Pada pendapat aku yang tak berapa nak bijak ni, rasanya tak berapa elok dan molek sekiranya nak meraih pengunjung beribu-ribu ke blog kita ngan cara membuka aib orang. Kalau orang luar sana nak tahu cerita sebenar tentang Nur Amalina sila dapatkan Harian Metro hari ni. Aku ni bukan ada kena mengena pun ngan hidup Nur Amalina tu, tapi sebagai ibu yang mempunyai anak perempuan dah meningkat dewasa, serba sedikit aku tersentuh gak bila baca luahan hati ibu dia yang kesal ngan sikap orang luar yang tak habis-habis menyebar fitnah pasal anak dia.
Setakat berpakaian cam tu apalah sangat, aku mengaku , dulu aku bekas pelajar sekolah Agama, bila tamat sekolah , hati aku belum terbuka lagi nak bepakaian macam orang yang beraliran sekolah agama, bertudung litup, pakai pakaian menutup aurat. Setiap kali keluar rumah aku selesa berskirt pendek atas lutut , berbaju tanpa lengan ,cara bepakaian cam tu, bukan bermaksud ibu bapa aku tak tahu mendidik dan tak pernah menegur aku, teguran-teguran mereka tu selalunya aku simpan untuk kegunaan satu hari nanti : ), sebab aku dah berjanji ngan Allah SWT dan diri sendiri, satu hari bila dah berumahtangga aku akan berubah, ternyata aku dah buktikan walaupun tak sepenuhnya.
Pada pandangan aku yang tak berapa nak bijak ni, tepuk dada tanya selera , tanya diri kita , apa motip kita letakkan gambar Nur Amalina tu, sekiranya cara letak gambar tu pesyen kita menegur sikap orang ,pada pandangan aku itu bukan cara yang bijak dan baik , cam tu kita dah kira mengaibkan dia dan seluruh keluarga dia. Kalau rasa nak sangat menegur, pegilah jumpa dia sendiri, tegur cara berhadapan.
Kalau nak berblog kenalah berblog ngan jujur , ikhlas dan bertangunggjawab dengan apa yang kita tulis dalam blog kita. Kalau kita suka aibkan orang, jangan plak kita marah satu hari nanti kalau kita diaibkan : )
Hari ni aku tiba -tiba tension ngan sikap masyarakat yang suka cakap belakang-belakang, bila berhadapan kita, senyum sampai kepangkal telinga.