ahhhh persetankan sotong tu, seronoknya petang semalam, bawak Firdaus naik komuter sampai Port Klang, lepas tu ambik teksi pegi JJ Bukit Tinggi , konon nak cari baju basahan Firdaus kat Billion je, hambekk ko menyasau sampai ke JJ . Dah sampai JJ, tak sah tak ke 3 tempat ni, Lavender bakery, Penang nyonya ngan The body shop. kenapa aku pegi the body shop? nanti aku cite ye.........

Budak kecik umur 7 tahun boleh duk kat tempat pink kan ? Budak -budak kalau dapat naik komuter , seronok tak henggat dunia.

Add: Penang Nyonya @ AEON Bukit Tinggi Shopping Centre
1 Persiaran Batu Nilam 1/KS6, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang
Tel: +603 3326 2686

siabang : acik , anak acik ni darjah berapa? nama sapa?
Aku : darjah satu, nama dia Firdaus
belum sempat aku tanya dia
si abang : abang darjah dua, sekolah La Salle klang.
Aku : ooo ye ke
siabang : acik , firdaus tau angry bird tak?(sambil keluarkan dari dalam plastik selipar angry bird, tunjuk kat aku)
Aku : alah cian firdaus , dia tak tahu angry bird.Angry bird tu game kan?Firdaus main games kat facebook je.
siabang : abang tak main games kat facebook, abang ada facebook, mama yang buat.
Aku : bestlah abang ada facebook
siabang : acik , ayah firdaus tak ikut ke?
Aku : ayah Firdaus kat laut, pancing ikan
siabang : ayah abang tak de kat sini, ayah keja kat Indonesia
Perbualan ni panjang sangat , aku stop kat sini je, kitaorang happy sangat jumpa siabang ngan adik yang comel , keletah dan cerdek tu.

Semenjak pandai bergaya ni, pantang aku ambik gambar macam-macam aksi dia buat.
Lepas beli seluar baju basahan Firdaus, aku bawak dia main-main kat kids zone. Seronoklah dia dapat bergolek berguling atas bola-bola tu.


Nampak tak Firdaus sedang bersuka ria ngan anak cifinafa yang berskirt kotak-kotak merah hitam?dorang berdua okey, steady je , mak ayah budak cifinafa tu plak over the river, RM2/30 minit ,bajet anak tak boleh kena hempap, bawak je anak ko duk diam-diam kat rumah, tak pun pegi je private kid zone yang bayo mahal ,habis cite.

Masa nak balik,sanggup aku beratur panjang demi kerana nak beli roti kat Lavender bakery, beratur pun beraturlah, janji dapat makan roti sedap. Hari ni Firdaus bawak bekal donut ngan egg tart, beli kat lavender , esok baru boleh bawak bekal nasi.