Sunday, January 15, 2012

Fruity Bakery & cafe , kedai tomyam- jalan hujung minggu sambil makan -makan


Salam hujung minggu.............


Panasnya cuaca hari ni, aku duk berulang ke esbok je minum air sejuk , laku betul air sejuk time cam ni. Malam tadi aku ngan Firdaus tidur rumah yuyi, bila si busyuk suami pegi mancing, malam senin baru balik, bila dia tak de, aku malas sikit tidur kat rumah. Petang tu sebelum balik rumah yuyi, aku temankan dia beli hadiah tuk besday kawan dia kat Jaya Jusco Bukit tinggi. Ternampak kedai asam, teringat plak suami aku yang gila makan asam tu., aku belikan lah  dia asam jambu ngan kiwi sikit , sempat lah  jugak   aku  hantarkan   asam tu ke pengkalan sebelum dia kelaut pukul 10.30 malam. Balik dari pengkalan, yuyi ajak aku ngan Firdaus makan kat kedai tomyam kat area rumah dia. Dah lama rasanya tak makan seafood kedai melayu , last sekali makan kat bagan lalang .

Jom layan gambar................

Yuyi ngan gula-gula hack dah biasa makan kedai ni, dia kata reganya berbaloi berbanding ngan area rumah aku. Kedainya boleh tahan cantik, yang penting berseh, lepas makan sempat lagi anak-anak aku posing kat tangga.


Lauk pauk, ikan siakap stim asam, kerabu sotong, kailan goreng ikan masin ngan tomyam seafood. First time aku nengok tomyam seafood ada buh ikan ,ingatkan aku sorang je masak tomyam buh ikan : )


Tengahari tadi, Sebelum yuyi hantar aku balik ke rumah, dia ajak singgah makan kat Fruity dulu katanya nak makan buat alas perut. Fruity ni tempat makan peberet kita orang kini dan selama-lamanya.

Jom layan makan untuk alas perut konon : )

American cheese cake konon, tedap ngan croissant tuna(Firdaus ngan yuyi punya)

Gula-gula hack tak nak makan, katanya dah kenyang, aku paksa gak dia makan dua ketul donut , aku ingat lagi masa kecik dia memang suka makan donut. Yuyi tamak, dia ingat croissant tu ciput, makan tak boleh kenyang, dia tambah order lasagna, hambekkk ko menyiarap nak menghabiskan, last sekali lasagna tu kena bungkus bawak balik.

Sesiapa yang nak singgah, alamatnya seperti dibawah ni :-

Address:
Fruity bakery @ cafe
Fruity Cake Sdn Bhd,
No. 107, Lebuh Turi,
Off Persiaran Raja Muda Musa,
Taman Chi Liung,
41200 Klang, Selangor
Tel: 03-33731071 (Hunting line)

Branch:
Maju Junction Mall,
K02, Lower Ground Floor, 1001,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-26925813



Tengah cuaca panas ni tekak 24 jam nak minum air sejuk, macamlah minum air sejuk tu boleh hilangkan panas. Air tebu ni  beli   kat area rumah aku.Fresh gitu , air tebu hasil dari perahan tebu yang ditanam sendiri kat sekeliling tempat tu. Dia bukan setakat jual air tebu je, keladi , pisang , ubi , kerepek buatan sendiri, daun ulam, sayur kampung semua ada..


okeylah sampai sini je, aku belum masak lagi ni, setiap hari naik bodoh bila fikir pasal masak, rasanya nak masak nasi ayam hainan lah tuk makan malam ni, senang sikit.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina