Company aku bekerja ni setiap kali tahun baru, bulan january ada kenaikan gaji. Setiap kali itulah aku dengar diolog yang sama dari mulut dia. Mungkin dia dah hafal diolog tu sepanjang malam , cam ni dialog dia "saya dah sedaya upaya naikkan gaji u, ini je saya termampu buat, yang lain mc atau cuti u kena jaga , sebab pengurusan tengok tu semua" 16 tahun dengar diolog yang sama, ada satu ketika sampai mulut aku nak terlepas cakap "u tak jemu ke guna diolog yang sama?. Aku pun naik meluat ngan diolog tu, apatah lagi dia, kah kah kah , kadang-kadang rasa nak sumbat mulut dia ngan petola pun ada.
Masalahnya sekarang, selama ni tak pernah lagi aku komplen pasal kenaikan gaji . Bila aku tak komplin , dia sibuk nak jawab, sekarang ko jawap pertanyaan aku ni, kenapa beberapa tahun dulu aku jarang ambik mc ngan cuti, kenaikan gaji aku sama je macam sekarang ni, pendekkan cite 16 tahun keja dapat kenaikan gaji yang sama, ko simpan rekod ke tak ni, atau ko sibuk hafal diolog yang sama tu je.kah kah kah, next year tukar diolog lain ye, mak marah ni.
Habis satu bab , ini lagi satu bab buat aku bengkek, budak keja kat sini tak sampai setahun ,ada kelulusan ijazah, degree dan kelulusan yang setaraf denganya sibuk nak bertanya macam tak puas hati ngan aku dan kawanku yang bergaji tinggi. Perlukah aku bagi penjelasan yang aku ngan kawan aku tu dah keja 16 tahun mendapat pendapatan yang sama ngan dia yang keja tak sampai setahun, dia tak rasa terhinakah nanti ngan penjelasan aku tu : ( Mengapalah manusia tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang dimiliki, sedehnya. Perlukah aku jelaskan lagi yang gaji permulaan aku bekerja kat sini RM490, gaji permulaan dia menyamai gaji 16 tahun aku keja kat sini .kah kah kah , pi mai pi mai tang tu.
Habis satu bab, ada lagi satu bab sampai sekarang aku tak paham ngan orang yang sibuk nak mempertikaikan kemampuan orang lain memiliki sesuatu barang yang boleh dianggap mewah. Masalahnya sekarang ni sekiranya orang yang beli barang tu , memang orang kaya, dia taklah sibuk nak ambik tahu, cuba yang beli barang tu tak berkemampuan pada pandangan dialah, mula dia sibuk nak tanya orang tu keja kat mana, berapa gaji orang tu sebulan. cutun betul!!!!!!!!!!!!!! boleh tak ko pegi mati...........detektif conan pun tak cam tu.
Habis satu bab , masuk bab Islamik sikit, ada sorang ni barulah berjinak-jinak bertudung masa umur dah nak senja, tak kisahlah janji dia berubahkan. Masalah bila dah berjinak kearah kebaikan tu, dah pandai plak mengharam-haramkan tudung ni tak boleh pakai , tudung cam ni haram, hello adik manis bak kata Firdaus, Masihkah ko ingat sewaktu umur senja ko pakai skirt , tak de seorang hamba Allah pun sampai hati nak haramkan skirt ko. Bila dah berubah kearah kebaikan tu , rasanya lebih manis kalau menyeru orang kearah kebaikan dari sesuka hati melabel yang itu haram yang ini haram.peace no war.kah kah kah kah kah : )
Hari ni hati aku lega sikit , selepas meluahkan segala kebengkekan selepas 16 tahun bergelumangan ngan rasa bengkek. Semoga tahun depan dia tu tukar diolog, tak pun diam je, cam tu hati aku tak delah bengkek sangat. Kadang-kadang kita lebih tenang bila seseorang tu diam dari bebel tak tentu pasal tentang hidup orang lain atau kita.kah kah kah