Tuesday, July 20, 2010

Talam berlauk



Talam berlauk ,adalah salah satu kuih peberet seisi keluarga aku sewaktu berbuka puasa.cakap pasal puasa lagi. semalam aku buat talam berlauk, dah lama rasanya tak buat talam berlauk ni.

resepinya

1)cili besar dihiris halus
2) daun sup dihiris halus
3) udang kering diblender kering



Bawang goreng





350 grams tepung beras dikacau ngan pati santan dari sebiji kelapa, diatas api perlahan.pati santan lebih kurang 800ml.kacau sampai adunan tadi likat dan sebati.jangan lupa bubuh garam sedikit.




Masukkan adunan yang dah masak tadi kedalam loyang, sambil memampatkan dengan sudip atau tangan.awas, adunan masih panas, takut tangan korang melepuh pulak.dah rata, taburkan udang kering diatas permukaan aduanan tadi, diikuti pulak ngan daun sup, cili merah ngan bawang goreng. kukus selama 20 minit.



Talam berlauk sedap dimakan bersama kuah cili.resepi kuah cili , sila lihat resepi kuah kat sini.





Boleh dimakan sebagai minum petang atau berbuka puasa.

Kuih apa yang korang suka waktu berbuka puasa? yang pedas atau manis?



Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina