Monday, July 5, 2010

Cucur ikan bilis bersayur



Cucur ikan bilis bersayur ni breakfast semalam.Sayurnya haruslah sayur kobis cina.kobis ni rasanya manis.selalunya kobis cina bersaiz kecil sedikit dari kobis biasa.Warna pun kehijauan sedikit dari kobis biasa.





1)Tepung gandum gaul ngan sedikit garam dan baking powder.
2)1 labu bawang besar dihiris
3)kobis cina dihiris halus(ikut suka banyak mana nak letak)
4)ikan bilis ditumbuk halus
5)telus sebiji




Bancuh adunan ngan air suam.Adunan jangan terlalu keras.Biarkan adunan selama 30 minit, lepas tu baru digoreng ngan minyak panas.




Cucur ikan bilis bersayur dah sedia untuk dihidang bersama sos cili buatan sendiri.



Bahan untuk sos cili

1)20 tangkai cili kering dimesin bersama ngan 2 biji bawang putih.
2)3 tbsp tomato sos
3)gula merah(ikut suka)






Masak semua bahan tadi diatas api perlahan.bubuh garam sebagai penambar rasa.biar sos cili betul-betul masak, barulah diangkat dan disejukkan.sos cili tahan lama, kalau tak dipegang ngan tangan.Simpan dalam peti ais.




sos cili



Kalau nak senang gunting kecik cucur ikan bilis tadi makan bersama sos cili tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina