Thursday, July 15, 2010

Wedges shoes wak lu



Nama wedges ni miss-u collection tapi oleh kerana dia telah mencederakan jari kakiku aku namakan dia wak lu wedges.ni gara-gara terpedaya ngan wedges mia ngan mija anak sileiya tu , aku membeli wedges ni.acah je tu, jangan marah ye lieya.sumpah taubat aku nak beli kat pasar malam lagi.Selama ni memang aku tak pernah beli kat pasar malm pun, tapi oleh kerana kasut yang aku pakai semalam, telah tercabut masa aku kat pasar malam, jadik aku sambarlah apa yang patut kat depan mata.bukan nak cakap berlagak, dulu masa kecik -kecik adalah beli kat pasar malam.apa yang mak beli , pakai je.masa tu kan zaman budak-budak.masa aku sekolah menengah, coli aku pun mak mbeli kat pasar malam.sebulan je tali coli tu dah kendur, warna semua sama, cokelat.kwang kwang.Tapi nak buat cam mana, harga pun murah berpadananlah ngan kualitinya.






harga RM13/-.cunkan wedges wak lu.kwang kwang




Dari sisi depan wedges wak lu.tunggu , aku beli kasut baru memang aku loyongkan ko kat dalam tong sampah.Oleh kerana kasut ni ketiga-tiga jari aku terpaksa ditampal ngan handyplaster.Kat tempat melecet tu semua mengelembung kulit dia.OMG , seram aku .merah pulak tu.kalau korang tak percaya , cuba tanya Ratu kebaya, cam mana merahnya jari kakiku.khe khe khe.Hazab , dahlah kebetulan laki aku tak menghantar aku.Jadik perjalanan sejauh 1/2 kilometer tu betul betul hazab.Terpaksa berjalan cam orang melecet celah kelakang.


KORANG ADA PENGALAMAN TAK JARI MELECET?PASAL KASUT KE?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina