipat ngan gosok baju, rasa mahu je aku tempah. Kalau kat rumah, bab aku rajin, basuh , masak dan kemas balik dapur lepas masak.Lain-lain hampeh. Nasib baik dapat suami jenis bertolak ansur dan memahami, kesengalan aku. Biasalah aku manusia biasa, ada gak part-part lemau.



Senyum tapir : Teringat pulak, masa umur aku lebih kurang 8 tahun, arwah mak ambil upah basuh baju rumah orang. Tak sangka plak ada orang yang malas basuh baju.

Monday, January 17, 2011

Terjun dari puncak gunung



Sesiapa yg bawah umur, jangan nak cuba tiru , aksi terjunan cam ni.Lainlah firdaus, rajin tengok cerita kungfu. relevan ke?


Anak perempuan aku ni,memang hyper aktif sikit, kalau jumpa sungai.


Firdaus dalam sungai pun nak manja, siap makan bersuap .


Kan aku dah cakap, dalam sungai pun nak kasi posing model . Lupa nak cakap, korang perasan tak , anak aku ni pernah masuk tv, buat iklan minyak yu yi cap limau . Lepas ni kalau ada iklan minyak yu yi cap limau keluar kat tv, korang jangan bangun ye, duk melekat kat tv.


Firdaus, suka gilaaaaa.


Maaf, gambar terulang siaran.



Kalau dah mandi manda, perut mesti berkeroncong.Ini anak aku no 3, sedang mengisi perut. Lauk-lauk semua ditaja oleh makcik Ina minat Do do cheng. Makcik ina masak ikan jenahak(simanja pancing) sambal ngan terung bulat goreng cili. Extra yg lain, kueh teow goreng. Kwang kwang.

Bukan apa, anak-anak aku ni cerewet sikit, pasal bab makanan ni. Maksud aku bukannya dia nak makan sedap , tapi masak kena secukup rasa. Kalau aku masak je , dia tak banyak komplen. Konon , semalam , saja beli lauk rebung ngan ikan keli masak lemak cili api , dah tempat tu kuala pilah, mestilah terkenal ngan masak lomak kan, tapi hampeh masak garam sepikul. Last-last , makan sikit je. Yang lebih tak tahu pergi mana.

Lagi satu bab , lagi best, masa anak perempuan ngan lelaki aku , pergi beli lauk tu, dia nampaklah telur itik masak lemak. Dah dia tak pernah tengok, ngan tak pernah makan telur itik ,jadi dia tanyalah

Anak perempuan : ehh ehhh ni telur apa?

penjual makanan : telur itik masak lemak.

Anak perempuan : boleh makan ke telur itik (biasalah pertanyaan budak-budak)

Penjual makanan : Kitakan orang Islam.

Peningkan jawapan dia, bukan aku je pening , anak perempuan aku turut sekali pening.



Senyum tapir : manusia yang rasa dia lebih pandai atau bijak, kadang -kadang dia jawap soalan, berpandukan kepandaian dan kebijaksanaan dia je. Dia tak akan cuba memahami apa soalan, yang diberi.

Friday, January 14, 2011

Kisah menyayat hati 2011

Tahun 2011 baru nak bermula, tapi insiden jalan(jam) sesak akibat lori ngan kontena masih berlaku di Westport. Aku tak tahu, bila perkara cam ni dapat ditangani, ngan baik oleh pihak yang berwajib. Mereka patut tahu, kat Wesport ni, tak de alternative jalan lain , sekiranya berlaku kesesakan, terpaksa meredah jalan yang sama.

Minggu ni sahaja, 2 kali berlaku peristiwa jam seumpama ni. Jika kemalangan, masih lagi boleh diterima akal, tapi kesesakan ni, berpunca dari pemandu lori yg membawa barang seperti besi atau kertas, tak mengikat atau menutup lori mereka dengan rapi. Barang yang mereka bawa beterabur diatas jalan raya.. Hal kontena dibawa ngan laju sehingga hilang kawalan, kemudian terbabas melanggar divider hingga menyebabkan kesesakan pun perkara biasa kat Westport ni. Apa ade hal, kata mereka, kejar trip, dapat duit , lagi penting dari fikirkan nyawa orang lain dan perkara kesesakan jalanraya ni. Duit kalau ko cari banyak mana pun, tak boleh cukup, kalau kau tak tahu mengurus duit.

Dah jatuh satu hal, masuk bab yang tukang kutip atau tukang alih, ambil masa berjam-jam nak sampai kat tempat kejadian pun satu hal . Bila benda cam ni, lambat ditangani, itu yang menyebabkan kesesakan lalu lintas hingga berjam-jam lamanya. Awat cek, dah dapat report duk tidur lagi ke? atau buat susu anak.

Semenjak aku berpindah office kat Westport, kalau dihitung , kerap kali gak aku sampai rumah sekitar jam 8 -10 malam. Sedangkan kalau jalan normal(tak jam) aku boleh sampai sekitar pukul 6 petang.




gambar diambil petang semalam,waktu perjalanan balik ke Port Klang.




Polis Westport ni, tak tahu apa kerja mereka. Apa yang aku nampak , dorang suka nak tiup wisel . Dammmmm tak berbaloi langsung, kesesakan akibat lori rosak.










Bila kesesakan dah settel, kawan aku nak mengambil jalan belah kiri, tiba-tiba nampak polis port menunjukkan isyarat tangan jangan membelok ke situ. Laluan tutup. Nampak tak kat dalam gambar tu, ada kren ngan lori, Lori tu yang buat besi terpakai, jatuh berteraburan di atas jalan raya. Salah satu sebabnya , lori tak ditutup atau diikat ngan rapi.. Ada jugak lori , yang membawa lebih muatan dari had yang dibenarkan.

Apa pihak yang berwajib patut buat, untuk menangani benda-benda macam ni dari berlaku? Yang kerap aku nampak, banyak lori terdampar di bahu jalan kat westport ni,, bila mereka dengar ada pihak berwajib sedang menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan tak jauh dari situ. Spy mana yang beritahu mereka pun aku tak tahu.

Pemandu lori atau kontena buat onar, yang jadi mangsa penguna jalan raya yang lain. Tak nampak lagi , undang-undang yang pihak berwajib buat, meninggalkan kesan dramatik kat hati mereka. Setiap kenderaan berat yang lalu, aku nampak kat belakang ,ada amran keras kononnya ditujukan kepada diri sendiri. Bila dorang bawak laju, kita boleh sms atau call nombor yang tertera. Kawan cakap, pernah call, asyik dengar robot je cakap. Aku tengok kat Malaysia ni, banyak yang tukang buat undang-undang,, tapi yang tukang buat tu nak laksanakan hukuman cam hampehh sikit. Apasal undang-undang tu nak buat geli-geli je ke?




Kesesakan diwaktu pagi, akibat trak yang bawa kereta baru tu, rosak di jambatan westport.






hantu, kalau bawak kereta mesti mengilaikan.

Senyum tapir : Dah tiba masanya pihak yang berwajib tu mengenakan hukuman yang berat ketas pemandu yang tak senonoh ni. Setakat denda , apa barang. makcik dah bosan lah.

Monday, January 10, 2011

Kad pengenalan diri





Anjing ke singa? (blogger kat luar sana, jgn sampai hilang identiti cam ni)


Gambar anjing ni, simanja ambil, masa mengecat plaster siling kat sebuah rumah, kat Teluk Panglima Garang, Banting. Kalau anjing biasa, simanja tak de heran sangat nak ambil gambar pun, tapi yang ni , lain dari lain. Masa dia tunjuk gambar ni, aku pun pelik, ingatkan singa. Bila fikir ngan logik akal, tak kan ada org yang berani nak bela singa plak.

Lupa nak cakap, mengecat rumah, perkerjaan sampingan simanja. Dia cat rumah,yang berkos mahal je, buat apa nak penatkan badan, mengecat rumah orang yang tak tahu menilai , seni seorang pengecat. Kebanyakan orang berada ni, tahu apa yang dia mahu. Golongan orang yang tak berada, selalu berselera besar, susah nak nampak kesenian seseorang. Dia tahu nak gah, tapi bayar ciput. Maaflah aku ni, suka berterus terang, tak suka suap , simpan, lepas tu muntahkan kat orang lain pulak.

Macam kita berblog gak, kita dapat mengenal identiti seorang pengomen, daripada komen yang dia layangkan kat entry kita. Bagi diri aku, walaupun ko ada mengomen kat tempat aku, tak semestinya aku kena komen kat tempat ko balik, walaupun cerita ko tak berbaloi langsung, kalau aku komen pun. Contoh, entry orang yang aku tak akan komen, entry terang -terangan mengutuk budak yang sebaya anak aku, macam dia tak de anak ngan entry yang mencerminkan, dia seorang sahaja dalam dunia ni, yang berpegang pada syariah Islam.

Aku terpanggil sangat nak tulis cerita pasal ni, sebab terkesima dengan komen yang dilayangkan seseorang , di entry aku semalam. What de beladi hell, ko ingat, ko sorang je alim , Aku nak tahu sangat, setakat mana pegangan agama ko, sehingga boleh menuduh orang sembarangan. Nabi Muhamad SAW , nabi besar junjungan kita, walau dicaci , dihina oleh orang kafir, tak pernah lagi menghamburkan kata-kata kesat, pada umatnya.

Memang pengomen tu, tak sedar, yang komen dia, menguris perasaan orang, sebab dia rasa, dia ada tangan dan mulut boleh buat sesuka hati mak bapak dia. Betul kita semua ada mulut, tapi kita kena belajar macam mana nak guna. Sedangkan dengan haiwan pun, kita kena bercakap dengan penuh adab. Masuk ni dah 3 komen dia, aku perhatikan memang cam biadap., tapi aku tak kan buang komen tu. Mana tahu dia sedar dari ICU, dia boleh tengok balik.

Aku bagi contoh, cam mana cara nak bercakap dengan betul, kalau korang nak belajarlah. Okey , firdaus dijaga oleh pengasuh, setiap petang, masa nak ambil dia, aku nak tanya pengasuh, samada dia dah makan ke belum? Korang rasa itu soalan yang remeh, tapi kalau korang salah tanya, dia boleh jadi isu besar. Benda-benda ni semua aku suka nak jaga. Selalunya aku bagi soalan cam ni :

1)Ana , akak rasa malas pulak nak masak, firdaus dah makan ke?, kalau belum, akak masaklah.
Ana dengar pun tak kecil hati.

korang rasa elok tak ?kalau korang tanya cam ni :

2) Ana, Firdaus dah makan ke belum?


Korang tahu apa yang dia ingat, beladi hell, apa ko ingat aku tak pandai nak jaga anak orang.Mungkin dia akan cakap dalam hati cam tu, sebab jiran aku suka tanya pengasuh anak dia cam tu. Seingat aku dah 2 orang pengasuh yang jaga anak dia, cakap dia ni berlagak. Tak de orang yang nak sudi jaga anak dia. Ingatlah duit kita tak besar mana, jangan anggap pengasuh tu, tak makan, kalau tak dapat duit kita.


Berbalik pada cerita asal tadi, cam tu lah caranya , aku terasa hati ngan pengomen tu, tak payahlah aku nak cakap identiti dia. Nanti aku ngan dia jadi sama plak, menjatuhkan maruah orang. Aku peringat pada korang dan diri aku sendiri,jangan berblog nak kejar glamer atau traffic, sampai ko terlupa nak menjaga adab dan tata susila sebagai manusia.

Ko nak kejar follower menimbun-nimbun pun buat apa? Kalau follower ko 500 orang pun tak guna, kalau orang yang ko follow tu, tak masuk pun blog korang. Visi 2011 aku , nak jadi blogger yang beridentiti sendiri, follow blog yang aku suka nak baca je. Tak nak hipokritlah. Aku tak pernah buat lagi, bila aku follow blog orang, aku tinggalkan pesanan kat chat box org tu, suruh follow balik.nonsense.ko follow tak ikhlas ke?, nak paksa orang.

Aku suka nak mengaku kat sini, imam didada belum cukup tebal nak menuduh orang lain, waima ko tak sembahyang, pelacur, penagih dadah, perompak, penjahat, bukan aku yang boleh menilai, hanya Allah SWT sahaja yang berhak menilai seseorang. Oleh kerana itulah, aku tak pernah membataskan dengan siapa, aku nak berkawan. Selama aku hidup dimuka bumi ni, aku pernah berjiran ngan pelacur, ada kawan dari golongan penagih dadah dan mak nyah, ada kawan GRO, golongan yang alim-alim, semua tu aku layan cam manusia biasa gak.

Ingatlah kita ada anak-anak, perjalanan kita masih jauh, tak tahu , apa yang akan berlaku di masa hadapan.Selama pemerhatian aku terhadap dorang, golongan yang pada pandangan mata masyarakat jahat, mereka tak suka pun nak mengata orang. Kalau ada pun, dosa mereka ngan Allah SWT. Perlu dingat dosa kita ngan Allah SWT, boleh kita minta ampun ngan Allah SWT, tapi kalau dosa kita ngan orang, bila nak jumpa orang tu, nak minta ampun.

Lagi satu kena ingat, macam mana tingginya pegangan agama korang, lagi banyak syaitan akan mengoda dan memainkan peranan mereka.Daripada kita duk nak mengutuk orang sembarangan, lebih baik kita pertingkatkan lagi amal ibadat pada Allah SWT.

Nasihat aku yang last sekali, kalau nak berblog , sila cari identiti sendiri, baru korang rasa semangat berblog sentiasa bercambah. Aku nak gosip sikit, sipengomen yang aku cerita ni, sanggup follow dan mengomen ngan ayat power kat blog awek penjaga gol si Fahmi. Doniya, doniya. Pening jap, aku doakan dia jadi blogger yang paling hebat alaf ini.Aminnnn.



Tolong ingatkan aku tempat pertama di AJL 25.nak dengar 20sen




Sentum tapir .Takzirah hari minggu ni, diharap yang berkenaan boleh bukak mata sikit. Harap maaf , jika ada hati yang sikit berdarah, bila terkena tikaman sipi ni.

Sunday, January 2, 2011

Banyak proses

Pagi tadi, aku ke Sg.Pelik, kerana ada urusan yang nak diselesaikan. Dalam perjalanan balik, aku ternampak, disatu tempat yang banyak teratai. Aku teruja sangat, sebab tak pernah nampak teratai , secara siaran langsung. Lagi teruja , simanja bukak cerita kisah dia kecik-kecik suka makan biji teratai. Teringat pulak, kat majalah 3 dorang buat cerita pasal orang cari teratai ni, untuk dijadikan sumber pendapatan..






Simontel di depan hamparan teratai.



Maaf, gambar tak berapa jelas.




Simanja tunjuk kat aku lagi, daun teratai tak boleh menyerap air. Rasa cam jakun jap. Sumpah sebelum ni, aku tak pernah lagi berkenalan ngan teratai. Aku dengar , nama teratai ni pun, dari tajuk lagu dendangan M.Nasir(kalau tak silap aku)




Nampak tak, buah teratai tu. Orang cina suka sangat ngan bunga teratai.Selalu dorang gunakan dalam upacara sembahyang.



Buah teratai dari dekat.



Simanja menunjukkan aku, aksi memecahkan buah teratai.



Bila dah pecah keluar satu biji, seakan kacang bewarna putih.



Simanja membelah dua, biji seperti kacang tadi. Dia membuang 1 biji kecil bewarna hijau yang terletak ditengah, sebab rasa pahit.



Istiadat makan , haruslah simontel mencuba dulu. Memang ajaib, rasanya yang lemak-lemak tu.


Senyum tapir : Hari pertama tahun 2011, first time dapat rasa biji teratai, diharap ini adalah satu petanda yang baik.

Monday, December 27, 2010

Noh Hujan







Konsert Hujan




konsert hujan



Malu-malu kucing pulak, bila gambar dirakam.














Semua dirakam petang 26/12/2010 di kawasan perumahan aku.


Senyum tapir : Hujan best........yeay yeay

Thursday, December 23, 2010

Pameran Solo Simanja










Malam















Serai kayu










Mangsa




Teruja





Tempat : Di persekitaran rumah
Lokasi : Rahsia
Masa : Petang
Cuaca : Sedikit gerimis, malam , siang
Pasal : suka-suka

Senyum tapir : Gambar diambil mengunakan handphone Sony Cyber Shot K810i(harap maklum -model lama ye)

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina