Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Petang minggu aku ; Are U Hot Enough ; waroeng penyet

Petang minggu tu  yuyi ajak aku beli barang dapur  kat pasaraya Giant. Aku on je kebetulan aku memang dah kehabisan barang penting macam ubat gigi dan axion. Pasaraya Giant yang  yuyi ajak aku pergi ni  memang   tak de tempat makan yang dapat membuka selera kami anak beranak, kalau ada pun cuma jagung dan waflle  Nelson . Bak kata orang tua lain padang lain belalang lain orang lain ragamnya anak-anak aku ni cerewet sikit dalam memilih tempat makan. Cerewet anak-anak aku tu bukanlah bermaksud  mereka  nak makan makanan yang sedap je   tapi cukuplah   makanan yang  mereka makan tu   cukup rasa , cukup bahan dan dimasak dengan sempurna.itu je,simple kan.

Cadangnya, petang minggu tu yuyi  ajak aku ngan Firdaus  makan kat D'Tavern, tapi  tempat tu tutup plak kemudian di bawak kami  ke KFC tapi yang bestnya masa  dipertengahan jalan menuju ke KFC aku boleh suruh yuyi  cari tempat makan yang lain .Cari punya cari last sekali jumpa Waroeng penyet ala  cari apa kebendanya tempat makan ni bersebelahan dengan rumah yuyi  je.


Sesekali dapat makan sekerim peppermint kat pasaraya Giant

 Waroeng penyet di Harbour Palace kenalah dengan citarasa  yuyi yang sukakan makanan yang pedas++++ tapi kalau dengan tekak aku memang idaklah , sekiranya  aku nak makan gak  aku kena sediakan  dua botol air minuman bersize bagak .
 Ada je benda yang nak disembangkan
 Firdaus suka buli akak dia
 budak nakal
 Teh O limau ais ; pesan  aku  ; sila gunakan bekas minuman  yang agak stabil dan setaraf dengan  restoran yang ada klas (aku cuma nak bagi sedikit peringatan sebelum ada meja yang melayang dengan sendirinya :).
 Jus avakado kata yuyi kat seberang  sana femes air ni
  bakso terbaek
hidangan ayam penyet ; kasihan Firdaus kena makan ayam yang ada sambal pedas maafkan mak , mak tak  tahu yang  sambal tu pedas banget :(
Anak-anak ku semua , sebelum makan kena baca doa dulu



Sebelum makan sila pastikan  toilet kat rumah anda boleh beroperasi dengan  sempurna: )


Sekadar luahan hati

Hampir  80% kawan yuyi adalah  kawan lelaki . Daripada karektor dia aku percayalah sangat  yang kawan dia ramai lelaki dibanding pompuan. tapi cian sangatlah pada sorang budak  pompuan yang 24 jam mengaku yang ramai kawan lelaki dibanding kawan pompuan tapi bila bercakap style minah cintan dan kak nam OMG. lu gua lu  gua kau boleh ke?

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, October 7, 2012

Petang sabtu aku ; Restoran subangku bolehlah buat gelik-gelik

Bagi orang  Kelang atas sikit  sedaplah melayan makan seafood kat Restoran Subangku yang terletak berhampiran ngan Terminal 3 Lapangan Terbang Subang  ni tapi untuk orang Kelang bawah sikit cam aku ni  bolehlah kalau nak melayan gelik-gelik makan seafood di tengah  Kota Metropolitan. *abaikan ayat  cam harem*Pada pandangan  aku yang  berlandaskan ilmu aku yang TAK  seberapa tinggi ilmu makanan ,  restoran seafood ni tak boleh nak menandingini restoran seafood yang ada di sekitar Pelabuhan Kelang contoh cam restoran kat sini. Jangan salah faham plak ngan statement aku ni  , janganlah korang ingat semua makanan kat sini tak sedap.Ni dah  masuk kali kedua aku makan kat sini  jujur aku katakan yang  restoran ni belum khatam bab ketam.
Kalau dah kira sekali  dalam bil bolehlah kita rembat ye dak*tisu basah pun kalau nak berkira memanglah  hampeh*
Hah ! Tengok! Kan  aku dah kata Restoran ni berhampiran ngan Lapangan terbang Subang kalau  tidak masakan Firdaus leka  memerhatikan kapal terbang berlepas sambil minum air : ) *dah macam kat rumah sendiri*
Air minuman kami

 Ganster kampung dusun yang tak ganster sangat
 Dia ni mesti nak minum air yang orang lain order
 Firdaus ngan nasi goreng cina tak boleh dipisahkan
 Lala goreng cili ni ada kemungkinan untuk Firdaus seorang kalau tidak masakan  dia makan  sesuap nasi goreng ditenggeknya  seketul  isi lala ~~ ni sedap
 ~~ni aku konpius mee hailam atau mee wantan hailam ~first time aku makan  mee hailam cam ni
 sebelum makan jangan lupa baca doa ye adik-adik sekalian 
 Asparagus goreng belacan
 ni aku tak tahu nak cakap apa mungkin ni *Victoria Becham*
 ~~~ni pun aku tak tahu nak cakap apa  mungkin ni ala red crab with sour and sweet sos ala ala argghh malas nak cakap omputih nanti pening korang. 


Okey ye kengkawan mak ada urusan penting yang nak dibereskan nanti kita jumpa lagi ye  kita cerita pasal malam , pagi dan tengahari sabtu mak  plak ye*haish macamlah  kau artis yang orang sekeliling terkinja-kinja nak tahu cerita pasal kau* bajet tu perlu ada dik.

Wednesday, September 5, 2012

Restoran seafood milik aku sendiri?Berangan itu percuma tak dikenakan bayaran pun

 Salam Aidilfitri ...............


Masih lagi dalam mood raya ; selepas check out dari Swiss Garden Kuantan pada  hari rabu 22/8/2012, (wa berfikir cara ibu profesional itu sebab wa tulis tarikh) suami  wa diam dan terus memandu kereta tanpa henti ngan cara ganster selama 2 1/2 jam, maka wa dan anak-anak wa semua terpaksa menahan dari  membuang air kecil mahupun air besar di mana -mana toilet awam di sepanjang  highway dan tidak dapat mengisi perut  yang  kelaparan dimana -mana R&R sepanjang  highway  atau membeli cempedak goreng atau jambu cicah asam boi dimana-mana gerai makcik dan pakcik yang tersesat disepanjang highway. Perangai suami wa yang suka memandu cara ganster  memang wa masak sangat hingga menjadi  ranum kalau dicicah kicap cili tambah gula memang sedap..

Sebaik saje kereta yang suami wa pandu memasuki Highway Shapadu wa terus petik yang wa ngan anak-anak nak makan  kat restoran seafood. Memandangkan  highway ni  dah dekat sangat  ngan rumah wa maka wa kena cakap cepat yang wa nak makan kat situ sebelum suami wa  memecut ngan lebih  ganster  ke jalan menuju rumah wa . Beruntunglah wa punya badan hari tu semua  perbelanjaan makan dan minum di restoran ditanggung oleh suami  wa .
Anak wa yuyi 24/7 pakai baju ni , spesis pakai  sampai lunyai  mana -mana baju yang dia berkenan.
muka spesis apa ni?
wajib suami oder baby kailan yang tak serupa baby goreng ikan masin
sotong goreng tepung cicah sos
 order  baby lala tapi yang dapat lala yang sedikit berumur , tak pe janji sedap
 
Gambar cilok entry lama ,tak pelah sebab ikannya lebih kurang sama kira halal lah.
ketam  goreng ngan  telur masin wa lupa nak ambik gambar yang dapat wa ambik gambar tukul besi wat pecah ketam, kira okeylah kan. Masa tengah makan wa baru  perasan yang suami wa booking semua meja di  restoran ni semata -mata sayangkan wa sepenuh jiwa dan raga.Kalau wa berfikir cara isteri -isteri romantis jam tu gak wa peluk cium  suami wa ketat-ketat  tapi nasib baiklah wa berfikir cara isteri-isteri ganster. kalau lu semua mau makan direstoran seperti suami lu manyak sayang dan  booking ni restoran untuk lu seorang  sila datang makan diwaktu restoran ini berehat dalam pukul  2.30 petang hingga 3.30 petang .la la la la


Dah lah tak de apa lagi yang wa nak blog kan, sekejap lagi wa nak pegi klinik wa risaulah sekarang ni hampir setiap malam wa demam wa takutlah wa punya kawan muka buruk gaji rendah tu pernah cakap ngan  wa yang dia takut wa mati terkangkang dalam toilet .choiii.

Monday, June 25, 2012

kaki Octopus

 Alhamdulillah, kenyang selepas ni aku kena tetapi janji-janjiku InsyaAlah aku akan rancang perjalanan hidup aku tapi dalam masa yang sama aku percaya yang aku hanya mampu merancang ,Allah SWT jua yang menentukannya segala-galanya  .
Kali pertama  aku makan tako octopus ni yuyi belikan untuk aku 2 tahun lepas.Kali kedua aku makan baru  kejap tadi. Aku yang makan kenapa dua orang kawan aku ni merasa seolah-olah kaki  octopus menjalar-jalar  diseluruh badan dorang  terutama pompuan pregnant ni.


Sekadar luahan hati

Sekurang-kurangnya masih ada seorang yang boleh berfungsi  dengan baik  di sini.

Monday, May 28, 2012

Jaya Bachan lagi kurus dari Aishwarya Rai , aku ngan Aishwarya Rai sama gemuk

Macam mana okey tak statement aku tu. Tak pernah lagi keluar  statement "Jaya Bachan lagi kurus dari Aishwarya Rai , aku ngan Aishwarya Rai sama gemuk" kat mana-mana blog gossip serta  majalah hiburan. Sila ambik perhatian statement tu telah dipatenkan : )  takut kena  curik .Sekarang ni kan  ramai  sangat orang  di luar sana  mempertikai kegemukan Aishwarya Rai , aku nak  gak join sama. la la la .korang tahu tak kenapa Aishwarya Rai gemuks?  Hampir setiap hari   makan baked cheese rice Pizza hut  kat negara dia manalah  tak gemuk ye dak. . la la la tak caya udah sambung sendiri..................dah lepas ni tak payah nak ambik tahu sangat pasal dia .Apa yang penting dia dah kaya . la la la

Petang semalam aku  bawak Firdaus makan  baked cheese rice pizza hut kat Giant Bukit Tinggi .Terbaek baked  cheese rice Pizza Hut . Rasanya first time aku masuk pizza Hut  tak order pizza. Saje aku nak tukar selera order makanan lain plak disamping tu dapat  aku berjimat. *haji bakhil*


Firdaus sedang memikirkan masa depan : )

Main petik petik je order air entah apa ke namanya aku pun dah tak ingat.

ko mampu order satu je mushroom soup.bajet jangan tak bajet.la la la 

4 ketul untuk dua orang makan. celah gigi je Alhamdulillah kenyang gak

Baked cheese rice pizza hut sebelum ditebuk Firdaus.

Jeng jeng selepas ditebuk. InsyaAllah aku nak buat sendiri  baked cheese rice ni nantikan  ye.



Selamat malam semua. kenang daku dalam doa mu sebelum tidur  jangan lupa basuh kaki ye.

Thursday, May 17, 2012

runtuhnya sebuah pahala-bila bihun dah jadi bubur

Tajuk dah macam tajuk drama. kah kah kah tak pelah kan janji ada tajuk dari togel je.Sapa yang tak nak  pahala, mesti semua orang nak tak terkecuali aku.Setiap hari celik je mata aku niat dalam hati tak nak buat dosa. Aku sedar kekurangan diri aku, aku tak cukup sempurna macam orang lain sebab tu  kalau boleh aku  tak nak  tambah dosa InsyaAllah.

Luaran aku nampak kasar  tapi dalaman aku Allah SWT  je yang tahu . Aku bersyukur pada Allah SWT atas kurniannya (tak perlu aku sebut secara terperinci , cukuplah hanya aku dan  Allah SWT je yang tahu)  Aku tahu ramai orang yang  cepat simpati bila melihat orang lain dalam kesusahan ye dak, tak terkecuali aku. Kadang tu kita nampak orang tua berniaga nasi lemak atau kuih muih  tepi jalan pun otomatik dalam diri  kita terbit perasaan  simpati tapi  tak semua  orang  ada perasaan cam tu   kalau ada tu  Alhamdulillah lah.

Bercakap pasal  orang tua, teringat aku pada sorang tua  jual nasi lemak ngan kuih muih kat area kawasan rumah aku.Sebelum ni memang aku tak pernah beli nasi lemak   kat orang tua tu,dia berniaga kat situ pun aku tak  pernah tahu. Ada satu hari tu  makcik yang selalu aku beli nasi lemak tak berniaga, tergerak hati aku nak lalu kat depan warung orang tua tu, bila  mata bertentang mata terbit rasa kesian ,dah lah aku ni memang  jenis cepat kesian ngan orang tua  lagilah kalau muka orang tua tu ada iras arwah mak aku, masa tu  bukan  nasi lemak je aku beli kalau boleh ngan  warung nasi lemak  aku nak  beli sekali : )

Sembang punya sembang ngan orang tua tu , hati aku jadi  sayu, bila hati dah sayu dah tak ingat apa dah aku pun terus beli sekali  4 bungkus nasi lemak  7 ketui karipap orang tua tu. Saper nak habiskan nasi lemak 4 bungkus tu, sampai opis aku bagi Kak limah 2 bungkus. Kalau korang boleh tanya kak limah pegilah tanya dia  cam mana rasanya nasi lemak  ngan karipap tu. hairan bin ajaib  tak sempat pukul 1  nasi lemak tu basi. Tak moh cite lagi nasi dah jadi basi  aku tak nak tambah dosa .kah kah kah 

Stop cite pasal nasi lemak. Semalam kebanyakkan sekolah sibuk  berhari guru aku plak sibuk bawak Firdaus pegi klinik .
 Alhamdullilah anak-anak aku semua tak wat muka masa sakit. Sampai kadang tu aku plak takut masa dorang  sakit  sebab dorang duk  diam je , tanya sepatah  jawab sepatah.
 kelakuan budak kecik ni manarik  perhatian aku , lincah sesaat pun tak boleh duk diam : )

 
 Dia ingat dia comel lah tu buat cam tu.
Lepas balik dari klinik aku bawak Firdaus gi makan. Saje aku pilih kedai ni  sebab kesian ngan tukang masak dia orang tua. orang tua lagi tak habis kesian ngan orang tu . Dapat gak pahala tolong orang tua ye dak.

Kenapa banyak sangat milo ni : )
Milo lagi
Anak-anak aku ni  jarang  komplin bila makanan yang dorang makan tak sedap tapi  bila  aku  nampak makanan   dorang  tak habis aku tahulah  yang makanan tu tak kena pada  tekak dorang.
 Cian Firdaus bila Tukang masak tu ingat Firdaus umur 20 +++ tahun tu yang di buh cili api menimbun tu.
 cer teka dalam pinggan tu  katak goreng  ke atau  kepak goreng ?  larikkkkkkkkkk
Bihun dah jadi bubur 

Sesekali hati ni teringin gak nak makan bihun goreng. Bila bihun goreng sampai  depan mata, hancur luluh perasaan aku ,tu baru tengok belum rasa lagi.*drama queen sangat aku ni kan* . Bila rasa fengsan ajinomoto ngan garam sepikul, nak tak nak ku cocok -cokok bihun tu ngan garpu lalu ku suapkan kedalam mulutku yang comel sambil tanganku menyeka air mata yang menitis lembut di pipiku yang gebu lagi mantoppp kah kah kah    *pentipu sangat*

seriyes aku ni bila tengah marah kaw kaw bufullo chicken dog cat frog otomatik air mata aku boleh merembes keluar ngan deras, so apa tunggu lagi loyongkan je  pinggan bihun tu kat tukang masak bertudung pink yang  tengah  syok banget  ketawa terbahak-bahak  sambil makan nasi ngan kari kepala ikan .*jangan dengar hasutan syaiton*Banyak cantik muka ko ,dah lah  buat bihun goreng tak semenggah  boleh lagi dia  ketawa terbahak -bahak..nampak gayanya  first ngan  last  lah aku makan kat situ. bye bye bye 


The moral of the story ; semudah ABC  dari niat nak buat pahala dah  bertukar menjadi dosa .Aku insan biasa : (


Monday, April 23, 2012

mentaliti

Kepada sesiapa yang ada baca cite aku hari minggu tu mesti tahu apa yang aku maksudkan ngan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Kenapalah  ada orang yang masih tak paham ngan maksud aku yang sebenar, aku terkilan sangat bila pakcik "budak"  yang aku tak sebut cara jelas tu  tak puas hati ngan  cite aku semalam , dia  meninggalkan komen yang tak berapa sedap aku nak siarkan. Pakcik oh pakcik dahlah pakcik tak berterima kasih orang doakan yang terbaek untuk keluarga pakcik, boleh plak pakcik bagi saya amaran suruh padam cite saya tu, kemudian pakcik tuduh saya wat cite tu semata-mata nak naikkan rating rate view blog saya . Pakcik saya tak de masa nak buat cite yang nak menaikkan rating rate view blog saya, kalau saya nak buat pun banyak lagi cite yang lebih gempak dari cite pasal keluarga pakcik. Dahlah pakcik bagi saya amaran boleh plak pakcik bagi no hp pakcik ngan alamat sekali suruh saya datang ke rumah pakcik untuk melihat keadaan sebenar  dalam rumah pakcik sekarang ni. Pakcik lenkali bacalah cite saya sampai habis dulu , kemudian baru buat kesimpulan.fedup ngan mentaliti orang kita dah lumrah dunia barangkali orang yang suka berterus terang dan lantang menyuarakan pendapat sering disalah anggap oleh orang sekeliling.Tinggalkanlah pakcik tu  dengan dunia dia sendiri

Berbalik pada cite sebenar , hari tu aku ngan Firdaus rancang pegi beli makanan kat pasar malam, sampai pasar malam boleh plak kitaorang berdua melencong ke kedai makan berhampiran , kemudian terus makan kat situ sekali.Masa tu suami tak ikut sama, dia ada keja lain.Kadang-kadang berdua lebih baik : )
Dah tak dapat nak  bezakan yang mana satu kedai makan, yang mana satu pasar malam : )
siloghat ni sekarang dah pandai melawan.
Firdaus ngan nasi goreng cina ngan seketul ayam goreng
Aku suka makan nasi ngan apa saje sup-tolak sup hidungtonyokye .
kailan ikan masin
Firdaus ngan ice blended vanilla.


okeylah kengkawan biarlah aku pujuk hati aku sendiri, malas nak cite banyak, diam tu lebih baikkan?.Semoga Allah SWT panjangkan umur pakcik dan keluarga pakcik. Satu  je saya nak bagitau pakcik, saya  salute ngan pakcik masih ada masa  lagi  baca blog saya  sedangkan pada  masa yang sama keluarga pakcik ditimpa masalah : )

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina