Aku menyokong bersebab, company yang keluarkan roti massimo tu salah satu anak syarikat, company aku keja sekarang ni. Aku pun tak de lah sokong bagai nak rak , alah kadar je, waima aku sokong roti massimo tak de plak aku burukkan roti gardenia, aku sedar diri sikit sebelum ujudnya roti massimo , aku selalu jugak makan roti gardenia.
Naik benggang aku, bila up je cite pasal roti massimo ada anonymous yang duk meroyan bagi link atau email yang mengutuk roti massimo, macamlah roti massimo tu bapak aku punya company. Tolonglah jadi manusia yang faham apa yang kita cakap dan buat, jangan jadi manusia yang orang suruh terjun longkang, tanpa berfikir ko pun terjun. Orang kata itu tak halal, ko pun kata tak halal, main ikut je apa orang lain kata tanpa usul periksa. hampehlah sangat orang cam tu . Buatlah keja mendatangkan hasil, jangan buat keja yang buat orang lain meluat.
Murid-murid mari kita buat roti telur guna roti Gardenia.
1)Bukak roti Gardenia, keluarkan 5 keping roti.
2)kacau 3 biji telur bersama sedikit kicap cair + hirisan dari sebiji bawang besar kuning(holland). Kalau suka boleh campur sedikit fresh milk.
3)2 sudu besar planta forever
4)Panaskan kuali yang tak melekat, lengserkan ngan sedikit planta,
5)celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye. hirisan bawang tu biar mewah : )
6)Balik- balikkan roti mengelakkan hangit disebelah bahagian je.
Bila kedua belah dah agak masak atau garing sepenuhnya, boleh lah diangkat.Hidangkan bersama cili sos LIFE.tedap
Untuk bekal Firdaus ke sekolah, aku keratkan sekeping roti telur kepada 4 bahagian, bekas yang sebelah lagi, aku bubuhkan sedikit cili sos.
Berjumpa lagi dilain hari dan waktu, sesiapa yang nak meroyan pasal roti sila meroyan sekarang.kah kah kah.....................