Showing posts with label jalan-jalan hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan hujung minggu. Show all posts

Monday, October 8, 2012

The Curve ; Ikea Home Furnishings-bukan tempat aku

 Kenapa aku katakan Ikea bukan tempat aku

1) Aku tak suka window shopping
2) Aku tak suka tempat sesak-sesak
3)Aku tak sanggup nak  beratur panjang atau bersesak-sesak  hanya semata-mata  nak membeli barang-barang yang tengah  sale atau apa saje redeem point untuk kad pasaraya  sebab tulah aku tak de kad redeem kot~~~letih mak~~~dik mak tak kaya mak beli barang dapur kat  kedai cina ubat area rumah mak je.

Aku tak suka campur orang (katanya orang sekeliling) jadi dah tentu-tentu aku tak suka ke  lokasi  yang menjadi  tumpuan orang ramai ye dak. Tiba -tiba aku terdengar sayup -sayup suara "alah macamlah ko orang kaya tak suka tempat  ramai orang?   aku orang miskin aku pernah hidup susah melarat menderita semua tu aku sanggup tempuh  tapi cuma akal dan fizikal aku tak  dapat menerima di zaman yang serba canggih ni aku perlu bersusah payah hendak  membeli sesuatu barang yang arghhhh bersepah -sepah je kalau aku hendak membelinya  di tempat lain yang tak memerlukan aku  nak melenguhkan  lutut dan membasahkan ketiak aku~~~sila paham ye .

Aku perhatikan  hampir 80 %  perabot dan perkakas dapur di  rumah yuyi  dari Ikea dah tentulah Ikea tu tempat dia . Dia bolehlah "bos ikea kawanku" tak pun "bos coach kawanku main order je. opsss macam ku pernah dengar statement ni .

Berbalik cerita pasal Ikea ; Sejujurnya aku pun baru  first time  pergi  Ikea hari sabtu tu, itu pun kerana menunaikan hasrat suami aku nak  membelikan kerusi/meja belajar Firdaus . Ingat Ikea aku jadi trauma jap , mana tak trauma   masa aku berlegar-legar dalam Ikea mencari kerusi meja Firdaus  aku hampir terlanggar   sorang budak pompuan yang tingginya separas lutut aku . Nasib baik aku sempat sambut budak tu sebelum dia jatuh  tersemban ke lantai. Aku gosok-gosok kepala budak tu dan aku  terus minta maaf ngan mak budak tu  hurmmm nasib baik  mak budak tu senyum  je  kalau dia sound aku tadi aku dah sediakan teks ucapan baik punya.

The moral of the story  Masa anak -anak aku dalam lingkungan setahun hingga dua tahun aku masih  letak  anak -anak aku  dalam stroller bila aku bawak dorang ke lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Terpulang pada individu itu sendiri kerana ia hak masing-masing tapi sebagai ibu bapa pandai-pandailah jaga anak tu. Jangan  kita sibuk membelek -belek barang sampaikan   entah ke mana anak-anak kita  pergi pun kita tak tahu.
Bos Ikea kawan aku  berposing-posing ngan adik kesayangan

pakej 2 in 1 opsss
spesis yuyi ni suka memarking kereta di bangunan yang tak de kena mengena langsung dengan tempat  yang dia nak pergi~~sila percaya~~~
Mak beli sofa ni,  katanya Firdaus.okey nanti mak suruh dia hantar : (

"mak !  hari raya nanti  kita beli langsir ni ye, katanya firdaus."hurmmm,"


Mak ! aku nak jadi bos, katanya yuyi.
Mak jangan lupa beli katil ni satu, katanya firdaus

 yang ni pun

Firdaus nak yang ni juge."apa kau ingat mak kau ni cop duit ke,"aku kata dalam hati
"Akak meja ni sesuai untuk Firdaus belajar ." "ialah tu," aku kata dalam hati.

"mak saya cam budak sekolah," kata gula-gula hacks dalam hati

Gula-gula hack anak dato H sedang menunggu barang tempahan

Bila di sini  otak aku  menerawang ke kilang perabot yang pernah aku berkerja  suatu ketika dulu  bak kata kawan aku "arghh I'am sick aku tambah I'am sick and tired"


Okey cukup sampai di sini kemerapuan aku  jumpa lagi di kemerapuan yang lain.



Sunday, October 7, 2012

Petang sabtu aku ; The Curve ; Yang I-Deun ; buat Firdaus tak berganjak dari tempat dia berdiri

First time aku mendengar Yang  I-Deun  bermain piano secara live aku yang tak berapa minat ngan muzik ni pun boleh "arghhh bestnya penuh emosi dan penuh penghayatan ,"aku kata dalam hati ,  berat hati aku nak meninggalkan Yang I-Deun apatah lagi  orang yang berminat ngan muzik macam Firdaus  lagilah liat nak berganjak dari tempat dia berdiri. *terbakar suami aku kalau dia terbaca statement aku ni*

Sebenarnya tujuan utama aku ke The Curve adalah untuk membelikan minuman untuk Firdaus tapi bila terdengar bunyi piano dimainkan oleh Yang I-Deun  Firdaus jadi  tak tentu arah dia terus hilang dahaga .Bila aku ajak dia pergi beli minuman  "mak tunggu satu lagu lagi boleh tak? dan begitulah jawapan dia seterus dan seterusnya  bila aku tarik tangan Firdaus untuk pergi dari situ. Hebatkan penangan Yang I-Deun kepada Firdaus.

Firdaus yang berkemeja putih berbelang biru sedang leka mendengar bunyi piano : )

 Yang I Deun mix Korean and Portuguese

Penuh emosi dan penuh penghayatan






Hadiah untuk  yang sudi berkunjung ke sini.



Okeylah cukup sampai di sini, mak ada keja yang perlu dibereskan.jumpa lagi

Petang sabtu aku ; Restoran subangku bolehlah buat gelik-gelik

Bagi orang  Kelang atas sikit  sedaplah melayan makan seafood kat Restoran Subangku yang terletak berhampiran ngan Terminal 3 Lapangan Terbang Subang  ni tapi untuk orang Kelang bawah sikit cam aku ni  bolehlah kalau nak melayan gelik-gelik makan seafood di tengah  Kota Metropolitan. *abaikan ayat  cam harem*Pada pandangan  aku yang  berlandaskan ilmu aku yang TAK  seberapa tinggi ilmu makanan ,  restoran seafood ni tak boleh nak menandingini restoran seafood yang ada di sekitar Pelabuhan Kelang contoh cam restoran kat sini. Jangan salah faham plak ngan statement aku ni  , janganlah korang ingat semua makanan kat sini tak sedap.Ni dah  masuk kali kedua aku makan kat sini  jujur aku katakan yang  restoran ni belum khatam bab ketam.
Kalau dah kira sekali  dalam bil bolehlah kita rembat ye dak*tisu basah pun kalau nak berkira memanglah  hampeh*
Hah ! Tengok! Kan  aku dah kata Restoran ni berhampiran ngan Lapangan terbang Subang kalau  tidak masakan Firdaus leka  memerhatikan kapal terbang berlepas sambil minum air : ) *dah macam kat rumah sendiri*
Air minuman kami

 Ganster kampung dusun yang tak ganster sangat
 Dia ni mesti nak minum air yang orang lain order
 Firdaus ngan nasi goreng cina tak boleh dipisahkan
 Lala goreng cili ni ada kemungkinan untuk Firdaus seorang kalau tidak masakan  dia makan  sesuap nasi goreng ditenggeknya  seketul  isi lala ~~ ni sedap
 ~~ni aku konpius mee hailam atau mee wantan hailam ~first time aku makan  mee hailam cam ni
 sebelum makan jangan lupa baca doa ye adik-adik sekalian 
 Asparagus goreng belacan
 ni aku tak tahu nak cakap apa mungkin ni *Victoria Becham*
 ~~~ni pun aku tak tahu nak cakap apa  mungkin ni ala red crab with sour and sweet sos ala ala argghh malas nak cakap omputih nanti pening korang. 


Okey ye kengkawan mak ada urusan penting yang nak dibereskan nanti kita jumpa lagi ye  kita cerita pasal malam , pagi dan tengahari sabtu mak  plak ye*haish macamlah  kau artis yang orang sekeliling terkinja-kinja nak tahu cerita pasal kau* bajet tu perlu ada dik.

Wednesday, August 1, 2012

urut mengurut dapat mengeratkan kasih sayang

 Salam Ramadhan..................

Sila percaya  yang cerita ni tak sepanas tajuk .la la la la Dah lama rasanya badan ni tak kena urut , dapat pegi SPA best ni  tetiba aku  rindu ngan urutan gadis indon di sini.Ekonomi tengah gawat  tak boleh ke sana dong mau miss soru bulan ni. Tak pelah tak dapat pegi sana pun*ayat penyedap hati* gua dah jumpa spa baik punya lagi murah sesuai untuk golangan marhaen cam keluarga kami Sila percaya kalau tak percaya aku tak nak tunjukkan tempatnya.cer teka cer teka kat mana at 1 2 3 4 arghhh nasib baik korang percaya

Sebelum sampai ke rumah urut marilah kita menenang-nenangkan diri dengan melihat ikan koi &ikan  kap (entah apa nama ikan tu pun aku tak tahu, aku bantai je)yang   bebas berenang -renang ke hulu ke hilir tanpa gangguan.


entah kenapa dari tadi aku perhatikan cam tak nampak  sekor ikan pun yang berenang-renang dalam air tu, cis tak pun  aku yang rabun.
 
yeah inilah dia pusat urutan yang menawarkan harga berpatutan
RM1 -3 minit
RM5- 15 minit
RM10- 30 minit
murahkan kan kan kan
Ratu kebaya apa lagi bolehlah lepas pantang nanti  berurut di sini.Aku tengah membayangkan  ratu kebaya ngan pilis didahi , rambut  toncit tegang  sedang bergoyang di sini.larikkkk dizaman yang serba canggih ni  mak bidan dah semakin pupus nak cari tukang urut plak kemain payah .
Adik tengah memerhatikan akak berurut
Tengoklah tu nak adik cuba nak menyetopkan mesin urut tu.
Apasal muka gula-gula hack semacam je
Gula-gula hack sedang melayan urutan Gintell

 
  adik takut adik ngadu kat akak yang jantung dia berdebar-debar-poyo betullah siadik ni.
Akak sedang mengechek  denyutan jantung adik. akak kata semua okey, "jantung adik berdenyut ngan normal."la la la



Sila kunjungi pusat urutan Rest N Go Gintell berhampiran anda ,untuk penduduk Pelabuhan Klang ialah tu,  sila-silakan ke  Harbour palace , pusat urutan Rest N Go Gintell disini kelihatan lebih tenang sebab  tak ramai orang jadi anda boleh berurut ngan tenang banget.

Sekadar luahan hati

Mulai sekarang aku nak panggil  Firdaus "adik" cam best je.

Tuesday, July 31, 2012

I love shopping kat Daiso-setiap barang RM5

 Salam Ramadhan..................


First time menjejak kaki  ke Daiso kat MBO aku terus rambang mata ngan barang -barang yang comel , cute yang dijual ngan harga RM5 setiap barang. Pada aku harga barang kat sini   berpatutan sesuai sangat untuk golangan marhaen cam keluarga kami.

haish tak  tahu nak beli yang mana satu rasa cam nak beli semua barang yang ada kat sini.Yuyi pun pelik aku belek sana belek sini tapi satu pun aku tak beli. Macam manalah aku nak beli kalau semua barang yang ada kat sini aku suka ye dak.lenkali sebelum datang ke  sini aku kena  listkan barang yang aku nak beli.



Setiap barang dijual ngan harga RM5

 Abaikan budak rongak tu

Yuyi sempat shopping barang-barang yang dapat memperindahkan taman bunga dia yang sekangkang kera tu.la la la la 


Okey marilah kita beramai -ramai ke Daiso, jangan lepaskan  peluang  setiap barang dijual ngan  harga RM5 semuanya pada harga yang anda mampu miliki. Kalau anda hendak mengelakkan kerugian sila beli barang  yang bersize gedabak je.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina