Saturday, April 30, 2011

kaedahnya

Salam berhujung minggu............................

Syoklah sapa yang berkerja dapat rilex 3 hari deret. Kepada pekreja Kat Malaysia ni,selamat menyambut hari Pekerja pada 1/5/2011. Sapa yang ada kampung mesti syok balik kampung. Ada yang pekerja yang start ambik cuti dari hari Jumaat, sebab nak balik kampung.

Sesiapa yang melangsungkan perkahwinan sempena cuti panjang ni "SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA PERKAHWINAN KAMU KEKAL HINGGA KE HUJUNG NYAWA" Aminnnn.


Malam tadi lebihan durian yang tak habis di makan aku buat tempoyak. Kalau nak makan banyak, tak tahan panas badan nanti. Kalau nak bukak, simpan dalam peti ais plak takut berbau peti ais, sebab esok aku nak simpan cheese tart dalam tu. , ada tempahan dari kawan anak. Berbau plak cheese tart orang tu ngan durian.





Isi durian yang tinggal banyak ni je.



Biji durian yang tinggal selepas aku ambik isinya



Cara nak asingkan isi dari biji mengunakan pisau dan garpu ni adalah hasil tunjuk ajar arwah ayah. Dia suka buat tempoyak. Kalau tak mengunakan tangan , tempoyak yang dihasilkan Insyaalah tahan lama. Kalau nak menghasilkan tempoyak yang sedap , kena pilih durian yang elok.



Dapat satu bekas plastik, jangan lupa bubuh garam ngan gula , bagi dia tahan lama. Dulu adik perempuan arwah ayah menjana pendapatan ngan hasil menjual tempoyak. Dia jual pakai kilo. Tempoyak dia asli sebab guna durian kampung. Tempoyak yang ada jual kat pasar tu, tak gamak nak beli sebab kebanyakannya dicampur ngan pisang sebab nak masamkan tempoyak. Rasa tempoyak je masam , kurang rasa isi durian.

Sekurang-kurang lebih dari 3 hari barulah tempoyak yang aku buat tadi sedap dimakan atau dimasak.


Okey selamat bercuti , hari ni aku tak kemana-mana, suami aku tak de rumah sebab bawak seorang dari cyprus yang berkahwin ngan orang sini ke laut memancing. Kalau ada gambar nanti aku up entry kat sini.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina