Malam tahun baru tu, orang lain duk countdown 2012 kat Shah Alam ngan KL, aku ngan Firdaus plak melayan you tube Juara lagu 1989, kelakar habis tengok artis pada masa masa tu, terutama bab rambut ngan kening tak boleh blah. Firdaus pun ketawa sekali , bukannya dia tahu sebab apa aku ketawa. Layan punya layan you tube sampailah celcom hantar message bagitau gig broadband habis, dorang suruh beli gig : )
Sebelum start juara lagu 1989 tu, satu persatu artis yang ke final, kena nyanyikan lagu masing-masing dibahagian chorus, tak menahan nengok awie kurus bebenor ngan kening tebal lagi, rohana jalil ngan Ramlah ram rambut kerinting habis, nassier wahab je maintain dulu hingga kini, tak berubah langsung : )
Dulu rambut Rohana Jalil kerinting , ikhlas dan jujur aku katakan , wajah dia dulu lagi cantik dari sekarang ni. Tua semulajadi nampak manis dan matang , dari muda yang dibikin : )
BPR
ni kumpulan rock gua minat forever. Tak pernah lepaskan peluang tengok dorang buat show kat funfair, funfair tu cakap slow skit, dulu funfair tu kira konsert besar-besaran tau : )
Malam tu aku layan sekali you tube suliza salam, suliza salam ni berkahwin ngan bekas suami Lydiawati Dato Zainal, dia ni salah sorang penyanyi yang aku minat selain dari Gaya zakri, kalau dengar dorang berdua ni nyanyi waktu malam memang syok. Nora pun aku minat gak, tapi nak buat cam mana kat Malaysia ni banyak pilih bulu , susah nak cari makan, kebanyakan orang Malaysia ni suka menilai penyanyi atau pelakon tu dari wajah berbanding bakat.
Sampai sekarang aku tak paham, macam manalah dolu-dolu, aku boleh jadikan si Raja Ema ni idola dalam berfesyen, aku minat sangat ngan kasut dia yang berlilit sampai ke pangkal betis. Bab rambut plak aku terikut -ikut Do do Cheng, ramos kat depan siap buh spray lagi, bukan ramos kak ros ye, ni ramos style artis hong kong cam maggie cheung salah seorang feveret artis aku selain dari Do do Cheng.
Pernah tak korang rasa seperti apa yang aku rasa? , bila mendengar lagu-lagu yang berkumandang masa kita belasan tahun, terasa kita kembali muda belia . kah kah kah
Kepada yang minat resepi kat blog ni, jangan risau tahun baru 2012 bukan tahun untuk berkemas dan buang sawang je, ini adalah tahun untuk aku lebih rajin memasak , membako , bagi resepi banyak-banyak, aku jelaskan sebab tadi marina ada suruh aku tambah 1 lagi whislist , kena perbanyakkan resepi.
Fara ada bertanya tentang bisness bakery yang tak de dalam senarai whislist, oo pasal bakeri tu rasa memang tak de dalam perancangan , aku membako kek ngan roti tu sekadar syok -syok sendiri sebenarnya. Bukak bakery tu kena tunggu sampai satu hari nanti aku boleh berdepan ngan orang ramai, sekarang ni aku masih malu-malu kucing
: )