: )
Masa melayan dia makan nasi, aku ngan suami duk tanya-tanya hal sekolah
Abaikan panggilan Firdaus tu sebab aku memang memanggil Firdaus ngan Firdaus dan firdaus plak bahasa kan diri dia Firdaus.
Aku : Semalam cam mana kat sekolah best tak?
Firdaus : best , ramai kawan.
Aku : masa rehat Firdaus duk mana? Firdaus tunggu ayah datang ke ?
Firdaus terus bangun bercakap gaya penceramah bebas : mak tahu tak? beli nasi kena duit, duit duit tau?
Aku : Firdaus nak beli nasi ke?
Firdaus : Firdaus beratur tunggu orang tu bagi nasi, nasib baik kawan firdaus cakap kalau nak nasi kena ada duit?
Aku : lepas tu Firdaus buat apa?
Firdaus : Firdaus pahamlah, tak de duit, firdaus tak beratur , firdaus terus duduk kat kerusi, lepas tu ayah datang bawak roti.
Aku : Firdaus pukul 3 petang kena makan roti je, sebelum pegi sekolah firdaus dah makan nasi, tak boleh banyak makan nasi, nanti terlampau kenyang, firdaus ngantuk dalam kelas.Firdaus paham?
Firdaus : faham, tak pelah lenkali firdaus makan roti je, tadi firdaus tak tahu, ingat dia bagi nasi tak payah duit.
Aku ngan suami berpandangan, cerita lucu ke cerita sedih ni ?
Semua anak-anak aku , masa dorang umur 7 tahun hingga 9 tahun aku tak pernah ajar guna duit waima pegi kedai beli barang pun aku tak pernah ajar, hinggalah dorang naik umur 10 tahun, barulah ajar sikit -sikit guna duit
Satu benda je pasal duit yang aku ajar, aku suruh dorang masukkan duit syiling kat dalam peti kayu. Suami jarang pakai duit syiling, seminggu sekali dia akan longokkan duit syiling kat atas lemari, Firdaus tukang kutip masukkan dalam peti kayu. Paling tak boleh blah bila dia kaut syiling dalam aku punya handbag , masa tu dia baru berjinak-jinak kumpul duit syiling : )
Perbualan lucu mengenai peti kayu di suatu hari kat meja makan
Suami : Firdaus , ayah ni bukan orang senang , harta pun tak de, kalau Firdaus nak senang, belajar rajin-rajin ye.
Firdaus : sapa cakap kita tak de harta ?
Suami : ayahlah yang cakap ngan Firdaus.
Firdaus : mak ngan ayah , jom ikut Firdaus .
aku ngan suami pun ikut firdaus masuk bilik.
Firdaus sambil menunjuk ke arah peti kayu : tu kan harta kita.
berdekah -dekah aku ngan suami ketawa.
Aku saja mengusik : Firdaus kalau mak susah boleh tak pinjam duit firdaus dalam peti kayu tu
Firdaus : boleh , mak ambiklah separuh, akak tak boleh pinjam.
akak merujuk pada yuyi
Aku : kenapa akak tak boleh pinjam?
Firdaus : akak kaya.
lagilah aku ngan suami ketawa berdekah-dekah
Wahai perompak di luar sana, janganlah buang masa masuk ke rumah aku, awal lagi aku nak bagi tau dalam rumah aku tak de harta yang berharga cuma ada peti kayu ni je.kah kah kah
Malam tadi semua tugas aku selesai , membalut buku aktiviti KSSR , isi surat kebenaran kelas bahasa arab, kad rekod pergigian ngan buku rekod suntik pelajar. Hari ni aku suruh suami serahkan semua tu kat guru kelas Firdaus. Semenjak yang 3 orang anak aku tu dah lama meninggalkan alam persekolahan , sistem pelajaran kat negara Malaysia ni dah banyak berubah, baru ku tahu tahun lepas bermula korikulum standard sekolah rendah KSSR yang sebelum ni korikulum baru sekolah rendah KBSR, kemudian naik taraf kepada korikulum bersepadu sekolah rendah KBSR
Betapa masa beredar terlalu pantas , teringat plak zaman aku sekolah belajar ilmu alam, kajian tempatan , sejarah parasmewara ngan hang tuah, betapa tahun silih berganti seiring ngan sistem pelajaran kat Malaysia ni menunjukkan perkembangan yang mengalakkan : )
Aku tak pedulik ngan semua tu , janji malam tadi aku dapat melepaskan gian ajar Firdaus bahasa Arab. Hampir 20 tahun lidah ni tak menyebut al lughotul arabiah ngan anta antum antumma anti antumma antunna ana nahnu..............memang aku polish habis malam tadi.
Bila di fikir balik menyesal plak menolak tawaran jawatan cik gu sekolah agama 16 tahun dulu, tapi nak buat cam mana keja cikgu ni bukan jiwa aku, ada pulak anak orang yang aku picit kalau jadi cikgu. Ingat mudah ke jadi cikgu, kalau tak punya tahap kesabaran yang tinggi .
Belajar bahasa arab tinggi ni bukan mudah, aku ingat lagi setiap kali ustaz atau ustazah bacakan buku feqah, ayat hadis, tarikh islam dan beberapa buku lagi dalam bahasa arab, aku dengar sambil tangan laju membariskan ayat yang dorang baca. Belajar bahasa arab tinggi , baris tak disediakan, cam mana nak baca, lainlah kalau kita ni memang berbangsa arab atau mahir berbahasa arab.Sampai sekarang mati hidup semula , aku tak percaya SRP aku boleh lulus bahasa arab.
last kopek, kalau ditulis dalam bentuk cam ni senanglah nak bacakan
Raja'a abii minal madinah,
Ishtaraa abii sayarah jadidah,
Sayarah soghir launuha hamra'
Sa'arkabu sayarah ilal madrasah..
Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Akan ku bawa kesekolah..
petikan dari iluv islam
Bersambung ........................