Friday, July 16, 2010

Yuna dan moon cake

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.




Moon cake ni aku beli semalam dicosway, bukan untuk menyambut perayaan apa-apa pun .sekadar suka makan moon cake ni.tapi sorrylah, akau tak layan moon cake yang tak de apa-apa kat dalam nya.tak de feel orang kata.Nak tunggu boss bagi, lambat sangat.Dengarlah pulak cosway dah ada jual.



Aku beli 4 ketul, tu yang dorang bagi beg tu percuma.



Ni salah satu jenis yang aku beli.Atasnya ada kuaci dan dalamnya ada egg yolk.


Satu ketul ni boleh tahan lama tau.bukanya makan sekali semua.Ini boleh potong 5 bahagian.Rasanya yang manis, kenalah makan sikit-sikit

Sambil menikmati alunan lagu yuna makan moon cake.cam mana layan tak?



Korang suka moon cake ?kalau suka , jenis yang mana satu?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina