Selagi tak de black and white dari tuan punya badan mana mungkin aku buang air setempayan , bila dengar guruh dilangit . kah kah kah syyy jangan cakap ngan sesiapa kat opis aku ni orang yang berstatus mewah adalah orang yang paling mengelupur bila dengar khabar angin ada orang nak belanja makan .opsss ada yang terasa plak , bila baca statement ni.
Pegi opis hari ni aku tetap bawak bekal nasi, lauk kari ikan, sepat masin ngan sweet peas goreng , balance lauk malam tadi. Sesiapa yang nak tunggu KFC sila tunggu, aku tak de hal, yang aku tahu time lunch aku dah ada bekalan makanan. Sedapnya makan tengahari tadi makan bekal sendiri. Sampai la ni batang hidung KFC pun aku tak nampak, ramalan ku benar belaka, kan aku dah kata
apa diharap padi seberang
entah berbuah entahkan tidak
entah dimakan pipit melayang
jangan diharap kasihnya seorang
entah dikenag entahkan tidak
entah hamba saja terbayang-bayang
Bila aku baca berulang kali pantun ni, aku pelik apa kaitan pantun ni ngan tak dapat makan KFC.kah kah kah
Berbalik kepada cite pelik, kadang -kadang aku pelik ngan sorang hamba Allah ni, dia memang makan yang halal je bercakap mengenai yang halal je, memang bertegas bab haram ni, tapi bila ada sorang ni kena nombor nak belanja dia makan, tup tup boleh plak makan duit hasil kena nombor.syyyyy itu ke yang orang panggil double standard : )
Aku ni tak suka sangat bercakap bab halal haram ni, tak suka kecoh, macam kita je sorang yang tahu halal haram, kalau rasa diri tu berani bercakap, berani jugak tanggung risiko.
Kepada sesiapa yang tak dapat makan KFC hari ni, silalah beli sendiri balik ni ye, murah je , nah aku bagikan link KFC, pilih je yang berkenan dihati.
Ya Allah ya tuhan aku , syukurlah ikan sepat masin ni ada, rasanya lagi sedap dari KFC kot, pendapat ni mewakili diri aku sendiri.kah kah kah . Tiba-tiba teringat ikan sepat masin masak lomak cili api buh nenas. maveles.
Ikan GT @Gerepoh sebelum
Ikan GT@ gerepoh selepas dimasak kari.kah kah kah
Semenjak dua menjak ni aku gemar sangat ngan sweet peas campur kobis cina atau carrot goreng ngan isi ayam. Bukan aku je yang gemar, suami ngan Firdaus pun mengemarinya. Resepi esok ye, mak tengah bowing ni tak dapat makan KFC. huk huk huk sambil hentak kaki kat lantai, bukan mak tau , mak tengah ajuk dua ekor beruk mak yehhhhhh.
Jumpa lagi dilain hari dan waktu, ingat pesan orang tua-tua , mendengar guruh dilangit jangan air di tempayan, kolam tong besar dicurahkan.