Showing posts with label Kisah silam. Show all posts
Showing posts with label Kisah silam. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Tersentap aku ngan blogger sorang ni????????

Kak memon memang suka tambah sikit #botakkepalabuhlebih   ajinomoto dalam masakan barulah  sedap sikit  masakan tu ,cam bercite gak kena tokok tambah sikit baru sedap. Nasihat memon pada adik-adik kat luar sana , jangan suka bertokok tambah sangat nanti tak pasal-pasal kepala benjol. Dalam dunia ni 3 orang jenis manusia paling Memon mencikkk

1) orang yang tikam belakang
2) orang yang suka tokok tambah cite
3)orang yang suka menyampai

no 3 paling dangeres, orang cam ni daripada hidup lebih baiklah pegi mati, kat tempat keja aku ada sorang cam ni, umur baya yuyi mulut cam lahanat. Sepatutnya budak  baya yuyi ni  sekarang   tengah enjoy  kat club cucuk cucuk langit ,  tapi tak dia sibuk plak  nak  membizikan body jaga hal orang, tak sesuwai tau . Masa aku baya  baya yuyi  tak berani nak  wat  mulut  lahanat cam tu,mau arwah mak  piuh pangkal peha aku sampai lebam.

Berbalik pada cite asal, he he he tak maknanya aku sentap ngan blogger, saje nak sedapkan cite boleh #lempangpipisendiri. Dah lama sebenarnya jiwa aku, mungkin jiwa kak limah  gak tertekan ngan perlakuan tak semenggah budak perempuan baju biru(dalam gambar kat bawah) terhadap anak dia yang dua orang tu.

Akhirnya dapat gak aku ambik gambar dia ngan anak dia yang dua orang tu pagi tadi. Setiap hari aku duk  menahan sabar  melihat  perlakuan dia yang mengheret anak dia cam heret entah apatah. Cian aku nengok anak dia , minggu lepas aku nampak ngan mata kepala aku sendiri, dia seret anak dia cam tak ingat  sampaikan anak dia  hampir terjatuh  ke dalam longkang, muka dia cam tak de  perasaan  selambakodok  tarik tangan anak dia pegi cam tu je, bukannya nak check  tangan kaki  anak dia dulu mana tau kot ada luka ke ape ke.

Kadang-kadang tu , dia tak pegang pun tangan anak dia , dia biar budak tu jalan sorang-sorang,  dia plak  menonong-nonong  tak pedulikan anak dia.  Hari tu depan mata aku gak,  nyaris anak dia tak dilanggar  kereta, pada masa tu kereta  tengah mengundur,manalah pemandu tu  nak  perasan kelibat  budak sekecil tu  kat belakang  kereta dia.  Kalaulah terjadi apa -apa pada anak dia ,  nak salahkan siapa, tak boleh nak salahkan  pemandu tu 100%.

Wahai pompuan baju biru andainya ko ada terbaca blog ni, kak memon suggest ko beli benda alah kat bawah ni , kalau dah  malas sangat atau tangan ko akan patah bila  dukung anak ko  tu , dari pandangan mata kasar  kak memon anak ko tu tak delah berat mana  pun..



Dulu masa anak-anak aku masih kecil ,hidup aku susah hinggakan tak mampu nak beli carrier baby ni,apatah lagi nak beli trolley baby, carrier baby aku masa tu kain batik lepas  je.

sedap gak nama memon tu ye.Penatlah otak aku nak fikir masalah  orang  sekarang yang  suka  sangat sambil lewa  bab keselamatan anak-anak  ni #bangangsapasuruhpikir  . Sebagai  orang Islam kita memanglah diwajibkan beriman ngan  Qadha dan  qadar (ketetapan Allah yang telah ditentukan)  bak kata orang kat luar sana, dah takdir kita tak boleh elak  tapi sebagai manusia  kita mampu berdoa , berusaha, berikhtiar dan  bertawakal.


Berapa lama lagi kak  memon nak terserempak  ngan  budak ni kat flat MIL kak limah  , tak tahulah bila masa mak budak ni  nak  kena makan penampar ngan kak memon, penat tau kak memon #bajetbiniganster.

Thursday, March 22, 2012

kumpulan lipan bara & lipan bara

Malam tadi aku rasa susah nak lelapkan mata, jam dah menunjukkan 1.30 pagi tapi aku masih belum dapat melelapkan mata. Masa tu Firdaus baring  kat kerusi panjang tengah terkebil -kebil nak lelapkan mata. Aku dah biasa tidur atas toto bentang atas lantai, setiap malam okey je aku tidur tapi malam tadi serba tak kena dibuatnya ,sesekejap bergolek ke kiri , sekejap ke kanan , last last aku ajak Firdaus tidur dalam bilik. Suami aku dah tidur dulu, orang lelaki letak kepala atas bantal je terus tidur, mana nak ingat apa-apa sebab tu orang lelaki awet muda.kah kah kah

Cuaca agak panas dalam 3-4 hari kebelakangan ni memang menyusahkan  aku nak tidur, tapi itu bukan punca sebenarnya aku susah nak tidur, korang nak tahu punca sebenarnya, alah mesti korang akan gelakkan aku kalau aku bagitau , korang gelak siaplah  #silatakut. Citenya begini, petang semalam masa aku duk kat depan komputer, tiba-tiba je muncul sekor lipan dari belakang komputer #tanjat memon, sepantas lipas kudung aku melibas lipan tu mengunakan bulu ayam  berbulu kuning, tapi sayang seribu kali sayang libasan aku tak mengena tepat  pada sasaran, dengan pantasnya lipan itu menghilangkan diri hingga tak dapat dikesan sehingga entri  ni ditulis.Insiden pergelutan antara aku ngan lipan tu mengambil masa tidak sampai seminit. Detektif conan , adakah awak nampak kesan -kesan pergelutan disitu. Nak nampak apa bendanya , bayang kaki lipan pun tak de kat situ, ini bermakna lipan tu masih bernyawa ada kemungkinan besar lipan tu berada  kat kawasan komputer je, oh tidakkkkkkkkkkkk makkkkkkkk aku trauma ngan lipan.


Kenapa aku trauma ngan lipan, panjang citenya  tapi aku pendekkan ye. Citenya bermula begini pada tahun 1940an #pentipusangat 1992, masa tu aku keja kat United Plantatation Ulu Basir, duk kat rumah teres yang pihak estet sediakan. Rumah teresnya cantik banget, permandangannya hijau lagi permai, buat pengetahuan korang UP Ulu basir ni pernah masuk dalam Majalah 3 tahun pada tahun 1992 masa tu pengacaranya Azura abdul karim #gedekkannakbagitau. Duk kawasan estet kelapa sawit ni sejuk baget, bila cuaca sejuk banyaklah serangga yang suka melawat rumah   contohnya ulat gonggok dan lipan.



lipan yang aku nampak semalam tu panjangnya lebih kurang 6 cm, tak delah panjang cam lipan bara ni #propajekan


Berbalik cite asal, peristiwanya berlaku masa aku mengandungkan gula-gula hack, malam tu semua tidur kat ruang tamu bentang tilam besar.Tengah malam aku terasa cam ada benda berbulu  merayap-rayap kat belakang aku #otakjangankuningye. ohhh tidakkkkk aku terasa cam disengat serangga, terasa bisanya  merayap -rayap mula dari belakang bawak ketangan , dengan bingkas aku bangun melihat -lihat apa yang telah berlaku , rupa-rupanya aku telah disengat oleh lipan yang panjang lagi besar, almaklum kawasan rumah aku dulunya bekas hutan dah semestinya lipan kat sini jenis lipan hutan.

Dipendekkan cite, bisa tau kena gigit lipan , merayap-rayap bisanya, kalau orang tak tahan sakit boleh pengsan kat situ gak. The moral of the story , haiwan atau serangga yang ada kat muka bumi ni akan menyerang manusia bila rasa terancam atau diganggu je. Lipan tu menyengat sebab terkejut sangat kena himpit ngan badan aku, (buat pengetahuan umum berat aku masa tu baru 55kg) #sekarangcam gajah kwang kwang kwang. Betapa indahnya tinggal kat estet ni,hanya tuhan  saje yang tau,  hampir setiap hari aku dapat berkenalan ngan pelbagai jenis haiwan dan serangga, terutama ular senduk ngan ular sawa, sayang dorang ketat-ketat. Paling aku tak boleh lupa bila aku hampir disondol bafabifi hutan, gara -gara aku bizi body nak mengintai  bafabifi  tu , sapa suruh.


Okeylah jom kita buat rombongan pegi zoo , seumur hidup aku belum pernah pegi zoo negara kat KL tu. alamak terpecah rahsia plak : (


Wednesday, February 22, 2012

Aku , pokok kopi & pokok koko


Isi buah koko ni rasanya macam gabungan antara rasa masam dan manis
, jangan harap korang nak rasa coklat, sebab coklat tu dibuat daripada biji koko.


coklat dihasilkan dari biji koko-cara menghasilkan coklat peringkat demi peringkat sila google sendiri ye : )

kopi dihasilkan dari biji kopi-cara menghasilkan kopi peringkat demi peringkat sila google sendiri ye : )




Seingat aku masa zaman kanak-kanak, saat paling manis bila hari raya dapat balik kampung, family aku selalunya balik kampung hari raya kedua . Lazimnya setiap kali raya pertama family aku tak ke mana –mana ,kita orang semua sibuk menyediakan juadah untuk saudara mara dan jiran terdekat yang datang bertandang . Hari raya raya pertama aku ngan geng kamceng keliling kampung cari duit raya. Masa ni boleh naik tocang, arwah mak ngan ayah tengah cool tak suka marah anaklah katakan time raya.kui kui kui

Lebih kurang 2 -3 jam keliling kampung, aku ngan geng kamceng akan berkumpul di satu simpang, masing-masing tayang pendapatan terkumpul .kui kui kui. Pada masa tu orang kampung yang bagi seringit , dah dicop orang kaya, susah wei nak dapat seringgit, paling kuat pun 20sen. Perut tak usah cakaplah , naik kembung makan biskut raya ngan minum air sirap,cam mana tak kembung kalau pegi dekat nak 5 rumah dalam masa satu jam. Time tu paling kelakar ada rumah hidang biskut raya yang sama rasa , bezanya hanya pada bentuk dan kaler je .

Berbeza ngan Arwah mak , setiap kali raya dia suka buat biskut tradisional , contoh bangkit kacang hijau, kelapa waima semua jenis bangkit yang ada kat Malaysia ni, biskut batang buruk, maruku, dan beberapa biskut tradisional yang ada pada zaman tu. Dulu kalau tak penuh meja ngan biskut raya, tak raya namanya.kui kui kui. Sayang sangat , semua buku resepi biskut tradisional arwah mak tu tak tahu mana hilangnya. Aku suka biskut raya tradisonal dibanding biskut raya moden zaman sekarang.

Berbalik pada cerita duit raya, tujuan aku kumpul duit raya semata -mata nak beli tiket bas balik kampung. Kampung aku tak jauh mana, kat Kanchong Darat je, dekat ngan rumah Datuk Sidek, ni kampung arwah wan belah arwah ayah, kampung arwah mak aku kat kelanang . Dulu bukan masa raya je balik kampung , masa cuti sekolah pun aku ada balik. Paling seronok bila musim petik kopi ngan koko,aku ngan arwah abang minta kebenaran arwah wan petik kopi.Dapat upah wei petik kopi , upah kira setin minyak masak ,rega setin aku tak ingat plak. Habis petik kopi , bau badan masa tu tak usah cakap, bau ari je.Bukan petik kopi je , petik buah koko pun ada gak, sambil petik, kopak buah koko makan isinya, tedap.Pokok kopi , pokok koko hanya tinggal kenangan. Sedih !!! sekarang kampung dan rumah tu dah tak de kena mengena ngan hidup aku lagi.



Kenapa ye?, setiap kali kita mengingati kisah-kisah silam, setiap kali tulah kita akan ketawa dan senyum sorang-sorang .






Pesanan utk firuz aka MDT sila tinggalkan email.




Wednesday, January 18, 2012

Sensitifnya KFC hari ni

Kat opis aku dari semalam hingga ke tengahari tadi sana sini rakan opis menyebut KFC. Aku dengarkan je, malas nak ambik port. Ada beberapa rakan opis bagitau aku esok ada tauke pekerja kontrak nak belanja KFC sempena tahun baru cina . Aku anggukkan je, entahlah aku  susah sikit  nak percaya jika tuan punya badan yang nak belanja tu tak bagitau aku sendiri.

Selagi tak de black and white dari tuan punya badan mana mungkin aku buang air setempayan , bila dengar guruh dilangit . kah kah kah syyy jangan cakap ngan sesiapa kat opis aku ni orang yang berstatus mewah adalah orang yang paling mengelupur bila dengar khabar angin ada  orang  nak belanja makan .opsss ada yang terasa plak , bila  baca statement  ni.

Pegi opis hari ni aku tetap bawak bekal nasi, lauk kari ikan, sepat masin ngan sweet peas goreng , balance lauk malam tadi. Sesiapa yang nak tunggu KFC sila tunggu, aku tak de hal, yang aku tahu time lunch aku  dah ada bekalan makanan. Sedapnya makan tengahari tadi makan bekal sendiri. Sampai la ni batang hidung KFC pun aku tak nampak, ramalan ku benar belaka, kan aku dah kata
apa diharap padi seberang
entah berbuah entahkan tidak
entah dimakan pipit melayang
jangan diharap kasihnya seorang
entah dikenag entahkan tidak
entah hamba saja terbayang-bayang

Bila aku baca berulang kali pantun ni, aku pelik apa kaitan pantun ni ngan tak dapat makan KFC.kah kah kah


Berbalik kepada cite pelik, kadang -kadang aku pelik ngan sorang hamba Allah ni, dia memang makan yang halal je bercakap mengenai yang halal je, memang bertegas bab haram ni, tapi bila ada sorang ni kena nombor nak belanja dia makan, tup tup boleh plak makan duit hasil kena nombor.syyyyy itu ke yang orang panggil double standard : )

Aku ni tak suka sangat bercakap bab halal haram ni, tak suka kecoh, macam kita je sorang yang tahu halal haram, kalau rasa diri tu berani bercakap, berani jugak tanggung risiko.

Kepada sesiapa yang tak dapat makan KFC hari ni, silalah beli sendiri balik ni ye, murah je , nah aku bagikan link KFC, pilih je yang berkenan dihati.

Ya Allah ya tuhan aku , syukurlah ikan sepat masin ni ada, rasanya lagi sedap dari KFC kot, pendapat ni mewakili diri aku sendiri.kah kah kah . Tiba-tiba teringat ikan sepat masin masak lomak cili api buh nenas. maveles.

Ikan GT @Gerepoh sebelum


Ikan GT@ gerepoh selepas dimasak kari.kah kah kah



Semenjak dua menjak ni  aku gemar sangat ngan sweet peas campur kobis cina atau carrot  goreng ngan  isi ayam. Bukan aku je yang gemar, suami ngan Firdaus pun mengemarinya. Resepi esok ye, mak tengah bowing ni tak dapat makan KFC. huk huk huk sambil hentak kaki kat lantai, bukan mak tau , mak tengah ajuk dua ekor beruk mak yehhhhhh.




Jumpa lagi dilain hari dan waktu, ingat pesan orang tua-tua , mendengar guruh dilangit jangan air di tempayan, kolam tong besar dicurahkan.

Tuesday, January 3, 2012

gara-gara rohana jalili, raja ema, suliza salam, BPR, dan ramai lagi artis lama

Bos aku ni, bukan nak bagi salam sebelum masuk, terkejut boboy baru duk cari gambar rohana jalil nak wat entry : ), tiba-tiba je dia datang cari report plak. kasut orang lelaki ni tak berbunyi cam kasut orang pompuan, susah nak cam bila dorang sampai, tahu -tahu dah tercongok kat depan aku, nasib baik sempat lagi aku x kan, ada aku kesah, janji gambar Rohana Jalil dalam gengaman.

Malam tahun baru tu, orang lain duk countdown 2012 kat Shah Alam ngan KL, aku ngan Firdaus plak melayan you tube Juara lagu 1989, kelakar habis tengok artis pada masa masa tu, terutama bab rambut ngan kening tak boleh blah. Firdaus pun ketawa sekali , bukannya dia tahu sebab apa aku ketawa. Layan punya layan you tube sampailah celcom hantar message bagitau gig broadband habis, dorang suruh beli gig : )

Sebelum start juara lagu 1989 tu, satu persatu artis yang ke final, kena nyanyikan lagu masing-masing dibahagian chorus, tak menahan nengok awie kurus bebenor ngan kening tebal lagi, rohana jalil ngan Ramlah ram rambut kerinting habis, nassier wahab je maintain dulu hingga kini, tak berubah langsung : )




Dulu rambut Rohana Jalil kerinting , ikhlas dan jujur aku katakan , wajah dia dulu lagi cantik dari sekarang ni. Tua semulajadi nampak manis dan matang , dari muda yang dibikin : )



BPR

ni kumpulan rock gua minat forever. Tak pernah lepaskan peluang tengok dorang buat show kat funfair, funfair tu cakap slow skit, dulu funfair tu kira konsert besar-besaran tau : )




Malam tu aku layan sekali you tube suliza salam, suliza salam ni berkahwin ngan bekas suami Lydiawati Dato Zainal, dia ni salah sorang penyanyi yang aku minat selain dari Gaya zakri, kalau dengar dorang berdua ni nyanyi waktu malam memang syok. Nora pun aku minat gak, tapi nak buat cam mana kat Malaysia ni banyak pilih bulu , susah nak cari makan, kebanyakan orang Malaysia ni suka menilai penyanyi atau pelakon tu dari wajah berbanding bakat.





Sampai sekarang aku tak paham, macam manalah dolu-dolu, aku boleh jadikan si Raja Ema ni idola dalam berfesyen, aku minat sangat ngan kasut dia yang berlilit sampai ke pangkal betis. Bab rambut plak aku terikut -ikut Do do Cheng, ramos kat depan siap buh spray lagi, bukan ramos kak ros ye, ni ramos style artis hong kong cam maggie cheung salah seorang feveret artis aku selain dari Do do Cheng.

Pernah tak korang rasa seperti apa yang aku rasa? , bila mendengar lagu-lagu yang berkumandang masa kita belasan tahun, terasa kita kembali muda belia . kah kah kah

Kepada yang minat resepi kat blog ni, jangan risau tahun baru 2012 bukan tahun untuk berkemas dan buang sawang je, ini adalah tahun untuk aku lebih rajin memasak , membako , bagi resepi banyak-banyak, aku jelaskan sebab tadi marina ada suruh aku tambah 1 lagi whislist , kena perbanyakkan resepi.

Fara ada bertanya tentang bisness bakery yang tak de dalam senarai whislist, oo pasal bakeri tu rasa memang tak de dalam perancangan , aku membako kek ngan roti tu sekadar syok -syok sendiri sebenarnya. Bukak bakery tu kena tunggu sampai satu hari nanti aku boleh berdepan ngan orang ramai, sekarang ni aku masih malu-malu kucing
: )

Tuesday, December 6, 2011

Hati hiba mengenang ikan belanak

Salam hari selasa................


Rasa -rasa kalau buat tajuk novel tu okey tak?kui kui kui. Sabtu malam suami ke laut, balik petang minggu, balik tu dia bawak umpan sotong kurita, isi ikan mayong dan ikan kembung yang tak habis guna. Hasil tangkapan, dapat ikan belanak je , frust gak suami sebab dua minggu ni ke laut tak dapat hasil yang memuaskan hati. Aku tak kisah pun,ikan kecik ke ikan besau semua aku rembat .kah kah kah. Pada aku, yang penting suami selamat sampai kerumah.

Masa suami bagi kat tangan aku ikan belanak, suami ada tanya , samada aku pernah makan atau tak ikan tu. Rasa sesak nafas ni , dia tanya macam tu, tiba-tiba hati rasa hiba, ku usap-usap badan ikan belanak tu seperti mengusap kepala firdaus, keh keh keh , aku biarkan pertanyaan tu tergantung . Lepas siap goreng sotong atas arahan suami, aku ajak dia makan, aku duk sekali tapi tak makan. Dia nampak berselera dengan sotong goreng tu :~ )


Lepas suami habis makan , aku duk sembang dengan dia. . Aku bagi tau kat dia yang ikan belanak banyak meninggalkan memori indah dalam hidup aku, masa dulu arwah mak hanya mampu beli ikan belanak buat lauk bagi makan kami adik beradik. Masa tu ikan belanak tak mahal, rega lebih kurang RM4-5 sekilo je, tapi tau je lah , dulu RM4-5 tu besau nilainya. Sekarang ni kalau gi pasar, susah nak jumpa ikan belanak . Ikan belanak selalunya arwah mak goreng buat sambal, tak pun kuah asam tumis.

Ada sesetengah orang tak suka nak mengenang keperitan dan kepayahan hidup masa lampau, ada jugak yang kuburkan terus kenangan keperitan dan kepayahan tu. Aku lain, pada aku setiap detik keperitan dan kepayahan hidup masa lampau adalah memori yang paling indah dalam hidup aku, setiap detik tu akan aku kenang hingga keakhir hayat InsyaAllah.Entahlah aku pun tak tahu kenapa ?, setiap kali mengenang masa lalu bersama keluarga tersayang , yang dah lama pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya, setiap kali tu lah hati aku jadi riang ria di hari raya. kah kah kah. Pendapat aku lah kan, apalah guna wang ringgit berjuta-juta, harta menimbun-nimbun, sekiranya tak dapat membahagiakan orang yang kita sayang : (



Ikan belanak, ikan yang banyak meninggalkan memori terindah bersama keluarga tersayang yang dah pergi buat selama-lamanya.



ikan kembung , sotong biasa dan sotong kurita.




Sotong goreng tepung



Buat geli-geli cicah ngan sos cili.




Air peberet Firdaus teh bunga , selain dari air ribena . Aku ambik gambar dia, sambil dia sedut teh bunga ,dia nyanyi nyanyi ngan joget sekali ,aku amat amati nyanyian dia, ingatkan nyanyi lagu apa, rupanya "JANGAN JADI KELDAI DADAH" ulang banyak kali. Sabau je lah budak ni , pengaruh tv lah tu : )

Ada setengah -setengah iklan tv yang tak masuk akal langsung, jenuh pulak aku nak menjawab dengan Firdaus , budak-budak sekarang ni semua cerdik -cerdik belaka.

Tuesday, November 22, 2011

Tangan emas vs tangan tak berbedung

Salam selasa...............



Mata ngantuk pagi ni sebab malam tadi tidur lambat. Pagi ni baca harian metro , kak limah beli, muka depan gambar pasukan Harimau Muda, aku dah agak dah , hari ni muka depan semua suratkhabar mesti cite pasal kejayaan Malaysia(harimau muda) menewaskan Indonesia malam tadi. Orang kita ni kalau memuji lebih -lebih , Khairul fahmi dikatakan bertangan emas, itu time menang , time kalah tangan emas bertukar jadi tangan tak berbedung.kah kah kah .Atitude orang kita ,memuji berlebih-lebihan  bila suka, dikutuk , dikeji bila dah tak suka. ciankan..............

kalah menang kenalah sokong , ye dak?


Tonton bola sambil kudap pop corn , tedap. Aku suka makan pop corn pop yeh yeh, petang semalam aku beli 4 bungkus, sebungkus 30sen.







korang rasa tangan yang buh pop corn ni berbedung tak?hampehhh 4 bungkus pop corn sekarang ni, bersamaan ngan sebungkus pop corn tahun 70an-80an.kah kah kah . erkkkk  kenyang angin, sebab  penuh angin dari pop corn, nak buat cam mana, dah suka , sikit pun terpaksa beli. Bila cam ni mula lah terasa nak kembali ke zaman 70an.hua hua hua



Syabas dan tahniah pada pasukan Malaysia (Harimau muda) kerana berjaya membuatkan  suami aku menitiskan air mata.Susah nak nengok orang lelaki menangis, serius aku terharu .Katanya suami, malam tadi , hari yang paling dia gembira.

Friday, November 11, 2011

cerita-cerita lucu sepanjang minggu

Salam hari Jumaat.................

CERITA PERTAMA

Sepanjang minggu ni ada cerita lucu bersama anak-anak aku nak kongsi kat sini. Sabtu lepas , lepas gi bagan lalang yuyi ajak nengok wayang cite Tower Heist.Last sekali aku masuk panggung tahun 2004, lamakan...Sabtu tu Firdaus kira first time.Yuyi ngan anak lelaki besar tu hampir setiap hujung minggu nengok wayang, marathon lagi.





Maaf gambar tak memuaskan, kui kui kui.Kat dalam panggung nak pecah perut aku ketawa, bukan sebab cite tu, tapi sebab firdaus. Oleh kerana first time masuk panggung , dia bercakap cam kat umah sendiri.Dia duk sebelah yuyi. Salah satu percakapan dia yang buat satu panggung gelak sekali .

Firdaus : akak ! boleh tukar chanel kartun tak?

Yuyi : Adik , Syyyyyyyyyyy cakap slow slow , nanti pukul 11.30, kita tengok cite kartun ye.

Firdaus : Mak ! yeah yeah akak janji nak tengok cite kartun lepas ni.

Aku & yuyi : syyyyyyyyyyyyyyyyyyyy cakap slow slow, nanti org dengar





CERITA KEDUA

Kalau balik kat umah arwah ayah, anak-anak aku ni mesti nak main tikam. Last main tikam bulan posa hari tu.

Aku tegur yuyi , "tak baik main tikam , dosa". "alah mak, kita bukan nak duit, saja nak ingat masa kecik, cam best je masa tu main tikam".statement tak boleh blah.

Harap maaf gambar kurang memuaskan sebab bateri low, bak kata anak lelaki aku, time yuyi  gambar gelap main tikam dosa , kah kah statement tak boleh .



Mulanya yang anak lelaki pegi dulu, bawak modal RM5/, aku ngan yg lain tunggu dalam kereta.



Lepas tu berdedai keluar. Bila orang kedai tu nampak aku ambik gambar, dia siap warning anak aku. Tak menahan aku nak gelak bila yuyi  cakap "mak ,  orang kedai tu takut,polis tangkap kalau jual tikam". "kenapa, mak ni cam polis ke?, kah kah kah



Bak kata anak lelaki, time dia gambar terang,  sebab tak dosa.kui kui kui.cian Firdaus  first time main tikam.



menang keropok ngan air kotak je.apasal plak kepala firdaus nampak separuh je........kui kui kui



excited tu......bersama hadiah........



ini pun hadiah gak.

Yuyi gelakkan aku sebab buat kuiz bangang

Aku : ko teka kenapa keropok ni panggil tam tam, kalau betul mak bagi RM5 (cam nak bodoh-bodohkan anak sendiri konon).

Anak lelaki : alah mak, senang tu, tam tam sebab keropok ketam, ada gambar ketam lagi.

Aku: kah kah , la ingatkan ko tak boleh tangkap.nah ambik RM5ni.

Anak lelaki : mak , lenkali jangan suka -suka buat kuiz, ni baru RM5, kalau RM50 cam mana, fis rembat je.kah kah kah



Sekianlah saja cerita-cerita lucu sepanjang minggu ni bersama anak-anak.Kalau dah lucu tak tahu nak gelak.Ketawalah sikit.kui kui kui.

Saturday, October 29, 2011

Roti jenama dan tak berjenama.Roti tak berjenama masih ada pengemar

Salam hari sabtu............................

Hari ni aku nak cite pasal roti. Kat Malaysia ni berlambak jenama roti macam cendawan tumbuh selepas hujan, tapi masih ramai lagi yang memilih roti tak berjenama , termasuk aku. Kalau diberi pilihan bun cream roll & inti berjenama aku pilih tak berjenama, sebab intinya sedap dan creamnya mewah dan banyak, puas makan.

Memanglah cara pembuatan roti tak berjenama diragui dari segi kebersihan dan satus, sebab kebanyakkannya dihasilkan dari kilang yang tak diiktiraf, tapi tak kira nak gak.Roti putih tak berjenama terbaek lembut, kalau dicicah kopi sedap. Semalam aku terlaser ngan kawan opis R&D Italian baker yang menghasilkan roti massimo, boleh plak aku suruh dia tiru cam roti tak berjenama tu. Hambik ko, siap dia jeling,sengih -sengih pada aku.


Kat Port Klang ni ada satu tempat yang menghasilkan roti tak berjenama, ujud dari aku belum lahir lagi, tauke roti tu plak dari dulu beli tepung gandum dari kilang tempat keja , roti dia jadi pilihan aku forever.

Jeng jeng ni lah bun cream roll kaya majerin.sedap.


Bun kaya dia pun sedap, murah plak.





Firdaus menunjukkan cara yang betul makan roti.kui kui kui.nakal dia ni.



Ngap , nyum nyum sedap


jom tengok breakfast yang aku buat pagi semalam.Senang, mudah dan cepat sesuai tuk isteri yang bekerja tapi masih nak jadi isteri mithali cam aku.kui kui kui.jangan marah.


Roti gardenia-maaf menderhaka kat massimo.kah kah kah


Campurkan dalam mangkuk kecik, 1 labu bawang besar dipotong dadu, sedikit kicap cair, mix herb(kalau tak de pun tak pe) ngan black pepper.



Curahkan dan 4 biji telur yang sudah dikacau kedalam campuran tadi .


Aku guna tuna mayonise, kalau suka boleh gak tukar sardin( prepare cam kita buh dalam sandwich roti).

1)Lengserkan tray pembakar ngan majerin
2)Sapu permukaan roti ngan majerin/butter
3)sapu tuna mayonis atas permukaan roti tadi .
4)lipat dua, kemudian celup ke dalam bancuhan telur tadi(kalau bawang tak melekat kat roti , masa bako , tepek je bawang tu kat atas roti).susun atas tray sedia tuk dibakar.



Bakar dalam suhu 170 celcius, api atas bawah selama 25 minit-tengok kesesuaian oven sendiri ye.Kalau rasa nak balikkan roti , dipersilakan ye.Masa roti tengah dibako tu, pegilah mandi atau buat keja apa yg patut, kan jimat masa.


Jeng jeng roti tuna bako dah siap, sedia tuk dihidang .Abaikan roti yang ala ala garing sangat tu. kui kui kui


Sebelum berundur, rakan-rakan semua sudi-sudikanlah , tepek , kongsi resepi tuk pembaca dipage masakan air tangan bonda ye.Kalau baik hati tekan like je.kui kui kui silalah ye...............Terima kasih.


Tuesday, September 27, 2011

Reunion, KFC

Salam hari selasa.................


Apa khabar atuk, nenek, pakcik, makcik , adik, akak ngan abang semua? Cam mana mood pagi ni? okey tak? aku okey je petang semalam je k.o, ada sorang makhluk cifinafa buat aku marah sampai tak hengat, pasal apa lepas lunch cite ye, tak nak spoil mood pagi nan indah ni .

Berbalik ke agenda asal, nak cite pasal salah satu makanan peberet Firdaus ayam goreng KFC. Cadangnya nak makan seafood, oleh kerana suami dah terlepas cakap nak makan KFC kat Firdaus, sepanjang hari dia ingatkan aku suruh bawak dia gi KFC.


jangan ada yang berani nak gigit jejari gebus tu tu,silap-silap kena tumbuk. Aku dah kena , sebab tu aku pesan awal-awal.


wajah-wajah gembira dapat makan ayam goreng KFC.



Aku tak berapa berkenan ngan air gas, selalunya aku ambik air mineral atau minuman panas. Tak tahanlah minum air gas terutama kat restoran fast food cam ni tangkap dada je aku rasa. Kalau minum pun tak sampai separuh cup .



Firdaus makan nasi ayam , biasalah nasi ayam versi sambalnya tetap cili sos dalam botol.



nasi ayam ada sup dia pun nak bersup. rasa sup cam ehem ehem ehem.



kentang cheese , nama apa yek,aku lupa plak.


tersalah order plak, jangkanya nak order yang dua ketul snack plate, cokik je lah.


Habis makan kat mana-mana tempat makan , jarang aku nak lepak lama, hari tu plak rasa nak sembang -sembang ngan suami.

Aku : awak tahu tak saya first time makan ayam KFC masa form five, awak plak bila?

suami : samalah , first time form five , lepas tu belajar skit -skit makan kat A&W.

Aku : Selalu dengar kawan hostel cakap ayam KFC tu sedap. Hari minggu kebetulan keluar hostel berkumpulan gi rumah kawan kat bangi , lalu depan KFC jalan taiping klang, masa tulah kawan pujuk makan. KFC . KFC punya pasal saya tibai yuran asrama.first time makan memang menjilat jari. tinggal tulang je.

suami : cam sedap sangatkan first time makan, cuba sekarang cam tak heran dah.

Aku : KFC punya pasal , tak bayar yuran. sijil SPM kena gantung. tak pedulik janji dapat makan.

suami : saya pernah keja part time kat KFC tu.

Aku : ye ke, saya part time keja kilang je. budak sekarang untungkan kecik lagi dapat makan KFC.


cam ni baru reunion refresh kisah -dolu-dolu. Lenkali aku nak reunion ngan suami je lah. Ada gak orang yang tak suka nak ingat balik kisah dolu-dolu terutama kisah duka boleh menyesakkan dada katanya. Aku lain plak setiap kali mengingati kisah dolu-dolu, mood happy je sepanjang hari , otak plak rasa cergas..

Alangkah bahagianya kalau masa boleh berputar , aku nak gi ke zaman silam , tak kisahlah biarpun zaman tu aku hidup susah. Aku dah rindu sangat ngan arwah mak, abang , ngan adik -adik.Terlalu rindu hingga dorang masuk dalam mimpi aku semalam.


baik korang cakap bila start korang makan ayam KFC? kalau tidak jangan harap dapat main batu seremban ngan aku.



status tuan blog blog : mood ; happy


1)  Angelina Jolie sebut blog ni dalam twitter- Gedek jangan jeles , ingat yuna je makcik ada angelina jolielah.


2)  Nopija bagi sibeniar key chain dari Labuan.Thanks nopija.

Tuesday, August 9, 2011

Tempat jatuh lagi di kenang

Salam Ramadhan...............


Sebenarnya pagi ni aku nak tepek gambar juadah sahur subuh tadi, tak jadi plak bila teringat gambar petang semalam kat pasar Ramadhan tempat aku dan anak-anak membesar.

Aku rasa cam special sangat gambar ni. Bukan cantik tapi ntah , gambar ni cam kenangan aku dan anak-anak.




Gedek courier sevices jangan pernah rasa tercabar.

Anak lelaki aku meninjau-ninjau juadah berbuka puasa. Dalam hati ada taman, sambil meninjau sekali awek -awek cun.



Kalau nak makan murtabak, aku akan setia mencari pakcik ni. Kena beratur , siapa cepat dia dapat.



Yuyi tercengang kenapa plak?

Anak-anak aku suka ngan pasar Ramadhan ni sebab banyak orang tempatan. Padang belakang tu arwah adik selalu main bola ngan kawan-kawan.

Lepas beli juadah berbuka, yuyi teringat nak main tikam. Kami pegi ke kedai Apek. Time aku kecik kedai apek ni kedai papan. Time Yuyi dah besar kedai Apek tukar flat.




Depan kedai apek ada longkang kecik, yuyi pernah jatuh kat situ, dahi dia berparut sampai sekarang. Aku cakap ngan yuyi "tak baik beli tikam, dosa." yuyi jawab "alah , ini nak ingat memori masa kecik." Anak lelaki beli tikam RM4.



Kuil India di belakang tu dirasmikan oleh Datuk Samy Velu pada tahun 1982.

Bukak tikam dalam kereta , Terima kasih maksudnya tak dapat duit.



Ini maksudnya dapat 60 sen. Total semua kami dapat RM2.30. Lepas tu kami tukar ngan air kotak teh bunga.



Riang ria dapat air kotak teh bunga.

Kemudian lalu sekumpulan budak remaja perempuan , aku pelik.

Aku tanya yuyi "sekarang mak tengok banyak budak perempuan yang suka pakai eye liner cam Amy winehouse kan."

"alahhh, cuba mak tanya lagu Amy winehouse yang dorang tahu,"statement tak boleh blah yuyi.



Tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi tempat main tikam...



Jumpa lagi..............di lain waktu.




Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina