Tuesday, January 31, 2012

Aruan tasik , ikan laut bukan tasik ye : )

Semalam petang balik keja aku terus singgah Mydin beli bahan -bahan tuk perap ikan, tengah nak bayo, yuyi call , katanya nak datang rumah hantar barang. Jahat aku siap warning dia, "datang hantar barang je, makan tak de ye".Mana taknya selalu dia datang hujung minggu, time hari bekerja cam ni biasanya aku masak lambat, risau plak dia nak balik cepat, nanti tak sempat makan.

Masa Yuyi sampai aku tengah nak grill ikan Aruan Tasik dalam oven , aku tak bagi dia balik dulu, ajak makan sekali ,aku ajak -ajak ayam je tak sangka plak dia nak. Kalau dia baca statement ni harus terbako.kui kui kui . Dia ni kalau aku yang masak , tak pernahlah nak tolak, pegi luar pun Malaysia masih ingat masakan aku, dia ni macam budak tengah menyusu badan pun ada opssss.


Jeng jeng nak tahu tak barang apa yuyi kasi? nak tahu bagi 20 sen.kui kui kui


*
*
*
*
*



Aku boleh tunjuk tali beg je, jenama bag tak boleh bagi tau, takut yuyi cop aku gedek/poyo dan perkataan yang seumpama dengannya, mulut dia boleh tahan gak poka cam AA pun ada. Yuyi ni banyak pantang larang, jadi aku haruslah menjaganya, kalau tidak tak dapat lagi bag.kui kui kui. Nak ambik gambar beg ni pun aku tunggu dia blahhh. Cuma aku boleh bagi tau, beg ni terbaek dari ladang, baru diterbangkan dari negara 14 jam duk kapalterbang , itu kalau dari Malaysia, kalau dari India , Uganda atau negara-negara lain korang cari sendirilah ye. Oleh kerana nak membalas budi dia bagi bag, itu yang aku ajak dia makan sekali .larikkkkkkk



Bahan untuk memerap pastikan yang halal, jangan main-main sekarang ni kalau tak de halalan ,kang kecoh plak dalam facebook opssss

1)kisar kering cili masak , bawang putih & merah & serai
2)sedikit kicap cair & sos tiram
3)sedikit madu
4)sedikit black pepper atau lada sulah
5)perahan lemon , kalau tak de lemon bantai je apa saja limau yang korang ada.
6) hirisan dari 5 helai daun limau purut
7)sedikit minyak bijan


Ikan Aruan Tasik adalah sejenis ikan laut banyak dipersisiran pantai.

Perap/gaul ikan Aruan tasik dengan bahan -bahan di atas, ingat gaul dengan penuh kemesraan ye guna tangan, kalau tidak tak sedap. Aku cakap seriuslah ingat main-main ke, nak sedap lagi perap semalaman supaya semua bahan perapan tadi masuk ke dalam isi ikan . Setelah kemesraan terjalin antara ikan Aruan Tasik ngan bahan perapan tadi, masukkan ia ke dalam oven bakar selama 30 minit guna suhu 200 darjah celcius api atas bawah .Selamat mencuba



Budak 14jam duk dalam kapalterbang , kalau tak mengedek ngan ikan Aruan Tasik aku, boleh tak?tak pe dia gedek ngan aku je. Nampak tak muka Firdaus yang ketakutan plus kegelian, lupa plak nak suruh dia senyum sampai ke pangkal telinga, ini dah boleh merosakkan reputasi aku punya blog.kui kui kui okey lupa nak bagi tau nak nampak kesan khas cantik molek kat ikan Aruan tasik grill , aku buh belahan tomato ceri, kalau suka boleh follow ye : )



Menu petang tu ikan Aruan Tasik Grill, Goreng kobis ngan carrot, aku buat sos pencicah ikan grill, lebih kurang sama ngan sos cili nasi hainan.





Jumpa lagi dilain hari dan waktu, Agenda aku lepas ni bawak Firdaus jumpa doktor ,lepas jumpa doktor , jalan-jalan cuci mata. Bahagianya rasa sehari tak padang muka chayanunalif muka empat segi tu : ) nampak tak betapa lebarnya senyuman aku hari ni.kui kui kui.opsss hampir terlupa nak bagi tau , korang tau tak jiwa ragaku bagaikan terasa-rasa, ada sotong yang tak senang duduk cam kera kena belacan bila nampak beg obersea aku tu. Jangan marah ye sotong , aweksss ko tak de beg cam tu kan?, bak kata yuyi, "tak sesuai tau kawan mak cam tu",opssss apasal lepas AA taubat aku plak menjangkit ni, sisotong tu yang banyak mengajar aku jadi cam ni.


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina