Friday, January 27, 2012

Mee kuning produk orang melayu, halal

Aku suka bihun goreng berbanding mee goreng, tengok situasi jugaklah, kalau mee goreng tu masih panas aku layan gak, tak suka bukan bermakna tak makan : ). Cuti tahun baru cina hari tu aku tidur rumah yuyi, aku goreng mee tuk sarapan pagi , yuyi nak beli je, aku yang tak bagi , tengah free lagi best masak sendiri daripada beli, lagilah kalau nak beli dari bangsa asing, aku kureng sikit.

Aku saja nak bagitau, mee yang aku goreng ni produk orang melayu ye HALAL, bukan apa takut jadi pertikaian plak. Jangan marah dengan statement aku ni, selalu aku cermin diri dulu sebelum nak menegur atau nak bertanya status halal dan hukum syarak, cam ni lah contohnya "ko nak tegur orang tak sembahyang , pada aku tak salah ko menegur, tapi apa kejadahnya ko sibuk nak tegur orang, dalam masa yang sama ko tak bertudung , janggal sangatkan molek kalau ko baiki diri sendiri sebelum menegur orang lain, tak de lah orang yang kena tegur tu pandang ko atas bawah" seperti ketam mengajar anaknya berjalan  betul" detik hatinya. "mak , agak mendalam maksudnya disitu" bak kata yuyi

Buat pengetahuan semua pekerjaan aku tak de terbabit langsung ngan tepung , roti , minyak dan apa saja produk yang menjadi pertikaian di facebook tu, kalau nak bertanya , sila pastikan soalan kamu tu berkisar kepada makanan haiwan di bawah

Ayam
itik
lembu
arnab
burung puyuh
kambing


Okey habis ye peace no war, lenkali tak payah nak ambik tahu sangat benda yang tak mendatangkan hasil tu, kalau rasa nak makan yang halal je, sila tanam ubi kayu atau segala sayur mayur kat sekeliling rumah, bela sendiri ayam itik, InsyaAllah halal : ) tak minatlah  orang tanya soalan yang bukan sepatutnya aku yang kena  jawap , lainlah  syarikat aku bekerja ni bagi aku RM20,000 sebulan jadi jurucakap produk , rela aku jadi mangsa kritikan dan hentaman orang.kah kah kah


Jom goreng mee basah

Bahan-bahan

Basuh dulu mee kuning , kemudian tuskan, (tips mengelak mee goreng kamu menjadi kering)
siang seikat sawi, cuci beseh dan tuskan
2 keping dada ayam , cuci berseh kemudian hiris
sedikit taugeh- tak suka taugeh , boleh tukar sayur lain
sos tiram
kicap kipas udang -lemak manis
5 tangkai cili kering kisar ngan 3 ulas bawang putih dan 4 ulas bawang merah

Garam tak diperlukan ketika mengoreng mee sebab sos tiram ngan kicap dah cukup memberi kesan masin pada mee.kah kah kah

Trade rumah yuyi kuali hitam tu .kah kah kah

cara-cara membuatnya

1)Tumis cili kisar hingga pecah minyak
2)Masukkan hirisan isi ayam-kacau hingga separuh masak
3)Masukkan sawi-kacau dan kaup balik
4)Masukkan mee kuning -kacau sekata,
5)masukkan kicap ngan sos tiram,rasa ikut citarasa sendiri
6)Last sekali masukkan taugeh, kacau sekejap kemudian angkat sedia dihidang.






-KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAN ADALAH MILIK SETIAP INSAN-
~~BERBAHAGIALAH DENGAN APA YANG ADA DIDEPAN MATA~~~

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina