Hari ni nak cite pasal trauma yang melanda diri ni akibat kerepok lekor. Sebenarnya dalam hidup, tak pernah sekalipun aku goreng kerepok lekor ni, sebabnya aku trauma bila
1) Tangan yuyi pernah kena simbah minyak panas masa umur 18 tahun ketika mengoreng kerepok lekor kat Rumah amal. Parut kat tangan dia masih ada sampai sekarang.
2) Bila nampak jiran sebelah rumah(cik enon) masa duk rumah lama, hampir suku badan dari bahu hingga tangan melecur kena simbah minyak panas akibat mengoreng keropok lekor.
Bila baca cite ni mesti dalam hati korang "Dammmm makcik ni, macam dia yang kena simbah minyak panas, "aku redha kalau korang nak keji dalam hati.
Anak perempuan aku Yuyi bukan nama sebenar telah menghadiahkan aku kerepok lekor (sila jangan ketawa ye) ekekek dia beli masa pegi Pahang minggu lepas. Kat tangan belah kanan dia masih ada kesan hasil lecuran kena minyak panas. Dia pun tak trauma cam aku, dan berjaya mengoreng kerepok lekor tu berbatang-batang baru-baru ni, mengapa tidak aku. ha ha ha
Tips untuk lindung hak privacy korang dari di cerobohi, sila jangan letak nama sebenar dimana-mana ruangan dalam internet. Oleh kerana menghormati permintaan 3 orang anak aku yang besar ni , aku tak akan bubuh nama sebenar kecuali Firdaus. Dari kecik arwah mak dan ayah ajar aku hormat hak privacy orang lain.. Bila dah anak ni aku kenalah buat benda yang sama. Prinsip aku senang je, kalau kita menghormati hak privacy orang lain, dah tentu orang lain pun akan buat yang sama.
Jom layan kerepok lekor ni......................
Dah dekat seminggu benda ni terfrozen, sebelum aku mendapat kekuatan fizikal dan mental nak goreng.
kerepok lekor yang siap dipotong, tinggal nak goreng je.
Kalau nak goreng gunalah minyak yang banyak. Terkumat kamit dalam hati, macam-macam doa aku baca.
Yes yes pukul petang 19/4/2011, aku dah berjaya.Inilah hasil kerepok lekor yang dah siap digoreng.
sos cili buatan sendiri, kalau suka nak merajinkan diri nak buat sila ambil resepi kat sini ye. sos ni buat cicah ngan kerepok tadi.Kalau beli kerepok lekor yang kat tepi jalan, cili sos dia cair sangat, air mata pun pekat. kedekut.
muka budak yang puas hati, lepas makan kerepok lekor. Dia yang makan paling banyak, lepas tu tersandar kekenyangan.
Aku minta maaf pada sapa-sapa penulis blog yang ada buat entry pasal kerepok lekor dan aku ada tinggal komen cam hawau ala ala bagi orang scary nak mengorengnya. Lepas ni sila ye.....goreng jangan takut. go go chaiyok
Ada sesiapa yang mengalami trauma cam aku?.tak kiralah apa je.